Janin Tidak Berkembang Tanda Kehamilan Bermasalah, Kenali Punca & Tandanya

Punca janin tidak berkembang biasanya boleh dikesan dalam trimester awal kehamilan. Cuma kadangkala ada ibu yang tidak perasan mengenainya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringkat awal kehamilan adalah antara peringkat paling berisiko bagi ibu hamil. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah perkembangan janin. Apakah ciri dan punca janin tidak berkembang baik yang perlu anda peka?

Ada kes di mana berlaku perubahan pada janin, tetapi si ibu tidak perasan kerana merasakan ia perkara biasa berlaku pada ibu hamil.

Disebabkan itu, pemeriksaan kehamilan secara berkala penting untuk ibu patuhi salah satu sebabnya adalah bagi memantau perkembangan janin dalam kandungan. 

Punca janin tidak berkembang

Pemeriksaan bulanan ibu hamil amat penting untuk dipatuhi mengikut jadual bagi memastikan doktor dapat mengesan sebarang perubahan pada janin dan kandungan dengan cepat jika terdapat sebarang tanda tidak normal.

Ia sekaligus dapat mengelak daripada terlewat tindakan yang boleh menyebabkan ibu kehilangan janin. Namun, apakah punca janin tidak berkembang sebenarnya? 

Penyebab janin tidak berkembang atau kegagalan perkembangan janin boleh berbeza-beza dan selalunya kompleks.

Beberapa penyebab janin tidak berkembang adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kromosom tidak normal: Keabnormalan kromosom pada janin, seperti trisomi (cth, sindrom Down) atau monosomi, boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan yang serius.
  • Gangguan plasenta: Plasenta yang tidak berfungsi atau masalah dengan aliran darah plasenta boleh menghalang bekalan nutrien dan oksigen kepada janin, yang boleh menyebabkan terencat pertumbuhan atau kegagalan pertumbuhan janin.
  • Jangkitan: Jangkitan yang dialami oleh ibu semasa mengandung, seperti jangkitan virus (cth, toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus) atau jangkitan kuman (cth, jangkitan saluran kencing), boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan janin.
  • Punca janin tidak berkembang: Keabnormalan struktur: Keabnormalan struktur dalam organ atau sistem janin boleh menyebabkan terencat pertumbuhan atau kegagalan pertumbuhan.
  • Gangguan plasenta: Plasenta yang tidak berfungsi atau masalah dengan aliran darah plasenta boleh menghalang bekalan nutrien dan oksigen kepada janin, yang boleh menyebabkan terencat pertumbuhan atau kegagalan pertumbuhan janin.
  • Faktor persekitaran: Pendedahan kepada bahan berbahaya seperti alkohol, dadah atau sinaran semasa hamil boleh menyebabkan masalah pertumbuhan pada janin.
  • Punca janin tidak berkembang kerana faktor perubatan: Beberapa keadaan perubatan pada ibu, seperti diabetes semasa mengandung, tekanan darah tinggi, penyakit autoimun atau gangguan tiroid yang tidak terkawal, boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kebanyakan kes janin tidak berkembang atau membesar tidak dapat dielakkan atau dikawal oleh ibu mengandung.

Tetapi terdapat faktor yang boleh meningkatkan risiko, seperti tabiat merokok, pengambilan alkohol, penggunaan dadah haram, dan ketidakseimbangan pemakanan.

Tanda janin tidak berkembang

Ibu hamil perlu peka dengan sebarang perubahan yang berlaku pada diri terutama jika anda dalam trimester awal kehamilan. Jika ada sebarang perkara pelik, lebih baik dapatkan pemeriksaan doktor. Jangan bertangguh, menyesal tak sudah nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut beberapa tanda janin tidak berkembang yang boleh ibu perhatikan:

#1. Tiada degupan jantung

Tanda janin tidak berkembang yang pertama adalah tiada degupan jantung.

Degupan jantung seharusnya wujud apabila kandungan memasuki minggu kesembilan dan ia sepatutnya boleh didengari dengan jelas. Namun, pada janin yang memiliki masalah perkembangan degupan jantungnya mungkin tiada dan tidak boleh didengari.

Degupan jantung janin mungkin boleh terhenti akibat kedudukan posisinya yang terbelit dengan tali pusat dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Penurunan hormon hCG

Penurunan hormon hCG juga antara salah satu tanda janin tidak berkembang.

Human Chorionic Gonadotropin (hCG) adalah hormon yang dihasilkan oleh tubuh semasa seseorang wanita itu hamil dan ia ada sepanjang kehamilan. Jika kadar hCG turun ada kemungkinan anda alami masalah janin tidak berkembang.

Dalam keadaan kehamilan yang sihat, kadar hCG boleh mencapai 50 peratus setiap 48 jam. Ia kadang kala dua kali ganda dalam setiap 48 jam.

Peningkatan hormon hCG akan terus berlaku hingga ibu memasuki 10 minggu usia kehamilan. Justeru, anda perlu melakukan pemeriksaan secara rutin bagi mengetahui keadaan janin termasuklah kadar hCG yang dimiliki ibu bagi mengesan sebarang keabnormalan yang berlaku pada janin.

Jika kadar hormon ini adalah pada kadar tidak munasabah dan mengalami penurunan, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ketuban pecah dengan cepat

Tanda janin tidak berkembang atau membesar yang seterusnya adalah pecah air ketuban.

Jika cecair amnion atau air ketuban pecah terlalu cepat, memang pertumbuhan janin akan berhenti dan janin tidak berkembang kerana ia adalah cairan pelindung janin di dalam rahim. 

#4. Kekejangan perut yang ekstrem

Kekejangan perut yang ekstrem mungkin antara petanda janin tidak berkembang dan keguguran janin bakal berlaku. Ia rasa seperti sakit senggugut tetapi lebih ekstrem. 

Jika ibu yang pernah alami kelahiran, mungkin boleh agak bagaimana sakitnya. Tetapi jika tidak pernah alaminya, sekiranya anda mengalami sakit perut ekstrem atau luar biasa, segeralah berjumpa doktor dan buat pemeriksaan kandungan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Oksigen tidak cukup

Kurangnya oksigen kepada janin akan menyebabkan janin tidak berkembang. Jika oksigen kurang, maka perkembangan janin juga akan mengalami masalah.

Oksigen amat penting untuk perkembangan janin dan ia boleh mengakibatkan komplikasi jika janin mengalami kekurangan oksigen. 

#6. Ibu demam panas dan berpanjangan

Keadaan bayi di dalam rahim boleh dipengaruhi oleh keadaan si ibu. Apabila inu mengalami demam panas, mual dan pening kepala yang ekstrem, adalah sangat digalakkan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Demam terutama pada awal kehamilan akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan janin. Walaupun begitu belum ada kajian lengkap menyatakan demam ketika hamil boleh menyebabkan janin tidak berkembang tetapi ada penelitian yang mengaitkan suhu tinggi dalam tubuh badan akan menyebabkan risiko kecacatan saraf tunjang dan masalah perkembangan lain. 

#7. Tiada pergerakan

Ibu yang hamil di awal kehamilan anda akan rasakan denyutan biasanya. Jika anda tidak merasakan denyutan terutama jika sudah memasuki minggu ke-9 atau k-10 disahkan hamil, adalah lebih baik untuk anda buat pemeriksaan doktor kerana ada kemungkinan terjadinya janin tidak berkembang.

Jika janin tidak berkembang apakah perut membesar?

Apabila janin tidak berkembang atau mengalami kegagalan pertumbuhan, tiada pertumbuhan janin normal berlaku.

Dalam sesetengah kes, pertumbuhan janin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan perut wanita hamil tidak membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya berlaku pada anggaran usia kandungan.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap kehamilan dan setiap kes kegagalan pertumbuhan janin boleh berbeza.

Beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan dalam saiz perut wanita hamil apabila janin tidak berkembang termasuk:

  • Saiz janin kecil: Jika janin mengalami kegagalan pertumbuhan, ia mungkin tidak membesar kepada saiz yang dijangkakan untuk usia kehamilan tertentu. Akibatnya, perut wanita hamil mungkin tidak membesar seperti yang diharapkan.
  • Kehilangan cecair amniotik: Kegagalan pertumbuhan janin boleh dikaitkan dengan kehilangan atau penurunan jumlah cecair amniotik. Ini boleh menyebabkan perut ibu hamil kelihatan lebih kecil kerana kekurangan isipadu air ketuban yang biasanya membantu memberi bentuk dan saiz kepada perut.
  • Keadaan plasenta: Masalah dengan plasenta, seperti plasenta tidak berfungsi atau masalah aliran darah plasenta, boleh menjejaskan pertumbuhan janin dan juga boleh menjejaskan saiz perut ibu mengandung.
  • Wanita hamil yang berlebihan berat badan: Jika wanita hamil mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil, perubahan dalam saiz perut mungkin tidak jelas disebabkan oleh lemak di sekeliling perut.

Tanda janin tidak sehat

Tanda janin tidak sehat boleh berbeza-beza bergantung pada keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa tanda biasa yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan pada janin:

  • Pergerakan janin berkurangan: Jika anda mengalami penurunan ketara dalam pergerakan janin, seperti kekurangan pergerakan untuk satu tempoh masa, ini boleh menjadi tanda bahawa janin mungkin tidak sihat. Adalah penting untuk mengetahui corak pergerakan janin anda dan segera melaporkan sebarang perubahan kepada pakar obstetrik anda.
  • Kadar jantung janin yang tidak normal: Melalui pemeriksaan pranatal, pakar perbidanan akan memantau kadar denyutan janin untuk memastikan kesihatannya. Denyutan jantung yang terlalu laju, terlalu perlahan atau tidak stabil boleh menunjukkan masalah dengan janin.
  • Pertumbuhan janin yang terhad: Jika janin tidak membesar seperti yang dijangkakan atau di bawah julat pertumbuhan normal, ini boleh menjadi tanda bahawa janin tidak sihat. Pakar perbidanan akan memantau pertumbuhan janin melalui saiz perut dan ultrasound wanita hamil.
  • Kehadiran cecair amniotik hijau atau berwarna tidak normal: Air ketuban hijau atau berwarna tidak normal mungkin menunjukkan masalah dengan janin, seperti kesusahan atau jangkitan.
  • Pendarahan luar biasa: Pendarahan yang tidak berkaitan dengan pendarahan implantasi awal atau pendarahan ringan semasa kehamilan boleh menjadi tanda masalah dengan janin.

Apakah janin tidak berkembang bisa diselamatkan

Jika janin mengalami kegagalan tumbesaran atau tidak berkembang, ia menunjukkan pertumbuhan janin terhenti atau tidak seperti yang diharapkan. Dalam banyak kes, janin yang belum berkembang tidak dapat diselamatkan.

Cara menyelamatkan janin tidak berkembang

Apabila bayi tidak berkembang, adalah penting untuk menyedari bahawa dalam beberapa kes, ia mungkin tidak dapat diselamatkan.

Walau bagaimanapun dalam sesetengah keadaan, langkah perubatan mungkin diambil untuk membantu meningkatkan peluang kelangsungan hidup janin atau meningkatkan kesihatan janin.

Berikut adalah beberapa contoh tindakan yang boleh diambil untuk cuba menyelamatkan janin:

  • Penjagaan dan pemantauan perubatan: Pakar perbidanan akan menjalankan pemantauan yang teliti terhadap janin dan ibu. Pemantauan ini mungkin melibatkan ujian darah, ultrasound, CTG (cardiotocography), atau imbasan Doppler untuk memeriksa aliran darah janin.
  • Pemakanan dan penghidratan: Memastikan wanita hamil mendapat nutrisi yang baik dan terhidrat dengan baik dapat membantu menyokong keadaan janin dan meningkatkan pertumbuhannya.
  • Terapi ubat: Dalam sesetengah kes, pakar obstetrik mungkin menyediakan terapi ubat untuk meningkatkan aliran darah plasenta, meningkatkan fungsi plasenta atau menangani masalah kesihatan yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
  • Langkah perubatan: Kadangkala, prosedur perubatan seperti pemindahan darah janin, rawatan jangkitan atau pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki keadaan janin atau meningkatkan aliran darah.
  • Induksi bersalin: Jika keadaan janin sangat teruk atau terdapat risiko yang serius kepada ibu, pakar perbidanan boleh mengesyorkan induksi bersalin untuk menamatkan kehamilan.

Janin tidak berkembang tapi tidak pendarahan

Jika janin tidak berkembang, ia tidak selalunya disertai dengan pendarahan. Pendarahan semasa kehamilan boleh menjadi tanda masalah seperti keguguran terancam atau plasenta previa, tetapi ia tidak selalu berlaku dalam kes bayi tidak berkembang.

Kegagalan pertumbuhan janin mungkin berlaku tanpa tanda-tanda pendarahan luaran. Janin yang belum berkembang boleh kekal di dalam rahim tanpa menyebabkan pendarahan yang jelas. Namun, itu tidak bermakna keadaan janin adalah normal.

Adalah penting untuk diingat bahawa kegagalan pertumbuhan janin adalah keadaan serius yang memerlukan perhatian perubatan.

Jika ibu mempunyai kebimbangan tentang perkembangan janin atau merasakan bahawa janin tidak berkembang, adalah sangat penting untuk berunding dengan pakar obstetrik anda dengan segera.

Janin tidak berkembang tapi masih mual

Mual semasa hamil adalah gejala biasa yang sering berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, loya boleh berterusan ke trimester kedua kehamilan.

Walaupun janin tidak berkembang secara normal, loya yang berterusan tidak selalu berkaitan secara langsung dengan keadaan janin.

Mual semasa hamil berpunca daripada perubahan hormon dalam badan wanita hamil, terutamanya peningkatan tahap hormon kehamilan seperti human chorionic gonadotropin (hCG) dan estrogen. Faktor seperti kepekaan terhadap perubahan hormon, keadaan fizikal ibu mengandung, dan faktor psikologi juga boleh mempengaruhi tahap dan tempoh loya.

Walau bagaimanapun, jika janin gagal berkembang, kemungkinan tahap hormon kehamilan mungkin menurun dari semasa ke semasa. Ini boleh mengakibatkan loya dan gejala kehamilan lain seperti muntah berkurangan atau hilang dari semasa ke semasa.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Nenek Tua Nak Ambil Anak”, Mimpi Wanita Hamil Jadi Nyata, Janin 4 Bulan Hilang, Perut Kempis!

Baca juga: Bukan Sebab Makan Nenas Atau Bersenam, Doktor Dedah Ini Punca Sebenar Keguguran

Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!