X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hidap Masalah Jantung Berlubang, Bayi 2 Bulan Ini Perlukan Sumbangan Untuk Pembedahan Segera

5 Apr, 2021
Hidap Masalah Jantung Berlubang, Bayi 2 Bulan Ini Perlukan Sumbangan Untuk Pembedahan Segera

Mohon sumbangan daripada orang ramai untuk membiayai kos pembedahan bayi berusia 2 bulan yang menghidap masalah jantung berlubang dengan segera

Tiada mana-mana ibu bapa di dunia ini sanggup melihat keadaan anak baru dilahirkan berdepan ujian penyakit yang serius. Kos perubatan bagi menyelamatkan nyawa pula hampir ribuan ringgit sehingga perlu mohon sumbangan daripada orang ramai.

Meskipun sukar untuk menerima kenyataan bahawa bayi seawal usia 2 bulan ini terpaksa dimasukkan bawah Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), namun segala usaha bagi menyelamatkan nyawanya akan dilakukan.

Mohon sumbangan orang ramai bagi pembedahan segera

bayi hidap jantung berlubang

credit to sources

Menurut laporan oleh Berita Harian, sejak dilahirkan pada 1 Februari yang lalu,  bayi lelaki berusia dua bulan, Nyeo Jia Ho telah menghidap penyakit jantung berlubang jenis Atrial Septal Defect dan Patent Ductus Arteriosus (PDA).

Ibu bayi berkenaan, Ang Suh Huwa berkata amat sukar untuk menjelaskan perasaannya ketika ini kerana dia tidak dapat mendukung, menyusu dan menjaga anak kelimanya itu selepas doktor mengesahkan menderita penyakit tersebut selepas dua minggu dilahirkan.

”Sehingga ke hari ini, saya masih tidak berpeluang untuk peluk dan cium anak sejak dilahirkan dua bulan yang lalu. Sebagai ibu, saya hanya dapat melihat dan menyentuh tangannya bagi menghilangkan rasa rindu.”

”Lebih menyedihkan apabila melihat banyak wayar dipasang pada tubuh kecilnya. Jia Ho lahir pramatang, pada ketika itu usia kandungan baru 36 minggu. Sehingga kini dia terpaksa ditempatkan di NICU.” jelasnya.

Difahamkan berat badan bayi berkenaan cuma 1.66 kilogram dan dia kelihatan begitu lesu. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mendapati ia disebabkan oleh peredaran darah di jantung yang tidak lancar.

”Luluh hati seorang ibu apabila doktor memberitahu masalah yang dihadapi oleh Jia Ho. Sudah semestinya pada peringkat awal, kami sekeluarga agak sukar untuk menerimanya.”

Mohon sumbangan bagi membiayai kos pembedahan bernilai RM35,000

mohon bantuan

”Walau bagaimanapun, saya reda kerana menyedari anak yang dilahirkan pramatang amat berisiko mengalami masalah PDA ini,” jelasnya.

Suh Huwa yang merupakan seorang suri rumah berkata, anaknya itu perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan pelbagai komplikasi kesihatan yang menyerang, terutamanya pada fungsi jantung.

”Doktor mengatakan sekiranya anak saya tidak menjalani pembedahan dengan segera, ia boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan tumbesarannya juga akan terganggu.”

”Saya amat berharap agar anak pulih dan dapat hidup normal seperti kanak-kanak yang lain.” katanya.

Tambahnya lagi sejak dilahirkan Jia Ho belum pernah pulang ke rumah dan sehingga kini masih dirawat di sebuah hospital di Klang, Selangor. Manakala empat anaknya yang lain sering bertanyakan bilakah adik mereka boleh keluar dari hospital.

Bapa kepada Jia Ho, Nyeo Kok An berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penggali kubur berkata, pendapatannya tidak menentu telah menyukarkan bagi menanggung segala kos rawatan dan pembedahan yang berjumlah RM35,000.

”Pendapatan setiap bulan tidak menentu kerana jika ada kematian, barulah saya dipanggil untuk menggali kubur. Tambahan pula, tiga daripada empat anak masih bersekolah. Pembedahan ini perlu dilakukan segera di Sunway Medical Centre bagi menyelamatkan nyawa Jia Ho.”

Sama-sama hulurkan bantuan bagi menyelamatkan nyawa bayi

bantuan pembedahan bayi

credit to sources

”Jauh di sudut hati, saya amat bersyukur Jia Ho masih kuat untuk bertahan. Kini dia bergantung dengan susu badan yang diberikan melalui tiub di mulut.”

”Saya amat berterima kasih sekiranya ada masyarakat yang prihatin untuk sama-sama membantu bagi proses pembedahan ini.” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu, boleh salurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 51410532-3170 dan sertakan sekali nama pesakit.

Manakala bagi sumbangan menggunakan cek, nama pesakit hendaklah ditulis di bahagian belakang cek tersebut dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 4, Anjung Riong, Balai Berita, No.31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar proses serta segala urusan pembedahan bayi Jia Ho ini berjalan dengan lancar dan dia dapat mengharungi kehidupan seperti biasa.

Sumber: Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!

Stories Rakan Kongsi
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Maksimumkan Masa Percutian Anda ke Hong Kong: Tip Penduduk Tempatan Untuk Destinasi Paling Trendy, Restoran Menarik & Banyak Lagi!
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hidap Masalah Jantung Berlubang, Bayi 2 Bulan Ini Perlukan Sumbangan Untuk Pembedahan Segera
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham