Janin besar mana bila usia kandungan masuk 1 minggu?

Ramai ibu tertanya-tanya, janin 1 minggu sebesar apa? Hari ini, kami bawakan perkembangan janin dalam kandungan anda itu untuk pemahaman anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebahagian besar wanita tidak sedar mereka mengandung. Sebab itu, minggu pertama kehamilan biasanya dilalui tanpa disedari. Tapi pernah tak anda terfikir, janin 1 minggu sebesar apa?

Oleh sebab anda mungkin hanya akan tahu diri itu hamil bila usia kehamilan sudah masuk 2 atau 3 minggu, pasti anda nak tahu janin 1 minggu sebesar apa, kan?

Jom kami kongsikan apa yang terjadi pada janin ketika usia kandungan baru mencecah minggu pertama.

Janin 1 minggu sebesar apa: Apa jadi pada minggu pertama kehamilan?

Kitaran haid setiap wanita tidak sama, dan kadang-kala, isu haid terlambat memang boleh terjadi

Sebab itu ramai wanita "terlepas pandang" minggu pertama kehamilan kerana mereka masih belum tahu yang mereka hamil!

Tanda-tanda kehamilan masa minggu pertama memang tidak nampak sangat. Tapi, badan anda sudah mula menunjukkan simptom-simptom keletihan, hilang minat pada benda-benda tertentu, jadi sensitif dan asyik nak kencing.

Namun, ramai wanita menganggap ini tanda-tanda nak datang haid -- atau dikenali sebagai PMS.

Janin 1 minggu sebesar apa?

Kehamilan terjadi apabila sel telur keluar menuju ke tiub falopian. Namun, mereka bertembung dengan sel sperma dan terjadinya persenyawaan.

Setelah itu, sel telur yang telah berbuah tersebut melalui tiub falopian untuk ke rahim. Jadi, ramai menganggap wanita belum betul-betul hamil ketika minggu pertama.

Janin 1 minggu sebesar apa tidak boleh dijawab kerana persenyawaan hanya berlaku pada minggu kedua. 

Janin 1 minggu sebesar apa: Tapi ibu akan mengalami perubahan

Terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada badan ibu sepanjang minggu pertama kehamilan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, perubahan ini akan mengakibatkan tanda-tanda hamil seakan tanda-tanda datang haid. Antaranya seperti:

  • Pendarahan dari vagina - Sebenarnya, tubuh anda mungkin sedang mengeluarkan lapisan rahim yang menyimpan telur bulan lepas
  • Kram dan sakit punggung - Bagi mengeluarkan lapisan tersebut, rahim anda terpaksa berkontraksi sehingga anda sakit pinggang dan punggung
  • Kembung perut - Perubahan hormon menyebabkan perut anda kembung
  • Sensitif - Hormon yang turun naik akan menyebabkan anda lebih sensitif dan emosi tidak stabil
  • Sakit kepala

Perkembangan janin: Janin 1 minggu sebesar apa?

Pada usia 1 minggu, belum ada janin lagi yang akan terbentuk kerana prosesnya masih melibatkan sel telur yang meninggalkan "sarangnya" dan menuju ke tiub falopian.

Anda masih belum betul-betul hamil kerana proses persenyawaan hanya akan terjadi pada 2 minggu selepas haid anda habis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, minggu pertama kehamilan masih dikira dan dicatat dalam kalendar kehamilan kerana doktor ini menghitung hari pertama haid anda habis.

Dengan mengetahui bila hari pertama haid anda habis, doktor boleh mengira due date anda. 

Pada usia 1 minggu kehamilan, ibu belum perlu melakukan ultrasound kerana masih belum ada janin yang boleh dilihat.

Tips untuk kehamilan minggu pertama

  1. Mula berhenti merokok, minum alkohol, atau minum kafein yang berlebihan
  2. Mula ambil vitamin seperti asid folik setiap hari
  3. Periksa kitaran haid anda untuk mengetahui waktu subur

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Angguni dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris