Bapa Terpaksa Jual Kereta Demi Bayar 'Nyawa' Anak Untuk Hidup Setengah Jam Sahaja!

Angkara permainan video, bapa ini terpaksa menjual kereta untuk membayar 'nyawa' anak bernilai kira-kira RM7,000!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demi membayar ‘nyawa’ anaknya untuk hidup cuma setengah jam, bapa ini terpaksa jual kereta yang digunakan keluarga untuk rutin harian. 

Angkara permainan video, bapa ini terpaksa menjual kereta untuk membayar ‘nyawa’ anak bernilai kira-kira RM7,000! Permainan video dan kanak-kanak masa kini memang bukan suatu perkara yang pelik dan boleh dikatakan ia perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak masa kini.

Kanak-kanak kini yang rata-ratanya bijak dan sudah boleh membaca di awal usia sudah pasti boleh memahami pesanan apa yang dikeluarkan apabila mereka bermain permainan video.

Lebih menakutkan, ada kalanya ibu bapa tidak tahu yang permainan video dalam talian ini  mengenakan bayaran tanpa had, malah anda boleh membuat pembelian berkali-kali selagi ada wang dalam akaun anda.

Jual kereta jalan terakhir bapa bayar ‘nyawa’ anak

Kredit: dailymail

Kejadian ini benar-benar berlaku pada seorang bapa di North Wales yang mana terpaksa menerima kenyataan keretanya terpaksa dijual untuk membayar pembelian ‘nyawa’ dalam video dalam talian.

Pembelian yang dibuat anaknya berusia tujuh tahun itu benar-benar tidak disangka malah memikirkan ada yang mahu menipunya kerana terlalu banyak transaksi.

Beliau juga rasa tidak logik apabila pembelian permainan video kanak-kanak boleh mencecah sehingga RM7,000 walaupun untuk hidup hanya setengah jam sahaja!

Pembelian itu menyebabkan sebuah kereta yang digunakna untuk keluarga terpaksa dijual bagi membayar semula pembelian berkenaan. Tragis kan? 

Seram mendengarnya apabila terpaksa menerima kenyataan mengeluarkan sejumlah wang hanya untuk perkara tidak bermanfaat dan langsung tidak berfaedah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi apa boleh buat, perkara pun sudah terjadi dan mahu tidak mahu bapa ini terpaksa membayarnya. 

Cara kawal anak ketagih gajet

Kredit: samim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan video bukan suatu yang asing lagi, Dengannya juga ia boleh buat anak anda ketagihan gajet. Apa yang lebih membimbangkan dikhuatiri anak boleh membuat sebarang pembelian secara atas talian sewenang-wenangnya.

Jadi apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku:

#1. Tunjukkan contoh yang baik

Jika anda selaku ibu bapa seringkali menggunakan gajet setiap masa di hadapan kanak-kanak, adalah sukar untuk mereka memahami mengapa mereka tidak patut menggunakan gajet setiap masa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima.

#2. Perkenalkan peraturan menggunakan gajet

Sekiranya anak-anak dibiarkan bermain dengan gajet sepanjang masa tanpa peraturan, pelbagai masalah mungkin timbul. Masalah seperti bateri habis, dibiarkan merata, dicampakkan ke sana-sini, dan pelbagai lagi masalah mungkin timbul.

Jadi kita perkenalkan peraturan untuk menggunakan gajet. Sebagai contoh:

Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

Kita boleh memperkenalkan peraturan ini untuk memudahkan semua pihak, disamping mengajar tanggungjawab kepada anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Menentukan masa 

Kredit: futureentech

Tentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet. Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali.

Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak, jika dibiarkan bermain gajet, memang akan berlarutan. Kalau dibiarkan, memang sampai tengah malam pun belum tamat. Jadi kita perlu menetapkan masa mereka bermain, dan ajar mereka sejak dari kecil lagi agar mematuhi peraturan tersebut.

#4. Tentukan aplikasi apa yang boleh digunakan

Dalam dunia internet dihujung jari ini, pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak boleh didapati dengan sekali klik.

Jangan benarkan anak anda muat turun aplikasi sendiri dari PlayStore atau iTunes. Sekiranya berlaku, buang aplikasi tersebut serta-merta dan pasang lock untuk menghalang mereka untuk menginstall sebarang aplikasi.

Jika mereka ingin bermain satu aplikasi dari market, mereka boleh meminta kebenaran anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alahai Comelnya Gelagat Pesakit Cilik & 2 Pekerja Frontliners Ini, Sakan Menari

Baca juga: AWAS! Ada Tutorial Bunuh Diri TERSEMBUNYI Dalam Video Kanak-Kanak Di Youtube!

Baca juga: Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!

Penulis

Lala Annuar