''Sampai Pagi Ibu Buat Kuih,'' Anak Tersentuh Tengok Ibu Gigih Cari Duit Untuk Keluarga

Jual kuih muih untuk mencari pendapatan menyara keluarga. Kegigihan ibu ini sanggup bersengkang mata siapkan jualan sentuh hati anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu orang kata, kerja ibu ini tidak pernah habis iaitu bermula dari celik mata selepas bangun tidur, sampailah terbenam matahari. Begitulah yang dapat digambarkan pengorbanan seorang ibu ini yang gigih serta sanggup bersengkang mata di awal pagi untuk menyara pendapatan keluarga dengan jual kuih muih. Jam sudah menunjukkan 1.33 pagi, ibu ini masih di dapur menyiapkan tempahan untuk dijual.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu jual kuih muih, sanggup bersengkang mata sampai pagi
  • Netizen tersentuh hati lihat pengorbanan seorang ibu

Ibu jual kuih muih, sanggup bersengkang mata sampai pagi

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok Muhammad Ammar ammar_y15, dia bangun daripada tidur jam 1.33 pagi untuk ke tandas.

Bagaimanapun, apabila terlihat di dapur, kelihatan ibunya bersengkang mata masih menyiapkan jualan kuih muih. Berdasarkan video itu juga, wanita itu sedang memasukkan kuih tersebut di dalam bekas.

Tersentuh hati melihat kegigihan ibunya mencari rezeki dan pendapatan buat keluarga, dia secara diam-diam kemudian merakam video tersebut serta memuat naik pada TikTok.

Netizen tersentuh hati lihat pengorbanan seorang ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian oleh Muhammad Ammar menyentuh hati netizen yang lain malah ada yang turut berkongsi situasi sama ibu mereka menyiapkan jualan kuih muih di awal pagi.

“Saya faham apa yang abang fikir, mak saya pun macam tu”.

“Kita sama bro, mak aku pukul 3 pagi dah bangun”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nanti kalau ada masa, try tolong sikit-sikit bang. Penat dia pun hilang bang bila tengok anak dia nak tolong bantu dia. Semoga dimurahkan rezeki abang dan keluarga”.

Bagaimanapun, dia turut menerima pertanyaan daripada netizen ‘kenapa tak tolong emak’.

Muhammad Ammar memaklumkan dia tidak dapat membantu ibunya membuat kuih muih tersebut berikutan mengidap satu penyakit yang menyebabkan tapak tangan berair.

Kisah pengorbanan ibu dan ayah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak sudah tentu tidak cukup untuk kita membalasnya. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan jasa orang tua kita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

Baca juga: Lebih Setahun Dihalang Berjumpa, Lelaki Terkilan Fikiran Anak Diracun Bekas Isteri & Ayah Tiri

Baca juga: Rezeki Dapat Suami Baharu Yang Baik, Suka Melayan Anak Tiri Seperti Anak Kandung