TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

“Pedihnya Ulu Hati, Rasa Macam Kena Bakar", Doktor Samhan Kongsi Cara Rawat Gastrik Dengan Mudah

3 min bacaan
“Pedihnya Ulu Hati, Rasa Macam Kena Bakar", Doktor Samhan Kongsi Cara Rawat Gastrik Dengan Mudah

Gastrik adalah penyakit yang sangat lazim dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, ianya masih boleh dirawat

Selalu orang mengadu pedih ulu hati dan rasa sakit perut dikaitkan dengan gastrik. Macam mana nak tahu sama ada anda mempunyai gastrisis atau tidak? Adakah ia GERD atau gastroesophageal reflux? 

Gastrik bermaksud organ perut. Manakala, gastrisis pula adalah keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Jadi, sebetulnya ia adalah penyakit gastritis. 

Lebih mudah jika anda tahu di mana kedudukan perut kerana penyakit ini sering terjadi adalah pada bahagian kiri atas dan bahagian tengah atas perut.

Biasanya, ia hanya melibatkan kawasan kantung perut sahaja. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Dr Samhan (@dr_samhan)

Kata seorang pengamal perubatan, Dr. Ahmad Samhan melalui hantarannya di Instagram, gastrik atau gastrisis berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut. 

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.

Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku sesuatu yang mengganggu penghasilan lapisan ini.

Kongsi cara rawat gastrik dengan mudah 

gastrik

“Pedihnya ulu hati. Rasa macam kena bakar ni!” Inilah situasi yang biasa dialami pesakit gastrisis. 

Dr. Ahmad Samhan berkongsi beberapa cara rawatan gastrik untuk merawat dan mengurangkan rasa kesakitan dan beberapa tips atasi masalah gastrik. 

Antasid

Ubat yang mempunyai sifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Contoh: Magnesium tricylicate.

Histamine 2 reseptor 

Fungsinya untuk elakkan histamin daripada melekat ke reseptor dan sebabkan rembesan asid dlm perut semakin kurang. 

Contoh: Ranitidine dan Cimetidine

Proton pump inhibitor

Keadaan asid di dalam perut adalah kerana wujudnya satu pam ini iaitu ‘proton pump’ dimana fungsinya memasukkan ion hydrogen(proton) ke dalam bahagian perut.

Antibiotik

Untuk merawat jangkitan H. pylori pula perlunya antibiotik. Contohnya: Amoxicillin, Clarithromycin

Tidak ‘skip’ waktu makan utama, juga boleh atasi masalah gastrik

gastrik

Manakala, berikut adalah merupakan beberapa tips untuk mengatasi masalah gastrik:

  • Ambil makanan sedikit tetapi kerap.Contohnya: sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam serta diakhiri minum malam (supper).
  • Jarakkan pengambilan makanan dengan beza antaranya adalah 2-3 jam bagi selang masa setiap masa makan.
  • Hadkan supper sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
  • Tidak melangkau waktu makan utama.

Dalam pada itu, turut mengingatkan jika gastrik tidak dirawat dengan betul, ia akan menyebabkan gastrik ulser dan lebih teruk perut akan tembus(perforated gastric ulcer).

Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat? 

Instagram: Dr. Samhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elakkan Pedas & Terlalu Masam, Ini 5 Jenis Makanan Yang BERKESAN Melegakan Gastrik

Baca juga: Bimbang Gastrik Semasa Hamil? Cuba 5 Cara Efektif Ini Untuk Tangani Masalah Dengan Berkesan!

Baca juga: AWAS! Pedih Ulu Hati Yang Berpanjangan Boleh Menyebabkan Kanser!

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • “Pedihnya Ulu Hati, Rasa Macam Kena Bakar", Doktor Samhan Kongsi Cara Rawat Gastrik Dengan Mudah
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham