Henti Kacau Atau Sakat Anak Dengan 5 Perkara Ini Dari Kecil Kerana Impaknya Seumur Hidup!

Selalu kita dengar ibu bapa kacau anak dengan ayat seperti 'Gemuknya.' Tahukah anda bahawa ia membawa impak jangka masa panjang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak dinafikan yang sebenarnya ramai ibu bapa sering kacau anak dengan lima perkara sebegini. Jangan pandang rendah akan cara sakat menyakat ini kerana impaknya boleh jadi sepanjang hidup.

Boleh kata ramai juga di antara kita yang dewasa sekarang ini membesar dengan kata-kata sakat ini. Tidak kira kena kacau tentang berat badan, saiz tubuh, rupa paras, kebijaksanaan atau personaliti (malu atau mudah bergaul) majoriti orang kita boleh ingat akan beberapa memori sewaktu mereka diusik atau dikacau.

Namun, apabila kita lihat dengan lebih mendalam ke dalam memori-memori ini, kita boleh lihat selalunya yang ia dikaitkan dengan banyak rasa sakit. Sebagai contoh, jika anda diusik kerana menjadi seorang yang pemalu, anda pasti akan mendapati yang diri anda masih lagi tidak yakin dengan diri sendiri sehingga kini.

Jika anda dikacau atas sebab berat badan, anda pasti akan mendapati yang diri anda bersusah payah dengan pemikiran negatif tentang makanan atau saiz tubuh anda.

Ingatlah bahawa yang kata-kata kita gunakan kepada kanak-kanak itu membentuk suara dalaman mereka. Itulah sebabnya kenapa menyakat, mengusik atau mengacau adalah satu topik penting yang perlu ditekankan di kalangan ibu bapa.

Perkara yang sering jadi bahan untuk kacau atau sakat anak

 

Menurut NurturedFirst, berikut adalah lima perkara yang sering menjadi bahan untuk kacau atau menyakat kanak-kanak di kalangan masyarakat kita:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Malu

Jangan kacau kanak-kanak yang lambat-untuk-panas tentang sifat mereka yang pendiam atau malu. Kata-kata anda sebagai orang dewasa membentuk suara dalamannya.

Contoh:

“Kamu ini sangat pemalu.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bagi nenek peluk. Ia bukan susah pun!”

2. Berapa banyak/kurang mereka makan

Bagaimana cara kita bercakap tentang selera kanak-kanak dan laparnya mereka boleh meninggalkan impak akan bagaimana mereka melihat makanan dan tubuh mereka dalam jangka masa panjang.

Contoh:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Wow, banyaknya makan untuk tubuh kecil kanak-kanak perempuan.”

3. Rupa paras

Jangan kacau atau sakat anak tentang mata, senyuman, gigi, tubuh, tinggi atau pakaian mereka. Ia boleh memberikan impak mendalam ke atas keyakinan diri mereka serta imej tubuh mereka.

Contoh:

“Macam tu ke cara senyum awak?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Awak mesti yang paling rendah dalam kelas, bukan?”

4. Reaksi emosional

Mengusik anak yang cuba untuk berkongsi emosi mereka dengan kita boleh menyebabkan mereka untuk lebih gemar menyimpan perasaan emosi itu.

Contoh:

“Dia sangat drama queen.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Mengusik anak adalah berbeza dengan main-main

Mengusik seperti:

  • “Wow, ada seseorang dengan selera besar.”
  • “Macam itu ke cara awak senyum?”
  • “Awak ni kurus sangat!”
  • “Saya ingat awak ini pandai sangat.”
  • “Awak ni sangat drama queen!”

Impak sakat anak kecil

1. Rosak keyakinan diri

Mengacau anak kecil boleh merosakkan tahap keyakinan diri mereka. Kanak-kanak biasanya tidak dapat membezakan antara kenyataan berunsur usik atau serius. Apabila kanak-kanak sering dikacau atau disakat, mereka boleh menyerap masuk mesej tersebut secara mendalam akan segala apa yang didengarinya dan akhirnya mempercayai kata-kata itu.

2. Rosak hubungan ibu bapa dan anak

Jika usikan sering berlaku atau berlanjutan, ia boleh mencipta satu halangan komunikasi di dalam hubungan antara ibu bapa dan anak. Anak itu akan rasa tidak dihormati dan tidak penting, ia membawa ke arah kurangnya kepercayaan.

3. Impak negatif terhadap perkembangan sosial kanak-kanak

Kanak-kanak yang sering dikacau akan agak sukar untuk membuat kawan dan boleh jadi mudah untuk menjadi mangsa buli. Mereka juga akan ada masalah untuk membaca gerak geri bersosial daripada orang lain dan sukar untuk faham nuansa interaksi sosial.

Jadi pengajarannya, menjadi ibu bapa tidak hanya perlu menjaga, mendidik anak itu seperti yang kita mahu, tetapi juga kita sebagai orang dewasa perlulah menjadi sahabat baik kepada mereka terlebih dahulu dan pentingnya untuk kita menjaga setiap percakapan terhadapnya agar ia tidak menunjukkan impak buruk di kemudian hari yang pastinya akan membuat kita sesali.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan – Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya

Baca juga: Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

Baca juga: 6 Kata-Kata Yang Boleh Anda Ucapkan Ketika Hamil Kepada Para “Pengecam”

Penulis

Farhana Fuad