TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

2 Kes JE Di Pulau Pinang, Hati-Hati Ia Boleh Mengganggu Saraf Otak & Penyebab Kematian

26 Jun, 2020
2 Kes JE Di Pulau Pinang, Hati-Hati Ia Boleh Mengganggu Saraf Otak & Penyebab Kematian

Virus Japanese Encephalitis kini telah dikesan melibatkan dua kes di Pulau Pinang. Ketahui apakah jenis penyakit ini dan rawatan yang boleh dilakukan.

Baru-baru ini dua kes Japanese Encephalitis (JE) telah dilaporkan berlaku di Sungai Bakap di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Lantas disebabkan itu, setiap fasiliti di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil langkah berhati-hati bagi meningkatkan tahap persediaan dalam mengesan kes baru yang berkaitan dengan JE khususnya di kawasan yang dilaporkan itu.

Kes terdahulu, penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan berlaku di Pulau Pinang pada tahun 2018. Pihak jabatan akan melaporkan dengan kadar segera terhadap mana-mana kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya sebarang aktiviti kawalan boleh dilakukan.

Pelaksanaan bagi membendung penularan kes JE

penyakit JE

Susulan dengan kes yang berlaku itu, Pejabat Kesihatan Daerah telah melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokasi yang terlibat jika ada individu yang mengalami sebarang simptom seperti demam, disorientasi, koma, gegaran anggota, kekejangan otot dan sebagainya.

Selain itu, turut diadakan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan kabus juga dilaksanakan di beberapa lokasi berkenaan bagi membendung jangkitan penyakit ini.

Penduduk setempat juga perlu bekerjasama dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar agar dapat memusnahkan tempat pembiakan nyamuk ini.

Apa itu penyakit JE?

2 Kes JE Di Pulau Pinang, Hati-Hati Ia Boleh Mengganggu Saraf Otak & Penyebab Kematian

JE atau Japanese Encephalitis merupakan sejenis penyakit bawaan dari nyamuk yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk lalu membawa virus tersebut.

Virus JE ini boleh menyerang sistem saraf hingga mengakibatkan komplikasi teruk dan kematian.

Kitaran hidup virus JE ini melibatkan babi yang diternak dan nyamuk Celux yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi.

Kemudiannya, virus JE ini akan menggandakan bilangannya dalam tubuh babi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Selepas menerima jangkitan, virus JE ini akan menyerang saraf pusat iaitu di bahagian otak dan saraf tunjang.

Virus ini juga boleh berjangkit di antara manusia apabila individu tersebut makan daging babi yang membawa virus berkenaan.

Gejala yang boleh berlaku

2 Kes JE Di Pulau Pinang, Hati-Hati Ia Boleh Mengganggu Saraf Otak & Penyebab Kematian

– Biasanya gejala dari virus JE ini akan munul selepas 4 ke 16 hari pesakit digigit oleh nyamuk pembawa virus ini.

– Pesakit akan mengalami demam, selesema, sejuk badan, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.

– Di peringkat awal selepas dijangkiti pesakit boleh mengalami perasaan keliru dan bercelaru.

– Kanak-kanak boleh mengalami sawan

Rawatan untuk JE ini boleh dibuat melalui ujian darah dan cairan serebrospinal yang diambl melalui tulang belakang.

Namun, tiada rawatan khas untuk JE ini. Bahkan, antibiotik tidak berkesan untuk melawan virus dan tiada ubatan anti viral yang boleh ditemui.

Malah tumpuan rawatan juga hanya untuk mengurangkan gejala dan komplikasi yang muncul sahaja.

Meskipun itu, suntikan pelalian akan diberikan kepada golongan seperti penternak babi dan penduduk yang tinggal dengan kawasan berhampiran dengan ladang ternakan babi kira-kira 2 km terutamanya kanak-kanak.

Stories Rakan Kongsi
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!

JE bukan sejenis wabak

Kementerian kesihatan memaklumkan kes JE di Malaysia dipantau dengan rapi.

Menurut Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham, JE ini ialah sejenis penyakit bawaan vektor yang disebabkan oleh flavivirus yang boleh mengakibatkan gejala viral encephalitis dengan kebanyakan negara di Asia seperti India, Combodia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Malaysia.

Selain khinzir, burung liar juga pembawa virus ini dan boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Namun, transmisi jangkitan tidak boleh berlaku daripada seorang pesakit kepada individu lain.

Pun begitu, individu yang mengalami sebarang tanda-tanda perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Bernama 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comcara-menghalau-nyamuk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 2 Kes JE Di Pulau Pinang, Hati-Hati Ia Boleh Mengganggu Saraf Otak & Penyebab Kematian
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham