"Kenapa Ketawa-Ketawa?" Gelagat Lucu Jebat Jayden Nak Pergi Open House, Ramai Yang Terhibur!

Jebat Jayden berbual dengan ibu dan buat lawak nak 'pergi' open house. Ramai yang terhibur bila mendengar jawapan lucu dari mulutnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jebat Jayden yang juga anak hasil perkahwinan Noor Nabila Mohd Noor dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sering mencuri perhatian ramai.

Apa tidaknya, gelagat kanak-kanak ini yang bersahaja dan selamba dapat dilihat menerusi video-video dimuat naik oleh ibunya pada laman sosial termasuk TikTok.Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  •  "Kenapa ketawa ketawa," Jebat Jayden buat lawak bersahaja
  • Netizen terhibur

Terbaharu menerusi video dimuat naik ibunya pada laman TikTok noornabila00, kanak-kanak comel tersebut memberitahu ibunya mahu ke rumah terbuka. Ikuti perbualan anak beranak ini.

"Kenapa ketawa ketawa," Jebat Jayden buat lawak bersahaja

Dalam video tersebut, terdapat perbualan Noor Nabila dengan anaknya dan kanak-kanak itu menjawab pertanyaan dengan bersahaja. Ikuti dialog mereka berdua.

Noor Nabila: Eh baby (panggilan Jebat) nak pergi mana tu?
Jebat: Baby nak pergi open house
Noor Nabila: Open house apa?
Jebat: Kat rumah kawan baby
Noor Nabila: (ketawa selepas mendengar jawapan)
Jebat: Kenapa ketawa-ketawa
Noor Nabila: Siapa nama kawan baby yang buat open house tu?
Jebat: Baby lah yang buat open house tu.

Pada video tersebut, ibunya turut memuat naik keterangan, "Ooo fiderman pun sibuk beraya nak pergi open house rupanya".

Netizen terhibur Jebat Jayden buat lawak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 26,000 tanda suka serta menerima 749 komen daripada netizen.

Antara komen-komen daripada netizen yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut seperti:

"Kenapa ketawa ketawa, comel la Jebat ni".

"Kenapa ketawa ketawa, alahai".

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Pure betul bahasa Melayu dia. Kalau kita, 'asal kau gelak'. Hahahaha".

"Kalau stress kalau sedih, memang kena tengok budak lawak ni. Memang hilang semua masalah. Kenapa ketawa ketawa, hahahahaha selamba je dia bercakap".

"Aku tak boleh lah, hahahaha kenapa ketawa ketawa. Adoi lawak la Jebat".

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Bila dia sebut kenapa ketawa ketawa, macam mak saudara dia pula si Lofa hehe. Comel".

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

Baca juga:  Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ayah Teruja Ambil Gambar Air Di Meja, Sekali Tangan Anak Laju Rentap & Tumpahkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan