X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rezeki Dapat Suami Baharu Yang Baik, Suka Melayan Anak Tiri Seperti Anak Kandung

4 Apr, 2022
Rezeki Dapat Suami Baharu Yang Baik, Suka Melayan Anak Tiri Seperti Anak Kandung

Kisah ayah tiri tidak kekok layan anak walaupun bukan darah daging sendiri. Jadi tempat anak dan isteri menumpang kasih sayang

Walaupun bukan anak kandung, keakraban hubungan antara kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ini dan kisah ayah tirinya menunjukkan, betapa utuhnya kasih sayang ayah tiri tersebut terhadap anak tirinya. Itu yang dapat dilihat menerusi video TikTok dimuat naik seorang wanita yang juga ibu kanak-kanak tersebut.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kisah ayah tiri anggap macam anak kandung
  • Kisah ayah tiri, anak beri ‘lampu hijau’ untuk ibu kahwin baharu
  • Batas aurat dan pergaulan antara anak dengan ayah tiri dalam Islam

Berdasarkan perkongsian video tersebut, wanita itu memberitahu, walaupun bukan ayah kandung tetapi suaminya memberi kasih sayang kepada kanak-kanak tersebut seperti anak sendiri.

Kisah ayah tiri, anggap macam anak kandung

kasih sayang ayah tiri

“Alhamdulillah, walaupun bukan ayah kandung tapi suamiku sayang anakku seperti anak sendiri.

“Cici pun suka dan sayang daddy dia. Alhamdulillah, ya Allah semoga kami bahagia hingga ke Jannah,” demikian keterangan pada video itu.

Menerusi laporan Mstar, wanita itu dikenali sebagai Shehnaz Khan, 25, berpisah dengan bekas suami pada 2020 dan mempunyai seorang anak dengan perkahwinan terdahulu iaitu Aurel Sophea atau Cici.

Advertisement

Shehnaz kemudian menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sebelum bertemu jodoh dengan Kevin Malek, 29, seorang lelaki berdarah campuran Cina dan India pada tahun lalu.

Laporan itu menyebut, wanita berketurunan Malaysia dan Pakistan itu memberitahu, anak tunggalnya menjadi sebab utama dia berani untuk bergelar isteri buat kali kedua.

“Suami (Malek) memang dah lama follow saya di Instagram sejak beberapa tahun lepas. Tapi dia tak pernah komen atau mesej, dia pun tahu masa tu saya masih dengan bekas suami.

“Sehinggalah lepas bercerai, saya buat soal jawab (Q&A) di Instagram. Jadi dia muncul di situ. Kami berkawan dari Instagram sampai beralih ke WhatsApp dan kemudiannya berjumpa.

“Masa mula kenal, saya maklumkan yang saya dah ada anak. Kalau dia nak terima saya, dia kena terima anak saya, kena ambil hati anak saya.

“Saya rasa tak semua lelaki boleh terima ibu tunggal dengan anak. Tapi alhamdulillah, sejak awal jumpa dia memang dah rapat dengan anak saya,” ujarnya.

Kisah ayah tiri, anak beri ‘lampu hijau’ untuk ibu kahwin baharu

kasih sayang ayah tiri

Dalam laporan tersebut, wanita itu memberitahu, selain anaknya yang memberi ‘lampu hijau’ terhadap perkahwinan keduanya, kedua-dua keluarga turut memberi sokongan penuh.

Tambahnya, dia bersyukur perkenalan singkat berakhir dengan ikatan sah sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.

“Perkahwinan pertama saya tak macam orang lain. Kami kahwin di luar negara, banyak konflik berlaku. Selepas bercerai, sudah tentu trauma masih ada.

“Tapi bila jumpa suami kedua, saya yakin dengan keputusan ini. Tak salah untuk kita rasa disayangi, dihormati dan dicintai. Ketika ambil keputusan kahwin lagi, saya reda dengan jodoh ini.

“Keluarga restu, semua pun suka. Jadi saya kata why not saya cuba sebab peluang tak datang banyak kali. Hati saya kuat berkata bahawa he’s the one. Jadi saya pun teruskan,” katanya.

Batas aurat dan pergaulan antara anak dengan ayah tiri dalam Islam

kasih sayang ayah tiri

 

Menerusi persoalan mengenai batas aurat dan pergaulan dalam Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihak berkenaan menjelaskan  batasan aurat dan isu khalwat, bapa tiri adalah mahram mu`abbad (selamanya) kepada anak tiri, apabila sudah berlaku persetubuhan antara bapa tiri itu dan ibu mereka selepas mereka sah berkahwin.

Ini berdalilkan firman Allah SWT:

وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ

Maksudnya: “Dan (juga perempuan-perempuan yang diharamkan kamu berkahwin dengan mereka ialah) anak-anak perempuan tiri kamu yang telah kami setubuhi ibu-ibu mereka.”

(Surah al-Nisa: 23)

Justeru, aurat antara rabibah (anak perempuan tiri) dengan bapa tiri mereka adalah sama batasan auratnya antara mereka dan bapa kandung mereka iaitu antara pusat dan lutut, sekiranya tidak membawa kepada fitnah dan syahwat. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Kegembiraan dan Kejayaan: Mencari Keseimbangan Di Antara Bekerja Keras dan Menikmati Hidup
Kegembiraan dan Kejayaan: Mencari Keseimbangan Di Antara Bekerja Keras dan Menikmati Hidup
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

Sebahagian ulama mazhab Syafie mengehadkan pada anggota yang zahir ketika bekerja iaitu aurat mereka seluruh tubuh melainkan kepala, leher dan tengkuk, tangan sehingga pangkal lengan, dan kaki sehingga lutut.

Begitu juga, tidak timbul isu khalwat jika mereka berada dalam satu rumah yang sama, seperti mahram yang lain juga.

TikTok, Mstar, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini 9 Refleks Bayi Baru Lahir Ramai Ibu Tidak Perasan, Tarik Rambut Pun Ya Juga!

Baca juga: Viral Anak Diganggu Driver Van Miang, Ini Pentingnya Ibu Selidik Perubahan Pada Anak

Baca juga: Pentingnya Suntikan Kancing Gigi Ketika Mengandung, Ia Membentuk Antibodi Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rezeki Dapat Suami Baharu Yang Baik, Suka Melayan Anak Tiri Seperti Anak Kandung
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham