Jemaah Haji 2024, Jangan Lupa Bawa ORS Elak Strok Haba Pada Musim Panas

Buat jemaah haji 2024 yang bakal mengerjakan ibadah haji ketika musim panas ini, ORS adalah cara mudah untuk mencegah masalah strok haba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jemaah haji 2024 dijangka berhadapan cuaca panas melampau dengan purata suhu mencecah 50 darjah celcius diingatkan supaya membawa ORS (Oral Rehydration Salt) bersama.

Musim panas di Tanah Suci biasanya bermula dari bulan April sehingga Oktober.

Jemaah Haji 2024 Bawa ORS Elak Strok Haba

Tempat paling berisiko untuk Jemaah terdedah di bawah terik matahari untuk tempoh yang lama adalah Mina dan Arafah iaitu semasa melontar jamrah berikutan jarak perjalanan yang jauh.

Selain itu, ketika jemaah melakukan tawaf dan saie terutama pada waktu tengah hari, mereka juga perlu berhati-hati dengan cuaca panas yang terik.

Peluh yang terlalu banyak keluar akan menyebabkan seseorang kehilangan cecair serta garam dalam badan. Kekurangan garam akan menyebabkan rasa lesu, pening,  perut mula rasa kejang maka risiko strok haba meningkat.  

ORS ini dapat menggantikan garam dan air dengan pantas dan berkesan untuk memastikan tubuh kekal terhidrasi dan mengelakkan serangan strok haba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala Strok Haba Yang Boleh Diperhatikan

1. Air Kencing Menjadi Pekat

Ini menunjukkan tubuh kekurangan air, kerana air kencing yang pekat adalah tanda dehidrasi.

2. Suhu Badan Meningkat

Strok haba menyebabkan suhu badan naik melebihi paras normal, sehingga melebihi 40°C (104°F) antara gejala strok haba yang perlu diberi perhatian.

3. Pening Dan Pitam

Kekurangan air dan elektrolit dalam tubuh boleh menyebabkan rasa pening dan pitam akibat kekurangan bekalan darah dan oksigen ke otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kejang Kaki Dan Perut

Kekurangan garam dan elektrolit akibat kehilangan peluh yang banyak boleh menyebabkan otot menjadi kejang, terutama di kaki dan perut.

5. Perubahan Tingkah Laku

Individu yang mengalami strok haba mungkin menunjukkan perubahan tingkah laku seperti kekeliruan, kekacauan, atau tingkah laku yang tidak norma

6. Jantung Berdegup Pantas

Strok haba memaksa jantung bekerja lebih keras untuk menyejukkan tubuh, menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih cepat daripada biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda serius dan memerlukan perhatian perubatan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Semoga perjalanan ibadah haji dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Barang Keperluan Haji Yang Perlu Di Bawa, Sediakan Awal Lebih Baik!

Baca juga: Rezeki Dapat Tunai Haji Di Usia Muda, Berkat Ibu Konsisten Buat Potongan Gaji Setiap Bulan

Baca juga: Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah