TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Panadol PALSU Tular, Nak Kaut Untung Sedangkan Banyak Nyawa Dalam Bahaya

5 Dec, 2019
Panadol PALSU Tular, Nak Kaut Untung Sedangkan Banyak Nyawa Dalam Bahaya

Jaga-jaga panadol sekarang pun dah tak selamat sebab ada yang menjualnya dengan ubat palsu

Mengejutkan apabila dapat tahu beberapa jenis panadol palsu yang telah dijual di dalam pasaran. Tentu ia sesuatu yang membimbangkan dan pihak berwajib harus melakukan siasatan terperinci berkaitan hal tersebut.

Maklumat yang kami tulis ini bukanlah untuk menakutkan anda tapi sekadar memberi peringatan agar anda lebih berhati-hati tatkala memilih jenis panadol. 

Mengukuhkan lagi maklumat ini, ia dikongsikan sendiri oleh seorang Ahli Farmasi bernama Zeff Tan yang memberi amaran kepada pengguna di mana terdapat dua jenis panadol versi palsu yang dijual di pasaran selepas menemuinya sendiri.

Sebelum itu, Zeff Tan yang berasal dari Pulau Pinang berkata dia mengetahui berkaitan panadol palsu itu setelah dikongsikan oleh netizen tentang cara bagaimana untuk mendapatkannya.

Beliau menambah, bagi seseorang yang bukan dilatih dalam bidang Farmasi dan perubatan mungkin sedikit sukar bagi mengecam perbezaan antara panadol asli dan palsu.

Walaubagaimanapun, Zeff Tan telah mengenalpasti cara untuk membezakan antara kedua-duanya.

Jenis panadol yang dijual palsu, ini cara nak beza

Jika anda kenalpasti beberapa ciri-ciri panadol yang dibeli ada kesalahan seperti di bawah laporkan hal tersebut kepada pihak yang berkaitan untuk melakukan penyiasatan. 

#1. Cari nombor MAL

jenis panadol

Semua ubat-ubatan yang dibenarkan di Malaysia telah diberi nombor pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan nombor tersebut telah dicetak dengan perkataan MAL. Ia boleh dilihat pada paket pembungkusan produk panadol itu sendiri.

Langkah seterusnya, untuk mengetahui sama ada produk tersebut merupakan nombor pendaftaran palsu adalah dengan cara mencari nombor cetakan di laman Web Agensi Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Malah nombor pendaftaran itu juga biasanya terdiri daripada lapan nombor dan berakhir dengan huruf T,A,X dan N.

#2. Salah Ejaan

panadol

Cara lain yang paling mudah nak kenal dan sering diabaikan adalah memeriksa sama ada produk tersebut ada beberapa kesilapan dari segi ejaan terutama nama pengeluar. Contohnya produk panadol jenama GlaxoSmithKline dan palsu ditulis dengan ejaan ClaxoSmithKline.

#3. Cara buatan fizikal ubat

panadol palsu

Panadol palsu biasanya diperbuat dalam keadaan yang buruk, teruk, kotor dan tepinya kasar serta tidak rata. Sementara yang original lebih bersih, licin, kemas dan permukannya rata.

6 Jenis panadol

Antara Panadol yang popular di pasaran dan sering digunakan oleh pengguna bagi melawan rasa sakit yang muncul saban hari. Lepas tahu ini, mungkin anda tidak lagi silap semasa memilih panadol yang sesuai mengikut kesesuaiannya.

#1. Panadol Actifast

– Jauh lebih berkesan daripada panadol biasa kerana menggunakan sodium sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil.
– Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. Jadi hati-hati bagi yang ada darah tinggi.
– Ambil dua kaplet untuk mencapai jumlah sodium yang mencukupi.

#2. Panadol Optizorb

– Formulasi Optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang dapat menguraikan kaplet ini dengan cepat. Lantas PCM lebih mudah dan cepat diserap.
– Paras terapeutik seawal 15 minit berbanding panadol dengan formulasi biasa antara 45 minit sehingga 1 jam 15 minit.
– Pantas dan lebih selamat pada pengguna yang mengawal pengambilan garam dalam diet.

#3. Panadol Extra

– Digabungkan dengan PCM bersama kafein 65mg. Boleh untuk kes migrain dan kesakitan yang kuat.
– Tidak digalakkan kepada ibu yang mengandung dan menyusu badan.

#4. Panadol Extend

– Bertahan lebih lama iaitu 8 jam.
– Dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan dan mengekalkan paras terapeutik pada jangka masa yang lebih lama.
– Sesuai bagi kesakitan kronik yang ganggu urusan kerja yang perlu tumpuan lama.

Stories Rakan Kongsi
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut
4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut

#5. Panadol Soluble

– Untuk mereka yang susah telan ubat tablet.
– Sodium sangat tinggi 427mg/tab.
– Tak sesuai bagi pesakit darah tinggi

#6. Panadol Menstrual

– Khusus bagi wanita yang PMS dan awal haid datang.
– Melegakan senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg bagi menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Panadol PALSU Tular, Nak Kaut Untung Sedangkan Banyak Nyawa Dalam Bahaya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Wanista, Free Malaysia Today

Baca juga

https://my.theasianparent.comubat-berbahaya-untuk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Panadol PALSU Tular, Nak Kaut Untung Sedangkan Banyak Nyawa Dalam Bahaya
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham