Sebagai ibu ayah, bagaimana anda boleh terus kuat untuk menerima takdir bahawa bayi yang dilahirkan hanya mempunyai tempoh begitu singkat untuk hidup disebabkan oleh penyakit jantung kongenital? Baca perkongsian hati ibu ini tentang penjagaan bayi yang memiliki masalah jantung.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Apabila mengetahui keadaan anak mereka
- Menjaga bayi yang mengalami kecacatan pada jantung
Bayi hidap penyakit jantung kongenital ketika dalam kandungan
Pernahkah anda bangun dari tidur dengan perasaan yang teruja dan menjangkakan hari ni akan menjadi baik? Walau bagaimanapun ia tidak seperti yang disangkakan sehingga menjadi hari yang paling teruk dan akan mengingatinya sepanjang hayat.
Itulah yang dilalui oleh saya dan suami. Kisah kami bermula pada 13 Disember tahun 2017. Saya bangun dengan teruja dan bersedia untuk pergi ke klinik. Kami dijadualkan menjalani imbasan anomali kongential.
Ia dilakukan untuk melihat dengan teliti keadaan bayi dalam rahim, sama ada ia membesar secara normal ataupun sebaliknya.
Banyakkan ilmu mengenai masalah yang terjadi pada anak
Apabila tiba giliran saya melakukan imbasan, saya sangat teruja untuk mengetahui jantina bayi kami. Saya tidak mempunyai firasat negatif ketika itu. Sungguh amat gembira apabila mengetahui saya bakal melahirkan anak lelaki.
Namun kemudian kegembiraan ini bertukar menjadi kebimbangan apabila saya melihat ekspresi kosong pada muka ahli sonografi itu. Dia fokus melihat pada skrin sambil berhati-hati melakukan imbasan pada perut saya.
Ketika itu saya menyangka dia mungkin memikirkan bagaimana untuk memberitahu saya apa yang dia lihat daripada imbasan itu. Setelah siap, dia berkata, ”Bayi puan mungkin mempunyai masalah penyakit jantung kongenital. Saya menasihatkan puan agar melakukan imbasan 2D bagi melihat dengan lebih details.” katanya.
Bayangkan apabila mendengar dan mengetahui semua itu, hati dan jiwa saya rasa amat luluh. Saya cepat-cepat keluar dari klinik dan memberitahu suami apa yang berlaku.
Dia cuba meyakinkan saya bahawa semuanya akan baik-baik sahaja dan saya tidak perlu terlalu risau. Saya rasa kami berdua dalam penafian pada ketika itu.
Waktu berlalu dengan pantas, 14 Februari 2018 kami menyambut Hari Kekasih di klinik pakar jantung. Kami telah membuat imbasan 2D dan mengakhiri hari dengan pengesahan bahawa anak kecil kami (dalam perut saya) sememangnya menghidap penyakit jantung kongenital.
Pakar memberitahu kami bahawa dia menghidap sejenis penyakit jantung yang begitu jarang berlaku, ia dipanggil sebagai jantung kiri hipoplastik.
Dalam keadaan ini, bahagian kiri jantung biasanya mengepam darah ke semua bahagian badan kurang berkembang. Untuk merawatnya, pesakit perlulah menjalani pembedahan atau pemindahan jantung.
Berfikir ke hadapan, kami bertanya adakah kami boleh mendapatkan pembedahan itu dan berapa anggaran kosnya. Mereka berkata ia boleh dilakukan di luar negara, kemungkinan besar di Amerika Syarikat.
Pilihan lain ialah membiarkan anak kami menjalani pembedahan hibrid di Filipina yang dilakukan oleh pakar bedah jantung terbaik di negara ini. Kami telah berunding dengannya.
Dia menjelaskan secara jujur bahawa 8 bayi yang telah dibedah disebabkan penyakit itu, hanya seorang bayi sahaja terselamat. Walau bagaimanapun dia tidak bernyawa bagi menyambut kelahirannya yang pertama.
Selain itu kos prosedur menelan berjuta-juta peso bagi setiap pembedahan. Bayi kami mungkin memerlukan tiga pembedahan untuk menjadikannya lebih baik. Sejak itu saya dan suami mengalami tekanan emosi.
Berharap dalam ketakutan, menafikan untuk serahkan bayi kepada Tuhan dan saling mengingati Tuhan di tengah-tengah ujian sukar ini. Semasa menangani emosi ini, kami perlu berfikir dengn betul supaya kami boleh memutuskan pilihan yang terbaik untuk anak lelaki kami.
Akhirnya setelah berdoa, saya dan suami memutuskan adalah lebih baik tidak meneruskan pembedahan kerana ia tidak menjaminkan 100 peratus dia boleh hidup, sebaliknya kami memilih penjagaan di hospital agar kami memiliki lebih banyak masa untuk menjaganya.
Menjaga bayi dengan penyakit jantung kongential
Pada 6 April 2018, saya selamat melahirkan seorang bayi bernama Jaden Mikael, yang bermaksud ‘Tuhan telah mendengar’ dan ‘keajaiban’.
Ketika saya mendengar tangisannya yang kuat, saya juga menangis. Perasaan gembira bercampur sedih kerana kita tahu bahawa masa kita bersamanya tidak lama dan bila-bila masa sahaja Tuhan akan mengambil dia.
Selepas bersalin, hanya sekejap saya boleh melihatnya. Kami terpaksa berpisah, dia dibawa ke NICU.
Hampir seminggu saya menahan kesakitan akibat pembedahan CS. Saya kna belajar semula cara duduk, berdiri dan berjalan. Namun ia langsung tidak menghalang diri saya pergi dan balik ke NICU bagi memeriksa dia dan menggendongnya. Saya juga dapat mencium Mikael setiap hari.
Saya dan suami bergilir-gilir menemaninya di NICU. Selepas beberapa hari, kami dibenarkan pulang. Mikael juga dapat tinggal bersama kami. Alasannya adalah supaya kami ada lebih banyak masa dengannya.
Hospital menjadi rumah kedua kami. Jururawat dan doktor telah menjaga kami dengan baik. Mereka sabar dengan soalan dan pertanyaan kami.
Melihatkan cara mereka bekerja menjaga orang lain setiap hari, mereka sepatutnya memperoleh penghormatan dari orang ramai.
Bilik kecil kami di sana menjadi saksi perjuangan harian kami sebagai ibu ayah pertama kali. Malam-malam berukar lampin yang kotor, bergilir-gilir memberikan susu dan menidurkan bayi kami.
Semua perkara itu kami lalui semasa menangani emosi. Setiap hari kam diingatkan anak kami perlahan-lahan lemah. Penyakitnya tidak dapat disembuhkan. Realitinya kami mengira jam atau hari sehinggalah jantungnya berhenti berdegup.
Setiap air mata yang jatuh, saya berdoa kepada Tuhan untuk berikan keajaiban, malah ada hari-hari saya sangat berharap doktor memberitahu berita gembira anak saya sudah sembuh.
Namun saya percaya kepada Tuhan, dia mempunyai rancangan baik untuk setiap yang berlaku. Kami pasrahkan sahaja walaupun sukar.
Sumber: Artikel asal diterbitkan oleh theAsianparent Filipina. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Lepas Bersalin, Jangan Lupa Tanya Skor APGAR Anak Pada Doktor! Penting Elak Komplikasi Lain
Baca juga: Usia Baru 1 Minggu, Tapi Bayi Ini Menghidap 4 Masalah Jantung Dan Terpaksa Jalani Pembedahan!
Baca juga: Pengalaman DIGIGIT Tikus, Bayi Lahir Cacat Dibenci Nenek Dan Ayahnya Sendiri
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!