X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

17 May, 2022
Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

Peti sejuk telah menjadi tempat anak tidur lena. Seorang ibu kongsi momen lucu anak lelakinya yang mudah terlelap tanpa mengira tempat

Cari anak tak ada rupanya-rupanya, ibu terjumpa kanak-kanak tersebut tidur lena dalam peti sejuk. Gelagat kanak-kanak ini yang tular videonya di laman sosial TikTok selepas dimuat naik ibunya pada akaun madam_donat, mencetuskan gelak tawa netizen.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kanak-kanak selamba tidur lena dalam peti sejuk
  • Tiada isu keselamatan yang membimbangkan
  • Tips anak mudah tidur

Menerusi video yang dipaparkan, kanak-kanak tersebut kelihatan tidur dengan nyenyak walaupun kelihatan posisi tidurnya dilihat tidak begitu selesa.

Anak lelaki selamba tidur lena dalam peti sejuk

anak tidur dalam peti

Menurut keterangan pada video tersebut, ibu kanak-kanak itu memberitahu, anaknya mengeluarkan semua barangan dari dalam peti ais terlebih dahulu sebelum memasukkan dirinya.

“Aku cari dia tak jumpa. Memang dia suka keluarkan semua barang, lepas itu saja-saja masuk tutup pintu (peti ais),” demikian perkongsian ibunya.

Wanita itu berkata, bagaimanapun kali ini anaknya betul-betul tidur di dalam peti ais tersebut.

“Hari ini dia boleh pi lena dalam peti sejuk, bertuah punya budak. Jadi apa-apa orang kata aku buh (letak) anak dalam peti ais,” ujarnya.

Kanak-kanak tidur lena, tiada isu keselamatan yang perlu dibimbangkan

anak tidur dalam peti sejuk

Berdasarkan maklum balas pertanyaan daripada netizen, wanita itu memberitahu, anaknya hanya main peti ais tersebut sekiranya dia berada di dapur sahaja.

Katanya, peti ais tersebut tidak mempunyai rak kerana telah patah dan anaknya suka bermain menekan lampu yang ada di dalamnya. 

“Terima kasih maklong paklong yang prihatin semua. Saya minta maaf ya kalau video ini mendatangkan kerisauan. Pertama sekali peti ais ini tak ada rak sebab dah patah.

“Selalunya dia suka tekan lampu tu (peti ais) macam kita kecil-kecil dahulu.

“Kedua, barang dikisar saya letak tempat beku atas sebab saya tahu budak ini suka buka tupperware atau penyet sampai kemek,” katanya.

Dalam masa sama, ibu tersebut memberitahu, rumah mereka mempunyai pendingin hawa namun anaknya memilih tidur di dalam peti ais.

“Sambil angkat ayah dia kata, ‘aircond dua biji dalam rumah, peti ais juga hang masuk tidoq’,” katanya.

Tips anak mudah tidur yang boleh ibu praktikkan

kanak-kanak tidur lena

Ada dalam kalangan ibu-ibu di sini yang menghadapi kesukaran anak susah tidur. Pasti merisaukan ibu-ibu bukan, ditambah lagi anak perlu menghadiri persekolahan keesokan hari atau ibu sendiri perlu keluar  awal dari rumah untuk ke pejabat.

Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk membolehkan anak ibu mudah tidur.

  • Tetapkan rutin

Kanak-kanak harus mempunyai rutin tidur yang tetap dan bersesuaian dengan usia. Tetapkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang sama pada setiap hari, malah pada waktu hujung minggu juga sebaiknya mengikut rutin yang sama iaitu tiada waktu tidur berlebihan.

  • Baca buku cerita sebelum tidur

Membacakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara yang baik untuk memudahkan dia tidur. Menurut Michael Gradisar, seorang pakar psikologi klinik di Universiti Flinders, Adelaide, Australia, dalam kebanyakan kegiatan, membaca buku bercetak merupakan aktiviti paling santai.

  • Tiada gajet di bilik tidur

Elakkan daripada meletakkan televisyen, komputer, tablet atau telefon bimbit di bilik tidur dan elakkan anak bermain peranti seumpama itu 1 jam sebelum tidur.

Elektronik boleh merangsang otak kanak-kanak dan cahaya biru daripada peranti juga menghalang pelepasan melatonin.

  • Bilik tidur yang tidak panas dan tenang

Sebelum bawa anak ke bilik tidur, pastikan suhu di bilik tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Selain itu, bilik haruslah dalam keadaan tenang dan kemas supaya anak akan selesa apabila melelapkan mata.

  • Katil hanya untuk tidur

Tetapkan peraturan bahawa katil hanya untuk tempat berehat sahaja. Elakkan daripada melakukan perkara lain di katil seperti makan, bermain atau melakukan kerja sekolah di tempat tidur.

Didik anak untuk menghormati tempat beristirahat dan wujudkan tabiat yang baik ini untuk memberikan manfaat jangka masa panjang. Apabila anak faham hal ini, ia menjadikan dia lebih mudah terlelap apabila berada di katil.

  • Makan snek sebelum tidur

Pengambilan kudapan tinggi protein dan rendah gula seperti segelas susu menggalakkan tidur yang lebih baik. Walau bagaimanapun, makan gula-gula atau makanan manis sebelum tidur boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dan turun secara mendadak menyebabkan kelaparan pada tengah malam.

  • Beri perhatian untuk anak bercakap

Sebelum masuk tidur, luangkan masa selama 10-15 minit untuk mendengar cerita anak dan luahan hatinya. Tanya tentang harinya atau bercakap tentang impiannya supaya fikirannya lebih tenang kerana dapat memberitahu ibu bapa sekiranya mempunyai kebimbangan.

  • Baca doa sebelum tidur

Doa boleh menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan selain memperbaiki tidur. Setiap kanak-kanak memerlukan jangka masa tidur yang berbeza. Ada yang memerlukan tidur yang lama dan ada yang sekejap. Yang pasti, ibu ayah harus tahu keperluan tidur si anak agar anak tidak meragam apabila tidak cukup rehat.

Stories Rakan Kongsi
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!

TikTok, Berita Media Corp.Sg

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Katil Budak Terbaik: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Dalam Senarai Ini!

Baca juga: Tidur Bersama Bayi Anda (Co-Sleeping), Adakah Selamat Atau Bahaya? Ini Pendapat Kajian

Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk
Kongsikan:
  • Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

    Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

  • Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

    Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

  • Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

    Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

  • Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

    Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

  • Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

    Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.