11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

undefined

Kuih yang boleh dimakan dalam berpantang selepas bersalin perlulah jenis yang tidak menyebabkan rasa gatal atau sakit pada luka bersalin

Setiap wanita yang melalui tempoh berpantang mengakui ia adalah cukup mencabar. Selain perlu membiasakan diri dengan anak kecil, menu makanan ketika berpantang juga terhad. Namun sebenarnya ada beberapa jenis kuih  yang boleh dimakan ketika berpantang bagi mengelakkan ibu rasa bosan melalui tempoh ini.

Apabila menyentuh bab makanan ketika berpantang, orang dulu-dulu mesti ada larangannya sehingga membuatkan anda dilanda risau dan takut memikirkan kesan terhadap kesihatan diri.

Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Syarat dalam memilih jenis kuih muih bagi ibu berpantang ialah anda hendaklah memastikan ia menggunakan 100 peratus tepung gandum atau tepung beras, tiada campuran santan, telur dan kurang berminyak.

Jadi, bila anda rasa teringin menikmati makanan manis, bolehlah minta suami atau mak mentua mendapatkan beberapa jenis kuih yang boleh dimakan ketika berpantang seperti:

1. Kuih Kaswi 

Kuih ini biasanya berwarna coklat gelap dan rasanya lemak manis. Sangat membuka selera untuk santapan pagi atau petang. Ia turut digaul bersama kelapa parut muda.

Bahan-bahan yang digunakan ialah tepung gandum, tepung ubi dan gula merah. Ia amat sesuai diambil oleh ibu berpantang dan bayi yang masih kecil kerana teksturnya lembut.

2. Cekodok Manis

Sebelum ini anda mungkin hanya menikmati cekodok pisang atau cempedak kan? Nah, bila berpantang pun anda boleh mengambilnya tanpa bahan utama berkenaan.

Cekodok manis ini dikatakan antara kuih yang boleh dimakan ketika berpantang kerana ia hanya menggunakan tepung gandum, gula dan garam sahaja. Rasanya rangup dan sesuai dihidangkan bersama milo panas.

3. Lempeng Oat Atau Lempeng Kosong

Menu lempeng oat ini merupakan makanan kegemaran Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beliau dalam proses berpantang. Kuih yang boleh dimakan ketika berpantang ini turut dikatakan berkesan untuk menambahkan kuantiti susu badan.

Menurut, lempeng dibuat menggunakan bahan berkhasiat seperti oat, kismis, kurma dan madu. Selain menjadi makanan sihat, ia juga membantu ibu-ibu menurunkan berat badan.

4. Apam Nasi

Apam nasi ini juga antara kuih yang boleh ibu berpantang ambil kerana bahan-bahannya hanya menggunakan lebihan nasi, dikisar halus bersama air dan juga gula. Cara memasaknya pula adalah dikukus sehingga ia lembut.

5. Cucur Jawa

Kuih ini memiliki bentuk yang cantik dengan lapisan bawahnya seperti topi dan hujungnya pula rangup. Rasanya lemak manis dan sedap.

Kebiasaannya bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah tepung beras, gandum, gula dan garam. Jadi, ibu jangan ragu-ragu untuk menikmatinya ketika pantang!

6. Kuih Ladu

Kuih yang boleh dimakan ketika berpantang yang seterusnya adalah ladu.

Kuih ladu ini sememangnya terkenal di negeri Kelantan untuk kaum ibu berpantang. Rasanya sedikit pahit-pahit manis kerana ada campuran lada hitam serta halia. Sekali pandang, ia persis tepung gomak tetapi saiznya adalah segi empat yang dipotong kecil.

Ia amat baik untuk memanaskan tubuh ibu, mengeluarkan angin dalam badan dan sesuai dimakan bersama teh panas.

7. Kuih Lapis

Kuih untuk orang berpantang ini sungguh mengasyikkan kerana anda boleh tarik lapis demi lapis ketika makan. Rasanya sangat sedap, lembut dan berbau harum perisa ros. Kebiasaannya ia menggunakan tepung jagung, tepung ubi dan gandum dan cara memasaknya pula adalah dikukus.

8. Kuih Qasidah 

Kuih tadisi ini mempunyai rasa lemak manis. Ia menggunakan campuran tepung, minyak sapi dan gula. Kuih Qasidah ini seperti kuih talam, namun ada bawang goreng di atasnya. 

9. Bengkang Tepung Beras

Walau hebat mana pun kuih moden, ia tetap tidak mampu untuk menandingi keenakan kuih tradisional. Seperti cara penyediaan kuih ini, beras dikisar supaya rasanya lebih enak dan cantik.

Kuih untuk orang berpantang ini memiliki warna putih bersih dan bahagian kerak paling sedap kerana crunchy serta manis.

10. Kuih Peneram

Kuih peneram antara salah stau kuih untuk orang berpantang.

Ia merupakan sejenis kuih tradisional Melayu, berasal dari belah utara Malaysia. Kuih peneram sangat terkenal dalam kalangan orang lama dan menjadi kesukaan generasi kini.

Bahan utamanya ialah gula merah dan tepung beras. Kuih ini elok gebu di dalam serta rasa rangup di luar. Bukan itu sahaja, ia juga tahan lama.

11. Kuih Ketayap

Kuih ketayap antara kuih untuk ibu berpantang yang sedap

Sekiranya anda ingin menikmati kuih ini, pastikan adunan tepung untuk membuat lempeng tersebut hanya menggunakan bahan asas seperti tepung gandum, air perahan daun pandan, gula dan garam sahaja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makanan ‘Sejuk’ Ini Jika Diambil Ibu Lepas Bersalin Akan Merana? 5 Tips Diet Seimbang Cepat Sihat Ketika Berpantang!

Baca juga: Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

Baca juga: Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!