Selepas berjam-jam di hospital melahirkan anak, mungkin anda sudah fed-up menghidu bau hospital dan melihat jururawat keluar masuk bilik. Jadi mengapa sampai saja di rumah untuk memulakan pantang, ada saja panggilan telefon dari klinik kesihatan (KK) untuk menjadualkan lawatan kerana nurse datang rumah?
Ibu-ibu semua… jangan kecam jururawat yang datang, ya! Bukan mereka sengaja nak mengganggu.
Mereka cuma menjalankan tugas dan prihatin terhadap keadaan anda malah bayi anda. Malah jika ada ibu-ibu baru yang memerlukan pertolongan, mereka sedia membantu dan memberi tunjuk ajar.
Setiap staf bertanggungjawab untuk menjaga kawasan yang ditentukan. Dengan cara ini, setiap ibu di kawasan tersebut akan dikesan dan dihubungi sekiranya tidak menghadiri temu janji.
Pemeriksaan ibu semasa nurse datang rumah
Setiap klinik kesihatan di Malaysia bertanggungjawab menjaga beberapa kawasan yang berdekatan dengannya.
Pada hari ke- 1,2,3,4,6,8,10,15 & 20 selepas ibu bersalin, mereka akan mengatur lawatan ke mana-mana temujanji yang telah ditetapkan.
Di samping datang untuk menziarahi anda dan bayi, mereka juga akan melakukan pemeriksaan untuk memeriksa tahap kesihatan seperti:
- Tekanan darah ibu
- Suhu badan ibu
- Nadi
- Pemeriksaan payudara (jika terdapat sebarang jangkitan akibat penyusuan)
- Lokia perlu diperiksa (pendarahan selepas bersalin) dari segi warna, bau serta kuantiti yang keluar bagi memastikan tidak berlaku sebarang pendarahan yang tidak terkawal seperti tumpah darah atau jangkitan kuman
- Jururawat akan periksa ketinggian rahim (untuk memastikan penurunan rahim bersesuaian dengan jumlah hari selepas kelahiran)
- Pemeriksaan perineum (untuk menilai luka serta jahitan selepas episiotomi dan memastikan tiada jangkitan)
Jika anda mempunyai sebarang masalah selepas pemeriksaan, mereka akan merujuk anda ke hospital untuk mendapat rawatan.
Selain memeriksa tahap kesihatan anda, jururawat yang datang ke rumah juga akan memeriksa si manja tercinta.
Pemeriksaan bayi semasa nurse datang rumah
Antara permeriksaan yang dilakukan ke atas bayi ialah:
- Keadaan jaundice pada bayi (warna kulit dan warna mata)
- Berat bayi
- Ukuran tinggi bayi serta lilitan kepala
- Menilai latching bayi pada payudara ibu, sama ada betul ataupun tidak
Jururawat sebagai penasihat kesihatan
Untuk ibu-ibu baru yang segan untuk bertanya semasa di hospital, inilah peluang anda!
Pertanyaan-pertanyaan yang memalukan seperti masalah untuk kencing dan berak selepas melahirkan anak, mahupun gangguan emosi yang dialami – semuanya boleh diluahkan apabila jururawat datang melawat.
Dengan adanya sokongan dan dorongan dari staf KKM, ini sekurang-kurang dapat mengurangkan risiko kemurungan.
Kaedah perancangan keluarga juga akan dibincangkan, terutama bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan Caeser serta ibu dengan jarak kelahiran anak yang terlalu dekat.
Disini, ibu-ibu boleh bertanya terus dengan staf KKM, semogan segala keraguan dapat dijawab dan di beri tunjuk ajar serta nasihat.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia, Laman Facebook Lutfi Fadil Lokman
Sumber gambar: Prime Minister’s Office of Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku
Baca juga: Pakai Plastik Sampah Gantikan PPE, 3 Jururawat Ini Telah Disahkan Positif Covid-19
Baca juga: Jururawat sanggup halang ibu ini dari menyusu dengan alasan ia kelihatan terlalu seksi