Jenis Jenis Mee Yang Selamat & Berkhasiat Untuk Ibu Hamil Makan, Lagi-Lagi Jika Selalu Mengidam!
Ketahui jenis jenis mee yang selamat dimakan dan berkhasiat untuk ibu hamil. Tidak semua jenis mee baik untuk ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Tahukah anda pelbagai jenis mee yang terdapat di Malaysia? Namun begitu, makanan yang berkhasiat sangat penting untuk ibu hamil kerana pemakanan akan mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Kami di theAsianparent Malaysia akan jelaskan jenis jenis mee yang selamat dimakan oleh ibu hamil. Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:
- Jenis mee yang selamat dimakan untuk ibu hamil
- Kandungan mee yang kurang sihat
- Cara memilih mee yang lebih sihat
Isi Kandungan
Jenis mee yang selamat dimakan untuk ibu hamil
Ramai ibu-ibu di luar sana tahu bahawa ada pelbagai jenis mee yang terdapat di pasaran. Mee juga merupakan salah satu makanan yang digemari ramai.
Tidak dinafikan, mi segera sentiasa menjadi pilihan ramai tidak kira usia dengan sifatnya yang cepat dimasak dan rasa yang sedap. Ia juga boleh mengenyangkan tetapi khasiat nutrisinya kurang. Oleh sebab itu mi segera boleh dimakan apabila perlu sahaja dan bukan sebagai makan ruji harian.
Bagi anda yang sedang mengandung dan peminat tegar mi segera pastinya sukar untuk menolak keinginan terhadap makanan ini. Sebagai ibu hamil anda perlu sentiasa berhati-hati dengan memilih makanan.
Berikut merupakan jenis mee yang terdapat di Malaysia dan cara mee dimasak:
1. Mee kuning
Mee yang paling popular. Mee kuning ini selalu dilihat dalam hidangan tidak kira pagi, petang dan malam. Antara hidangan yang popular menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng, mee bandung.
Tekstur mee kuning yang lembut dan berlemak menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Di samping itu, mee kuning juga dimakan dengan kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang penuh dengan perisa pasti akan membangkitkan selera anda.
2. Mee hoon
Mee yang menjadi pilihan ramai ialah mee hoon. Tekstur mee hoon yang halus membuatkan ia sangat sedap dimakan. Antara hidangannya ialah mee hoon goreng. Selain itu, mee hoon juga digunakan sebagai bahan membuat laksa Sarawak.
3. Mee sanggul
Mee sanggul mengikut namanya kerena mee yang berbentuk sanggul. Mee sanggul ini sama seperti spaghetti fettucini kerana bentuknya lebar dan panjang. Tekstur ini sedap dimakan dengan hidangan yang berkuah kerana ia menyerapkan kuah.
Antara hidangan yang menggunakan mee sanggul ialah mee hailam. Mee hailam dengan rasa yang manis dan masin pasti menterujakan semua orang.
4. Kuey teow
Kuey teow agak sama seperti laksa beras tetapi ringgan dan lebih berminyak. Tekstur yang berminyak dan berlemak mewujudkan rasa kelainan kepada pengemar yang lebih meminati mee kuning.
Antara hidangan yang sering kali dibuat dengan menggunakan kuey teow ialah kuey teow goreng kering. Menu ini sangat popular dalam kalangan rakyat malaysia tidak mengira bangsa dan budaya.
5. Yee mee
Mereka yang gemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja (tetapi tak sesedap jika berkuah).
Tektur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti claypot yee mee. Tekstur serta kuah claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulangkali.
6. Mee suhun
Suhun sejenis bahan masakan yang mempunyai bentuk sama seperti bihun tetapi mempunyai rasa yang berbeza. Suhun diperbuat daripada tepung mung. Suhun sering dijadikan makanan sampingan.
Antara contoh hidangan yang menggunakan suhun ialah som tom. Suhun juga merupakan makanan yang rendah kalori dan sedap dimakan.
7. Laksa spaghetti
Laksa spaghetti memainkan peranan yang sangat penting dalam hidangan laksa Johor. Tanpa adanya laksa spaghetti ini, laksa Johor tidak akan rasa sedap dan ia akan jadi seperti laksa yang lain.
Laksa spaghetti ini yang padat ini pasti mengenyangkan pemakannya. Campuran kuah laksa Johor yang bersantan amatlah sesuai digandingkan dengan laksa spaghetti.
8. Mee lidi
Mee lidi atau mi talam adalah jenis mee nipis seperti spagethi yang mempunyai pelbagai bentuk iaitu sangat nipis, sederhana dan tebal. Ia kaya dengan kandungan fosforus yang membantu menyimpan tenaga dan meningkatkan kesihatan gigi dan tulang melalui kalsium.
Jenis nipis sesuai untuk hidangan ringkas seperti ‘spring rolls’, sup dan salad. Manakala, mi sederhana dan tebal pula sesuai untuk digunakan dalam masakan tumis, sup dan rebusan.
9. Mee hiris
Jika anda mengidam hidangan makanan cina, mee hiris adalah jenis mee yang sihat dan unik. Kebanyakan proses pembuatan mee menggunakan mesin tetapi mee hiris adalah jenis ‘homemade’.
Ia diperbuat dari tepung gandum dan mempunyai tekstur yang kenyal serta boleh menggantikan makanan ruji. Untuk yang berdiet, boleh cuba hidangan mee hiris dengan sup yang lebih sihat.
Sebab ibu tidak boleh mengambil mee yang sembarangan
Makanan ibu ketika hamil sangat penting dan perlu dijaga setiap masa supaya bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang baik. Sebagai ibu elakkan pengambilan makanan yang kurang nutrisi untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Mengidam ketika hamil merupakan perkara yang biasa, kebiasaannya pasti anda teringin untuk menikmati makanan dalam kategori tidak sihat termasuk mi segera.
Mi segera tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan MSG sangat tinggi. MSG memberi kesan negatif kepada otak jika makan secara berlebihan.
Ibu hamil cenderung menghadapi risiko keguguran. Sebaiknya elakkan makan mi segera atau jenis mee yang tidak memberikan khasiat serta nutrisi yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, bahan-bahan dalam mi segera boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin.
Berikut merupakan kandungan dan kesan mi segera kepada kesihatan bukan sahaja orang biasa malah kepada ibu hamil:
1. Risiko kepada kanser
Mi segera mampu mengalakkan pembentukkan kanser dalam badan kerana penggunaan bahan pewarna dan wax dalam proses membuat mi segera. Cawan/mangkuk yang digunakan dalam pembungkusan mi segera juga tidak baik.
Amaran: Cawan/mangkuk mi segera diperbuat daripada Dioksin dan plastizer yang boleh meresap masuk ke dalam mi segera apabila air panas dicampurkan semasa proses penyediaanya.
2. Risiko penyakit kronik
Mi segera merupakan makanan yang tinggi kandungan sodium. Kebanyakkan mi segera juga mengandungi Monosodium Glutamat (MSG). MSG ini terdapat perencah yang dimasak. Kesan garam sodium yang tinggi boleh menyebabakan sakit kepala jika diambil berlebihan.
Sodium boleh menyebabkan berlaku tekanan darah tinggi kepada individu yang ada masalah kolestrol dalam badan. Apabila tekanan meningkat, sakit kepala boleh terjadi dan menjadi kesan lain. Penggunaan sodium yang berlebihan mampu meningkatkan masalah penyakit kronik. Oleh sebab itu, mi segera boleh membahayakan kesihatan.
3. Berat badan berlebihan
Ketagihan makan mi segera sebenarnya berpotensi untuk membuatkan anda menjadi obes. Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa mi segera boleh menaikkan berat badan?
Ini kerana mi segera tergolong dalam makanan yang diproses. Kandungan MSG yang tinggi antara punca utama. Jika inginkan BMI badan yang normal dan tubuh lebih sihat, anda harus elakkan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi dalam makanan.
4. Menjejaskan metabolisme badan
Dalam jangka masa panjang, diet buruk makan jenis mee segera ini boleh menjejaskan proses metabolisma tubuh kita.
Gangguan metabolisma boleh berlaku kesan pengumpulan bahan-bahan toksik yang terkandung dalam ramuan mee segera seperti bahan penambah perisa, bahan pewarna dan bahan pengawet.
Ia juga boleh disebut sebagai mengalami sindrom metabolik – iaitu berkaitan masalah obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan paras gula dalam darah meningkat.
Jenis mee yang tidak selamat untuk ibu hamil
Sebagai ibu, perlulah sentiasa berhati-hati dengan makanan yang anda makan. Jenis mee atau mi segera dikategorikan sebagai makanan ringan dan makanan segera. Ia mengenyangkan tetapi khasiat nutrisinya kurang. Oleh sebab itu, mi segera bukan dijadikan sebagai makanan ruji harian.
Mi segera mengandungi sumber karbohidrat dan lemak yang tinggi tetapi kurang serat dan mineral. Lebih-lebih lagi ia mengandungi bahan MSG dan bahan pengawet yang banyak. Walaupun bahan-banan tersebut dibenarkan tetapi ia perlukan kawalan.
Risiko masalah kesihatan untuk bayi dalam kandungan dan ibu sendiri dapat dikurangkan apabila ibu mendapat nutrisi yang seimbang. Nutrisi yang lengkap dan seimbang membantu ibu menjalani hari dengan lebih baik dan kekal sihat.
Sekiranya anda mengidam nak makan mi segera, lakukan cara ini:
- Didihkan air terlebih dahulu sebelum merebus mi dan buang air rebusan serta gantikan air yang baru.
- Masukkan sayur-sayuran seperti tomato, sawi, lobak merah dan sebagainya ke dalam mi segera bagi menambah nutrisi.
- Letak separuh sahaja perencah, jangan letak semua.
- Banyakkan minum air kosong dan buah-buahan selepas itu.
Mi segera boleh diambil secara sederhana dan berpada-pada, ia boleh memberikan risiko dan menyebabkan masalah kesihatan jika dikawal. Oleh itu, pilih makanan yang memberi nutrisi yang baik kepada anda dan bayi dalam kandungan.
5 jenama mee yang ibu hamil boleh ambil tanpa was-was
1. Simply Natural Organic Mee Sua
Simply Natural Organic Mee Sua adalah jenama popular dan paling ramai pembeli. Ia adalah sejenis mee organik yang telah disahkan oleh NASAA (Persatuan Kebangsaan Australia bagi Pertanian Lestari), USDA & EcoCert.
Ia sama sekali tidak mengandungi racun perosak, pembunuh rumpai, racun kulat & sisa logam berat, serta bebas dari bahan tambahan kimia, pengawet, warna & perisa yang memudaratkan kandungan.
2. Mi Soy
Mi lidi jenama Mi Soy adalah produk mi yang disahkan halal serta bebas pengawet dan perasa MSG.
Cara penyediaannya cukup mudah. Hanya perlu rebus selama 3-5 minit ke dalam air mendidih. Cuci atau basuh dengan air bersih. Kemudian, barulah goreng atau masak mengikut citarasa ibu mengandung.
3. Zenxin Organic Handmade Rainbow Noodle Malaysia
Zenxin Organic Handmade Rainbow diperbuat daripada bahan premium seperti tepung organik Australia, puri sayuran organik segar seperti bayam, labu, lobak dan garam laut.
Ia merupakan resepi pembuatan turun-temurun keluarga Loke yang berusia 50 tahun.
Mi nipis dengan pelbagai variasi warna ini merupakan versi yang lebih sihat daripada jenis mi lain dan boleh gantikan untuk memenuhi selera anda.
4. Lohas Organic Ramen
Bagi penggemar ramen, Lohas Organic Ramen mungkin memenuhi permintaan anda untuk merasai mi ramen yang kenyal dan tebal tetapi dalam versi yang sihat.
Ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan organik, tiada pengawet tambahan atau pewarna tiruan, tiada bahan lilin dan cara memasak juga cepat dan ringkas. Hanya perlu masak sekitar 3-5 minit menjadikan mee asli dan sihat ini masih mengekalkan rasa dan aroma.
5. Yoy Natura
Yoy Natura merupakan jenama pan mee yang halal. Ia diperbuat daripada 100% jemuran cahaya matahari, tidak menggunakan minyak dan sesuai untuk vegetarian.
Resepi proses pembuatan mee berasal dari Kagawa, Jepun yang menggunakan air bersih dan ditapis sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat.
Ia juga boleh dijadikan makanan ruji sebagai pengganti nasi.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Suka Makan Mee Pedas Berapi Ketika Hamil? Hati-Hati, Kontraksi Awal Boleh Terjadi!
Baca juga: Tak Lalu Makan Nasi? Ini 5 Makanan Pengganti Untuk Ibu Hamil Yang Sama Khasiatnya!
Baca juga: Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena