Kes 'Abang Bas', Ketahui Jenis Jenayah Seksual Kanak-Kanak Yang Menjadi Kesalahan & Boleh Dijatuhi Hukuman

Terdapat pelbagai jenis jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia dikenakan hukuman berat setimpal dengan kesalahan yang dilakukan pelaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang pemandu bas dikenali sebagai ‘Abang Bas’ yang tular kerana memuat naik video seorang murid perempuan sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan melakukan jenayah seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Kes ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Dengan Murid Perempuan

Menurut laporan Kosmo! Online, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak saudaranya bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Atas sebab itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara pukul 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.

Tindakan tertuduh membawa kepada kesalahan Amang Seksual Bukan Fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jenis Jenayah Seksual Kanak-Kanak Yang Menjadi Kesalahan

Jenayah seksual kanak-kanak boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk. Jenis-jenis jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dianggap sebagai kesalahan dan boleh dikenakan hukuman di Malaysia. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Amang Seksual Fizikal

Perbuatan yang melibatkan sentuhan fizikal dengan niat seksual terhadap kanak-kanak. Ini termasuk meraba, mencium, atau apa-apa bentuk serangan seksual yang melibatkan tubuh kanak-kanak.

Hukuman: Penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

2. Amang Seksual Bukan Fizikal

 Melibatkan perbuatan seksual tanpa sentuhan seperti menggunakan bahasa lucah, menunjukkan bahan pornografi, menggoda kanak-kanak secara lisan atau melalui media digital.

Hukuman: Penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Eksploitasi Seksual

 Melibatkan kanak-kanak dalam kegiatan seksual untuk keuntungan orang lain, seperti pornografi kanak-kanak atau pelacuran kanak-kanak.

Hukuman: Penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

4. Perbuatan Sumbang Mahram

 Hubungan seksual dengan ahli keluarga terdekat yang masih kanak-kanak seperti anak atau adik-beradik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman: Penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

5. Pengantunan Kanak-Kanak (Child Grooming)

Perbuatan yang dilakukan oleh seorang dewasa dengan berkawan dan menjalinkan hubungan rapat dengan kanak-kanak secara perlahan-lahan dengan niat untuk mempergunakan kanak-kanak tersebut untuk tujuan seksual.

Pengantunan boleh berlaku sama ada dalam realiti atau melalui atas talian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan penggubalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, kini pengantunan kanak-kanak merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Hukuman: Penjara sehingga 5 tahun dan sebatan.

Terdahulu, akaun Tiktok pemandu bas ini mempunyai lebih 600,000 pengikut selain video kanak-kanak yang menjadi bahan kandungan dimuat naik telah meraih jutaan tontonan.

Hantaran itu kemudian telah mendapat kecaman orang ramai kerana berpendapat bahawa kandungan tersebut tidak sesuai dijadikan tontonan dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Sekolah Rendah Buat Servis S*ks RM 10, Kesan Kurang Pendidikan Seksualiti Dalam Kanak-Kanak

Baca juga: Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!

Baca juga: Henti Guna Anak Untuk ‘Buat Duit’, Bimbang Dieksploitasi & Jadi Mangsa Pedofilia, Parents Sila Alert!

Penulis

Noorhidayah