Jenis Buah Yang Selamat Diberikan Pada Bayi 6 Bulan Buat Kali Pertama, Panduan Buat Ibu!

Jenis buah untuk bayi 6 bulan yang selamat diberikan kepada mereka. Namun adakah ibu perlu masak atau stim hingga lembut terlebih dahulu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memasuki usia 6 bulan, bayi sudah pun mula menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk menikmati makanan pejal. Pada fasa usia ini, ibu pastinya insan paling sibuk mencari resepi yang sesuai dengan usia si manja termasuklah jenis buah yang selamat.

Selain memberikan makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein, anda juga disaran menyediakan pelbagai buah untuk si manja bagi mengelakkan mereka mengalami sembelit dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap sebarang penyakit.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis buah untuk bayi 6 bulan, adakah perlu dimasak terlebih dahulu?
  • Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan

Pada usia ini, ibu ayah perlu tahu kaedah penyediaan yang terbaik untuk berikan makanan kepada bayi dan apakah buah terbaik dan sesuai seiring usia anak anda. 

Jenis buah untuk bayi 6 bulan, adakah perlu dimasak terlebih dahulu?

Antara jenis-jenis buah-buahan yang sesuai diberikan kepada bayi 6 bulan adalah seperti berikut :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Aprikot
  • Avokado
  • Betik
  • Epal
  • Pisang
  • Tembikai
  • Labu kuning
  • Mangga
  • Plum
  • Prun
  • Kiwi

Ibu ayah pasti mempunyai perasaan was-was atau keliru terutamanya bagi yang baru pertama kali mempunyai anak, sama ada makanan yang ingin diberikan kepada si kecil perlu dimasak terlebih dahulu atau boleh sahaja diberikan secara mentah.

Untuk makluman ibu ayah, semua itu bergantung kepada tahap perkembangan bayi anda sendiri. Selain itu, jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang ingin diberikan ibu ayah juga memainkan faktor penting untuk ditentukan cara pemberian yang selamat kepada bayi anda.

Antara sebab-sebab makanan perlu dimasak adalah kerana :

Makanan yang diberikan secara mentah boleh mengakibatkan bayi anda mudah mendapat risiko tercekik kerana teksturnya yang keras menyebabkan bayi sukar untuk mengunyah dan menelan.

  • Mudah dihadam

Jika anda memasaknya terlebih dahulu, ianya akan memudahkan bayi anda untuk mengunyah dan menelan disebabkan teksturnya yang sudah lembut. Proses pencernaan dan penghadaman akan lebih lancar.

  • Alahan

Bagi mengurangkan risiko kepada berlakunya alahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rasa

Selain itu, makanan yang dimasak terlebih dahulu akan mengubah rasa sesetengah buah-buahan atau sayur-sayuran yang mengandungi rasa masam yang tinggi.

  • Pencemaran

Secara faktanya, kaedah ini adalah lebih selamat kerana dapat mematikan bakteria-bakteria jahat yang terdapat di dalam makanan. Hal ini dapat mengelakkan bayi anda daripada keracunan makanan.

Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ibu ayah memberikan si kecil makanan, ketahui dahulu tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk menjamah makanan tersebut iaitu :

  • Tidak menolak makanan daripada mulut apabila diberikan.
  • Dapat mengawal pergerakan kepala, mengangkat dan juga menahannya.
  • Sudah pandai mengunyah.
  • Berat badan meningkat iaitu bertambah dua kali ganda berbanding ketika lahir.
  • Boleh duduk dengan sokongan.
  • Sudah tertarik dengan makanan.

Apabila ibu ayah sudah mula melihat tanda-tanda ini, baharulah menyuapkan si kecil anda dengan makanan tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Melalui perkongsian kali ini, ibu ayah tentu sudah dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jenis buah-buahan yang boleh diberikan kepada si kecil dan juga bagaimana cara yang selamat untuk diberikan kepada mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu untuk tumbesaran bayi yang sihat, pada waktu ini ibu ayah perlu perkenalkan kepada bayi anda makanan pelengkap yang terkandung segala nutrisi dan juga zat-zat di dalamnya.

Akhir kata, selamat menjalani fasa baharu yang menyeronokkan dalam dunia bayi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Menyusu Anak Ketika Beraya Di Rumah Orang Dengan Mudah & Cover Aurat

Baca juga: 5 Petua Mandian Bayi Oleh ‘Orang Lama’ & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tersalah Cari Pengasuh Anak Yang Baik, Guna Senarai Semak Lengkap di Sini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani