Tiap Bulan Masuk Hospital, Ibu Redha Bayi Hidap Masalah Jantung Berlubang Sejak Lahir

Jantung berlubang, saluran sempit dan terbalik dihidapi bayi 6 bulan ini menyentuh hati netizen. Ibu tabah kongsi kisah anaknya diuji sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabahnya hati seorang ibu ini apabila dia diuji Allah SWT dengan kurniaan bayi yang menghidap masalah jantung berlubang. Bukan hanya itu, saluran jantung bayi perempuan comel tersebut terbalik dan sempit.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bayi disahkan masalah jantung berlubang sehari selepas dilahirkan
  • Jarang dengar saluran terbalik

Itu yang diceritakan oleh Nur Fitriah kepada Mstar berhubung keadaan anaknya, Nur Nayla Fatihah yang berusia 6 bulan dilahirkan pada 13 Oktober tahun lalu di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

Bayi disahkan masalah jantung berlubang sehari selepas dilahirkan

Dalam laporan berita itu, Nur Fitriah memberitahu anaknya mengalami masalah jantung iaitu sehari selepas bayi itu dilahirkan. Pakar kanak-kanak di hospital tersebut datang berjumpa untuk melihat keadaan bayinya disebabkan sewaktu lahir dia tidak menangis.

“Apabila doktor itu periksa, jantung anak saya ‘diam’ seketika. Kemudian ada jururawat datang ambil anak ke NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) untuk semak bacaan oksigen. Apabila dah dapat keputusan, pakar suruh saya pergi ke wad itu untuk tengok anak saya.

“Tak cukup dengan itu, mereka bawa pula anak saya untuk imbas jantung lebih terperinci. Dekat situ pakar jantung beritahu anak ada masalah jantung, saluran dia terbalik, ada lubang kecil dan saluran itu sempit,” demikian penceritaan wanita tersebut pada laporan itu.

Jarang dengar saluran terbalik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjengah ke akaun TikTok fitriahabdullah_00, wanita itu memaklumkan, masalah jantung berlubang dan saluran sempit sudah banyak kedengaran namun, tidak bagi saluran terbalik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saluran terbalik ini di dalam Malaysia atau dalam setahun, hanya 5 peratus dan tak ramai tahu mengenai saluran terbalik ini.

“Saya nampak komen-komen ibu yang anak dia ada masalah saluran sempit dan berlubang. Saya nak share saluran terbalik, dia paling penting dalam jantung Nayla. Saluran berlubang itu bantu Nayla untuk bernafas.

“Mungkin korang nampak macam dia aktif tapi dia tak boleh terlalu penat dan tak boleh terlalu lemah. Kalau dia terlalu penat atau lemah atau terlalu aktif, mungkin akan menjadi biru.

“Nak tahu dia biru, tengok pada bibir sama ada purple gelap atau kaki dia. Yang tanya bila operation, dia akan buat umur 2 atau 3 tahun sebab hari itu di hospital, dia biru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi umur 2 atau 3 tahun akan operation dan umur 4 atau 5 tahun pun akan operation lagi sekali. Doakan dia tak masuk hospital lagi sebab tiap bulan kena masuk hospital, kena jangkitan kuman paru-paru dan tak boleh ada habuk,” katanya menerusi perkongsian video.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bersyukur Dapat Mandikan Anak Buat Pertama Dan Terakhir Kali, Ibu Ini Berkongsi Kisah Kandungkan Anak Jantung Berlubang

Baca juga: Bila-Bila Masa Tuhan Akan Ambil Baby, Pasangan Ini Lalui Detik Duka Anak Hidap Sakit Jantung

Baca juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung