Dalam menjinjing tanggungjawab yang berat sebagai petugas barisan hadapan, mereka masih punyai kudrat untuk menghiburkan pesakit. Begitulah ia menyentuh hati dan menghiburkan orang ramai menonton video TikTok yang tular baru-baru ini.
Dalam video berdurasi selama 18 saat ini dilihat dua orang petugas barisan hadapan menari bersama seorang kanak-kanak sambil menayangkan video tarian di telefon pintar.
Rata-rata netizen memuji aksi kedua orang barisan hadapan dalam video TikTok itu kerana berjaya menghiburkan bukan saja kanak-kanak tersebut malah orang ramai yang menonton.
Mereka turut memuji dalam kesibukan petugas barisan hadapan malah dengan rimasnya memakai PPE mereka masih turun padang menghiburkan pesakit.
Semoga cepat sembuh, komen netizen pada kanak-kanak di dalam video TikTok
“Kasihan budak itu. Semoga dia cepat sembuh dari penyakit Covid-19 ini. Tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada petugas barisan hadapan yang tidak jemu melayan pesakit walaupun penat,” kata @cikedon23121 di ruangan komen.
Pengguna bernama @st_1977 pula berkata: “Terbaiklah petugas barisan hadapan. Pandai mereka ambil hati anak-anak. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan sihat sentiasa.”
“Kita sendiri nampak betapa kuatnya semua petugas barisan hadapan ini untuk menjaga kesihatan pesakit. Tetapi, kenapa masih ada yang tidak nampak kepenatan mereka? Saya cuma mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh,” kata pengguna bernama @anip2490.
Bagi @kaktierahman pula: “Ya Allah, semoga adik comel cepat sembuh ya dan terima kasih juga kepada semua petugas barisan hadapan yang merawat, menjaga dan menghiburkan pesakit tanpa rasa jemu.”
Tidak kurang juga warga Twitter yang turut serta mengagumi tindakan para petugas barisan hadapan ini.
Menurut perkongsian daripada ciapan @OwToTheZie dia sempat menyatakan inilah video paling comel setakat ini.
“Ya allah comelnyaaaa! Sepenat mana pun frontliner kita masih lagi boleh hiburkan si kecil ni,” menurut ciapan @atikahkk.
“Aku tak tengok pun budak tu berjoget. Aku tengok yang pakai PPE tu,” menurut ciapan @idanurasella.
Begitulah bagaimana video yang hanya berdurasi 18 saat itu mampu menyentuh hati dalam masa yang sama menghiburkan orang ramai.
Bagi yang belum menonton, anda boleh saksikan video comel ini di sini. Selamat terhibur!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sekiranya anda ingin menyumbang kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik ini, tapi tidak tahu di mana. Sila klik artikel di bawah untuk senarai-senarai badan NGO yang membantu.
Sumber: Kosmo, OwToTheZie
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai NGO & Tabung Bantuan Untuk Rakyat Terkesan Akibat Pandemik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!