X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Yang Menyusu Badan Tiada Waktu Rehat, Setiap Masa Perlu Berkorban Demi Anak

4 min bacaan
Isteri Yang Menyusu Badan Tiada Waktu Rehat, Setiap Masa Perlu Berkorban Demi Anak

Ibu menyusukan anak memerlukan banyak kesabaran dan tenaga yang lebih setiap hari bagi membolehkan anak membesarkan dengan baik

Setiap proses kelahiran akan mengubah kehidupan ibu ayah. Jika sebelum ini anda dapat tidur dan rehat dengan tenang, namun kedatangan bayi kecil akan ‘merebut’ segalanya. Ibu menyusukan anak perlu berkorban siang dan malam dalam memastikan mereka dapat membesar dengan baik.

Bagi yang baru pertama kali melaluinya, anda mungkin dilanda pelbagai perasaan seperti letih, tertekan dan malah hampir berputus asa. Mana tidaknya sejak dari hari pertama bergelar seorang ibu, masa dipenuhi untuk mengurus anak sehinggakan diri sendiri tidak sempat rehat.

Suami bukalah mata untuk melihat pengorbanan ibu menyusukan anak siang dan malam

pengorbanan ibu menyusu

credit to sources

Seorang doktor, Dr M.A Chaudhary tampil memuat naik posting bagi menegur para suami untuk menyaksikan sendiri pengorbanan isteri dalam membesarkan anak dengan sebaik mungkin.

Buat suami yang memiliki isteri menyusu badan,

Adakah anda tahu apakah perkara yang isteri lakukan sepanjang hari? Mereka memberi makan anak DENGAN seluruh kudrat tubuh badannya. Makhluk kecil ini membesar dalam rahimnya selama 9 bulan masih bergantung kepada isteri anda untuk memperoleh semua nutrisi dan hidrasi.

Mungkin sesetengah dari anda mengetahui bahawa bayi yang baru lahir menyusu setiap 2 hingga 3 jam. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa bayi tidak akan membesar dalam tempoh yang singkat.

Bayi anda mungkin menyusu badan setiap 2 hingga 3 jam selama setahun atau lebih (ini bermakna isteri anda menghabiskan lebih 4,000 jam menyusukan bayi anda pada tahun pertama dalam kehidupannya). Isteri anda ini juga tidak mempunyai waktu terluang antara tempoh tersebut.

Pertimbangkan senario ini:

Bayi mula menyusu pada pukul 10 pagi. Biasanya ia mengambil masa selama 45 minit. Kemudian isteri anda cuba meletakkan bayi pada jam 10.50 pagi. Bayi pula bangun pada 11 pagi, perlu mandi dan menukar lampinnya.

ibu menyusu anak

credit to sources

Sekarang jam menunjukkan jam 11.05. Bayi anda mungkin terjaga semula untuk menyusu pada pukul 12 malam.

Isteri mempunyai masa kurang dari satu jam untuk tubuhnya diperlukan semula. Anda mungkin fikir dia malas, tetapi sebenarnya badannya amat perlukan rehat.

Menyusu badan adalah tugas yang meletihkan

Ya, anda melihat dia berehat sambil menyusukan bayi anda, berbaring di atas katil sehingga tertidur semasa menyusu. Namun sebenarnya dia berasa letih dan tidak pernah menyedari bahawa dirinya sudah tertidur.

(Eksperimen pemikiran ini tidak mengambil kira aspek seperti bayi muntah, mahu dipegang semasa tidur siangnya atau menukar lampin dan pakaian)

Isteri anda sebenarnya letih. Penyusuan susu ibu BENAR-BENAR memerlukan usaha keras. Bayangkan isteri anda telah membakar 650 kalori sehari untuk menghasilkan susu mencukupi buat bayi anda.

Dia juga berasa bertuah apabila dapat tidur dua hingga empat jam berturut-turut setiap malam. Sedarlah bahawa isteri anda kini merupakan seorang IBU.

ibu menyusu badan

credit to sources

Justeru sebagai suami, tawarkan diri untuk menjaga bayi semasa dia mandi atau tidur. Sediakan makan malam (atau beli sahaja sesuatu ketika anda dalam perjalanan pulang ke rumah). Ajak isteri berbual (sekurang-kurangnya dia tidak mengeluh dengan keadaan yang sedikit kucar-kacir).

Ia mungkin bertambah baik apabila bayi semakin membesar atau mungkin tidak. Sebenarnya setiap isteri sudah cuba melakukan yang terbaik.

Rutin baru bagi ibu menyusukan anak yang akan dilalui dalam tempoh dua tahun pertama

Menyusu badan sememangnya amat bagus bagi mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Namun sebenarnya ia memerlukan banyak masa dan tenaga bagi membolehkan si manja anda memperoleh khasiat yang mencukupi.

Ada beberapa perkara telah mengubah kehidupan isteri yang bergelar ibu, antaranya ialah:

#1. Waktu tidur yang terganggu

Kebanyakan ibu mengakui bahawa mereka terpaksa menjadi ‘burung hantu’ setelah melahirkan bayi. Setiap dua hingga tiga jam perlu bersedia untuk menyusu badan tidak kira siang ataupun malam.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Paling memenatkan apabila anak tidur mahu tidur malam, menangis atau ajak bermain sehingga ke subuh hari.

#2. Masalah ketika penyusuan

Ada beberapa masalah boleh berlaku ketika ibu mula-mula menyusukan bayi atau dalam keadaan tertentu melibatkan kesihatan atau pemakanan ibu. Misalnya masalah puting tersumbat, bengkak susu ataupun puting melecet.

Fasa awal penyusuan ini sememangnya akan dirasai oleh setiap wanita. Sehingga anda yang berputus asa sebab memikirkan penyusuan anak ini terlalu susah!

#3. Letih yang keterlaluan

Tenaga setiap isteri tidak hanya digunakan untuk menyusu bayi sahaja, tetapi termasuklah dengan proses lain yang melibatkan penyusuan. Misalnya basuh botol susu, menukar pakaian disebabkan basah terkena susu dan menguruskan stok susu dengan teliti.

Sumber: Dr M.A Chaudhary

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Isteri Yang Menyusu Badan Tiada Waktu Rehat, Setiap Masa Perlu Berkorban Demi Anak
Kongsikan:
  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.