Baik Dan Buruk Kesihatan Semuanya Bermula Dari Usus, Ada Eloknya Untuk Ambil Probiotik Demi Kesihatan Perut

Kunci kesihatan yang baik bermula dari perut. Ini jenama probiotik yang bagus anda boleh ambil untuk usus dan perut yang sihat.

Tahukah anda bahawa kesihatan usus memainkan peranan di dalam apa jua kesihatan lain? Ya, disebabkan itulah pentingnya untuk kita menjaga kesihatan usus dan perut kita demi kesihatan menyeluruh dan disebabkan itulah, kini kita boleh berterima kasih kerana dengan adanya kewujudan jenama probiotik yang bagus di pasaran.

Probiotik telah mendapat pengiktirafahn yang meluas berikutan peranannya di dalam mempromosikan kesihatan sistem pencernaan kita sekaligus kesihatan tubuh secara menyeluruh. Bakteria yang bermanfaat ini boleh ditemui di dalam pelbagai jenis makanan dan minuman, tetapi bagi mereka yang mencari jalan mudah dan sumber yang berguna serta mujarab, suplemen probiotik adalah pilihan yang terbaik.

Walaubagaimanapun, dengan pelbagai jenama suplemen probiotik di pasaran sekarang ini, memilih yang terbaik untuk diri kita dan keluarga adalah satu tugas yang agak merisaukan.

Jadi, menerusi artikel ini, kita akan mengeksplor lebih mendalam akan dunia probiotik, membariskan jenama probiotik yang bagus dan menyediakan tips berguna dalam membantu anda untuk memilih suplemen probiotik yang terbaik mengikut keperluan anda.

Kenali Probiotik

Probiotik adalah mikroorganisma yang menyediakan pelbagai manfaat kesihatan apabila ia diambil dalam amaun yang tepat. Ia sebahagian besarnya terkenal dengan impak positifnya ke atas kesihatan usus, membantu mengekalkan komuniti mikrob yang seimbang dan pelbagai di dalam saluran penghadaman kita.

Mikrobiom usus yang sihat adalah dikaitkan dengan memperbaiki sistem pencernaan, meningkatkan fungsi imun, dan menyeimbangkan mood seseorang. 

Probiotik boleh ditemui secara semulajadinya di dalam makanan yang diperam seperti yogurt, kimchi dan roti sourdough. Walaubagaimanapun, apabila sumber diet permakanan tidak cukup untuk menyediakan manfaat ini, pakar kesihatan biasanya akan mencadangkan untuk memilih menambah pengambilan suplemen probiotik ke dalam rutin harian untuk mengekal dan mengembalikan keseimbangan bakteria baik di dalam usus.

Tip Pemilihan Jenama Probiotik Yang Bagus

Sememangnya sukar untuk membuat pilihan suplemen probiotik sekarang ini berikutan terdapat banyak jenama probiotik yang bagus di pasaran kita. Namun jangan risau kerana dengan tips ini, ia akan membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat.

  1. Pilihan strain: Tidak semua strain probiotik dihasilkan seimbang dan setiap strain probiotik boleh menawarkan manfaat yang unik. Ketika memilih satu suplemen probiotik, ambil kira akan gol kesihatan yang spesifik. Sebagai contoh, strain Lactobacillus dan Bifidobacterium adalah selalunya dikaitkan dengan kesihatan sistem pencernaan, sementara Saccharomyces boulardii pula terkenal dengan keefektifannya dalam mencegah dan merawat cirit-birit. Semak label suplemen untuk memastikan ia mengandungi strain yang relevan dengan keperluan anda.
  2. Colony-Forming Units (CFU) atau Unit Pembentuk Koloni: CFU menunjukkan jumlah bakteria hidup di dalam setiap dos suplemen. Jumlah CFU yang lebih tinggi tidak semestinya menghasilkan keputusan yang lebih baik, kerana kadar keefektifan probiotik itu bergantung pada banyak faktor, termasuklah strain yang spesifik, kestabilan, dan proses penghasilannya. Satu suplemen probiotik yang tipikal boleh mengandungi sekitar 1 bilion ke 10 bilion CFU setiap dos, yang mana secara umumnya cukup untuk setiap individu.

  3. Kestabilan dalam penyimpanan: Suplemen probiotik adalah sensitif terhadap suhu panas dan lembap, yang mana boleh mengurangkan kadar keberkesanannya. Cari suplemen yang menawarkan kestabilan pada suhu bilik atau yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk jika anda boleh memastikan yang ia disimpan pada kondisi yang betul. Sesetengah formulasi yang lebih advanced direka yang boleh menahan suhu panas, menjadikannya lebih mudah untuk di bawa kembara.

  4. Prebiotik: Prebiotik adalah serat tidak larut yang menyubur dan menyokong pembiakan bakteria baik di dalam usus. Sesetengah suplemen probiotik mengandungi prebiotik untuk meningkatkan kadar efektifnya. Menggabungkan probiotik dengan prebiotik boleh membantu memastikan kelangsungan hidup dan pembiakan bakteria baik di dalam usus.

  5. Kualiti dan ketelusan jenama: Ia penting untuk memilih jenama yang mempunyai reputasi baik dengan sejarah penghasilan yang tinggi kualiti. Cari jenama probiotik yang bagus yang telah menjalani ujian pihak ketiga untuk potensi, kesuciannya dan keselamatannya. Ketelusan di dalam label, termasuklah informasi yang jelas pada jenis strain dan jumlah CFU juga satu tanda yang positif akan produk yang boleh dipercayai.

  6. Tarikh tamat tempoh: Sentiasa periksa tarikh tamat tempoh pada suplemen probotik untuk memastikan kadar potensinya. Menggunakan produk yang telah tamat tempoh boleh jadi tidak menyediakan manfaat kesihatan yang diinginkan.

  7. Pertimbang keperluan khusus anda: Berunding dengan pakar kesihatan untuk mengenalpasti strain probiotik dan dos yang sejajarnya dengan gol kesihatan anda dan sebarang kondisi yang spesifik yang mungkin anda ada. Probiotik boleh jadi bermanfaat untuk pelbagai isu, termasuklah gangguan sistem pencernaan, menyokong imun, dan kesihatan wanita.

  8. Mula perlahan-lahan: Jika anda baru ingin mencuba probiotik, seeloknya untuk mula dengan dos yang rendah dan tingkatkan dosnya secara berkala. Sesetengah individu mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan sistem pencernaan apabila pertama kalinya mengambil probiotik, yang mana selalunya akan berkurangan apabila mikrobiom usus mula serasi.

6 Jenama Probiotik Yang Bagus Di Malaysia

Jenama Probiotik Yang Bagus
Life Space Broad Spectrum Probiotic
Terbaik Untuk Keluarga
Beli di Shopee
21st Century Probiotics
Terbaik Dengan 4 Strain Jenis Bakteria Baik
Beli di Shopee
Blackmores Probiotics+ Daily
Terbaik Jenama Yang Diyakini
Beli di Shopee
Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic
Terbaik 350 Bilion CFU Dalam 1 Kapsul
Beli di Shopee
Bio-Life A.B. Adult Gold Pre & Pro
Terbaik Mengandungi Prebiotik Dan Probiotik Terutama Golongan Tua
Beli di Shopee
Kordel's Protect Probiotic
Terbaik Terbukti Secara Klinikal Membaik Pulih Kesihatan
Beli di Shopee

Life Space Broad Spectrum Probiotic

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Untuk Keluarga

Life Space Broad Spectrum Probiotic adalah pilihan suplemen probiotic yang paling mendapat sambutan kerana ia menawarkan pelbagai strain bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Suplemen ini sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, sekaligus ia menjadikan pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Jenama probiotic yang bagus ini membantu memperbaiki sistem pencernaan kita, meningkatkan sistem imun, dan menggalakkan kesihatan usus. Life Space cukup terkenal dengan produknya yang berkualiti tinggi, tidak terkecuali probiotiknya.

Apa yang kami suka:

  • Setiap kapsul mengandungi 32 bilion CFU
  • 15 strain bakteria tinggi kualiti baik untuk kesihatan
  • Menyokong kesihatan tubuh secara optimal

21st Century Probiotics

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Dengan 4 Strain Jenis Bakteria Baik

21st Century Probiotics muncul sebagai satu suplemen tambahan yang cukup meyakinkan di dalam dunia diet suplemen. Dengan fokusnya pada kesihatan usus dan keseluruhan tubuh, produk ini telah mendapat perhatian meluas daripada konsumer yang mementingkan kesihatan. Boleh kata hasil pengambilannya cukup membanggakan bagi ramai pengguna.

Apa yang kami suka:

  • Sarat dengan pelbagai strain probiotik termasuk Lactobacillus dan Bifidobacterium
  • Mengandungi 8 bilion bakteria baik dengan 4 jenis: Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum, dan Streptococcus Thermophilus.
  • Tiada gula
  • Waktu terbaik makan probiotik ini adalah satu kapsul dengan makanan.

Blackmores Probiotics+ Daily

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Jenama Yang Diyakini

Boleh kata yang Blackmores Probiotics+ Daily mendapat perhatian yang cukup meluas di kalangan pengguna probiotik berikutan impaknya yang cukup membanggakan. Ia telah menjadi sebahagian penting dalam rutin harian ramai.

Tidak dinafikan yang jenama ini sememangnya terkenal dengan prinsipnya yang menjaga komitmen dari segi kualitinya. Sememangnya Blackmores sudah lama menjadi satu jenama yang dipercayai serta cukup berkesan dan selamat untuk diambil.

Jika anda seorang yang mengalami masalah gastrik, boleh pertimbangkan untuk ambil Blackmores Probiotics+ Daily Health, kerana ia adalah probiotik untuk gastrik yang boleh membantu untuk melawan H. pylori, bakkteria yang bertanggungjawab menyebabkan gastrik.

Apa yang kami suka:

  • Mudah ambil satu kapsul sehari sudah cukup
  • Berkesan memperbaiki sistem pencernaan
  • Melegakan masalah ketidakselesaan perut dan kembung
  • Menjaga kualitinya
  • Selamat untuk diambil

Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik 350 Bilion CFU Dalam 1 Kapsul

Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic adalah satu suplemen diet yang direka untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan yang menyediakan gabungan strain probiotik yang terbaik. 

Ia direka dengan formula tinggi kualiti yang menggabungkan tiga train bakteria yang telah menjalani ujikaji secara klinikal sebanyak 350 bilion CFU gabungan tiga jenis strain bakteria iaitu Bifidobacterium lactis (HN019), Bifidobacterium lactis (BI-04) dan Lactobacillus acidophilus (La-14), yang diformulasikan khusus untuk menyokong kesihatan usus, mengekalkan kesihatan pencernaan dan menggalakkan flora usus yang baik.

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi 350 bilion CFU termasuk Bifidobacterium lactis (HN019), Bifidobacterium lactis (BI-04) dan Lactobacillus acidophilus (La-14) dalam 1 kapsul
  • Meningkatkan kadar penyerapan nutrien dari makanan
  • Menyokong sistem imun
  • Melegakan ketidakselesaan perut
  • Menyokong pengambilan antibiotik

Bio-Life A.B. Adult Gold Pre & Pro

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Mengandungi Prebiotik Dan Probiotik Terutama Golongan Tua

Jenama probiotik yang bagus ini mengandungi prebiotik dan probiotik ideal untuk orang tua. Ia mengandungi 3 bahan yang telah diuji secara klinikal iaitu inulin-oligofructose (prebiotik) berasal dari BENEO™ Orafti® Synergy 1 (Belgium), Lactobacillus plantarum LP01 (probiotik) berasal dari Itali dan sementara Bifidobacterium lactis BB12 (probiotik) dari Denmark.

Apa yang kami suka:

  • Mengnormalkan pergerakan aliran usus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Memperbaiki penyerapan kalsium dan magnesium
  • Mengurangkan risiko gangguan usus
  • Menyeimbangkan mikrobiom perut
  • Sangat disyorkan untuk orang tua dengan masalah sembelit kronik, masalah pencernaan, masalah kepadatan tulang yang lemah, masalah imun yang lemah, dan yang pernah mengalami masalah kadar penyerapan nutrisi yang teruk.
  • Waktu terbaik makan probiotik ini adalah sebelum makan.

Kordel’s Protect Probiotic

Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Terbukti Secara Klinikal Membaik Pulih Kesihatan

Jenama probiotik yang bagus dari Amerika Syarikat ini dikatakan terbukti secara klinikal dapat membaik pulih kesihatan secara menyeluruh apabila ujikaji yang mereka telah lakukan berjaya dengan jayanya. Ia mengandungi 10 bilion CFU termasuk Lactobacillus acidophilus (NCFM) sebanyak 14.1mg dan Bifidobacterium lactis (Bi-07) 4.9mg. Ia adalah dua strain probiotik yang dipatenkan HOWARU Protect.

Kordel’s Protect Probiotik datang dalam bentuk serbuk. Ia telah terbukti meningkatkan imun tubuh kanak-kanak memastikan anak kekal sihat. Dalam satu ujikajinya, seramai 326 orang kanak-kanak sihat di antara usia 3 ke 5 tahun menerima sama ada dos HOWARU Protect atau placebo sepanjang musim demam dan selesema pada November 2005 ke Mei 2006.

Kajian itu mendapati yang kanak-kanak yang menerima HOWARU Protect probiotik mempunyai pengurangan signifikan di dalam kejadian demam sebanyak 72.7 peratus batuk kepada 62.1 peratus dan selesema dari 58.9 peratus, tempoh hari sakit berkurang sehingga hampir 50 peratus, preskripsi antibiotik berkurang lebih daripada 80 peratus, serta pengurangan hari ketidakhadiran ke seolah sebanyak 27 peratus.

Apa yang kami suka:

  • Tahan antibiotik
  • Tinggi toleransi terhadap pH rendah pada perut
  • Tahan lasak terhadap garam hempedu
  • Boleh hidup dalam persekitaran usus dalaman yang ganas
  • Boleh dikesan sehingga 2 minggu selepas pengambilannya
  • Boleh mengkolonikan saluran usus
  • Seusuai untuk kanak-kanak dari usia 1 tahun dan orang dewasa
  • Waktu terbaik makan probiotik ini adalah bersama atau selepas makan.

Perbandingan Harga Jenama Probiotik Yang Bagus Di Malaysia

Jenama Harga/unit Harga/kapsul/sachet
Life Space Broad Spectrum Probiotic RM84.10 RM1.40
21st Century Probiotics RM17.00 RM0.56
Blackmores Probiotics+ Daily RM148.00 RM1.64
Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic RM78.90 RM2.63
Bio-Life A.B. Adult Gold Pre & Pro RM49.99 RM1.66
Kordel’s Protect Probiotic RM71.84 RM3.60

Kebaikan Probiotik

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang majoritinya adalah bakteria dan beberapa strain yis, yang bermanfaat untuk kesihatan kita apabila kita ambil dalam amaun yang sepatutnya. Tubuh kita mengehos trilion bakteria, kedua-duanya baik dan jahat, yang mana menetap di dalam saluran usus kita. Keseimbangan di antara mikroorganisma adalah penting untuk kesihatan optimal, dan probiotik memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ini.

Probiotik bagus untuk:

1. Memperbaiki sistem pencernaan

Salah satu kebaikan utama probiotik adalah impak positifnya terhadap kesihatan pencernaan. Probiotik membantu mengawal selia keseimbangan bakteria di dalam usus, memastikan yang mikroorganisma yang bahaya tidak mendominasi. Keseimbangan ini adalah penting untuk mencegah isu pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, sindrom iritasi usus (IBS), dan penyakit radang usus (IBD).

Tambah lagi, probiotik boleh membantu dalam pencernaan dan penyerapan nutrisi, menjadikan ia mudah untuk tubuh kita mengesktrak vitamin dan mineral yang penting dari makanan yang kita makan. Ini boleh membawa kepada penyerapan nutrisi yang lebih baik dan fungsi cerna yang lebih bagus.

2. Pertingkat sistem imun

Sebahagian penting dalam sistem imun kita terletak di dalam usus. Probiotik memainkan peranan penting dalam menguatkan perlindungan imun dengan memastikan mikrobiom usus yang sihat. Ia membantu melatih sistem imun untuk membezakan di antara patogen bahaya dan bakteria baik, tambah lagi mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit autoimun.

Pengambilan probiotik secara regular telah dikaitkan dengan penurunan insiden dan durasi masalah demam, jangkitan saluran pernafasan, dan penyakit berkaitan dengan usus. Dengan memperkuatkan sistem imun, probiotic menyumbang kepada kebolehan tubuh kita untuk melawan anasi jahat.

3. Mengurus gangguan Gastrointestinal

Untuk individu yang mengalami gangguan Gastrointestinal seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyakit radang usus (IBD), atau ketidaktoleransi laktosa, probiotik boleh jadi solusinya. Kondisi ini biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria usus atau masalah radang dan probiotik boleh membantu mengurangkan simptom dan memperbaiki kesihatan secara menyeluruh.

Sementara probiotik mungkin tidak boleh merawat situasi ini, ia pastinya boleh menyediakan kelegaan daripada ketidakselesaan dan membantu mengawal simptom dengan lebih berkesan. Bincang dengan pakar kesihatan adalah penting untuk mengenal pasti strain probiotik yang paling sesuai untuk isu gastrointestinal yang anda alami.

4. Kesihatan mental dan mood

Hubungan usus dan otak adalah satu bahagian kajian yang cukup menarik, dan kajian terkini mendapati yang probiotik boleh mempengaruhi kesihatan mental dan mood. Mikrobiom usus boleh berkomunikasi dengan otak menerusi axis usus-otak, dan ketidakseimbangan bakteria usus telah pun dikaitkan dengan gangguan mood seperti depresi dan anxiety.

Sesetengah kajian menunjukan yang strain probiotik boleh membantu mengurangkan simptom depresi dan anxiety dengan menggalakkan mikrobiom usus yang jauh lebih sihat. Sementara lebih kajian perlu dijalankan di dalam bahagian ini, potensi probiotik untuk memberikan impak positif pada kesihatan mental adalah meyakinkan.

5. Mengekal kesihatan kulit

Kulit yang bersih dan berseri selalunya dikaitkan dengan kesihatan yang baik, dan probiotik boleh menyumbang kepada kesihatan kulit. Kondisi kulit seperti jerawat, ekzema, dan rosacea telah dikaitkan dengan ketidakseimbangan bakteria usus dan radang perut. Probiotik boleh membantu mengurangkan radang dan menyokong kulit muka yang sihat dengan mempromosikan mikrobiom usus.

Probiotik adalah kuasa besar manfaat kesihatan daripada sistem penghadaman yang lebih baik kepada peningkatan imuniti, dan potensi manfaat kesihatan mental. Menggabungkan makanan tinggi probiotik seperti yogurt, kefir, kimchi, tempeh, roti sourdough dan kombucha ke dalam diet anda atau mengambil jenama probiotik yang bagus ini boleh jadi penambahan yang bernilai terhadap rutin kesihatan anda.

Walaubagaimanapun, ia penting untuk anda ingat yang tidak semua probiotik direka sama rata, dan kesannya juga boleh berbeza bergantung pada strain spesifik dan dosnya. Bincang dengan pakar kesihatan anda atau pakar nutrisi boleh membantu anda untuk memilih suplemen probiotik yang terbaik dan sumber diet untuk menyelesaikan mengikut keperluan kesihatan anda.

Ingat yang mana kunci kesihatan menyeluruh bergantung pada perut kita atau usus. Jadi, rawat perut untuk kesihan yang lebih baik. Semoga artikel ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia. 

Baca juga:  5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

Baca juga: Jenis Sakit Perut Yang Selalu Dialami Orang Dewasa, Ini Cara Menghilangkan Sakit Perut Dengan Segera

Baca juga: “Pedihnya Ulu Hati, Rasa Macam Kena Bakar", Doktor Samhan Kongsi Cara Rawat Gastrik Dengan Mudah

Penulis

Farhana Fuad