Mana-mana ibu ayah pun mesti berat hati untuk mendaftarkan anak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU untuk anak autisme.
Jangan malu dan menafikan hak anak kerana kad OKU itulah yang akan jadi penyelamat di kemudian hari.
Isi Kandungan
10 Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme
Menurut perkongsian ibu ayah menerusi kumpulan Facebook Realiti Autisme, ada banyak kelebihan jika anak autisme memiliki kad OKU.
Keistimewaan dan kemudahan yang disediakan di bawah kerajaan tertakluk kepada syarat.yang disediakan di bawah kerajaan.
Antaranya:
Jangan Abaikan Hak Anak
Ramai yang masih malu apply kad OKU padahal ia memberi banyak manfaat. Jangan nafikan hak anak kita”, komen Jericho Lojitin.
Cara Untuk Mendapatkan Kad OKU Untuk Anak Autisme
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad OKU iaitu:
- Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
- Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
- Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
- Yang paling penting, dapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
- Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
- Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)
Walaupun pada dasarnya memiliki kad OKU ini tidak wajib tetapi amat digalakkan kerana memudahkan urusan mereka nanti.
Sekiranya apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya kita sudah ada jaminan untuk mereka dari segi pendidikan, keselamatan, perubatan dan bantuan yang diperlukan. Kita pun tidak hidup selamanya.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Baca juga: Orang Kurang Upaya (OKU) Bukan Satu Bentuk Pembelaan
Baca juga: Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak: Punca Learning Disability, Tanda & Cara Mengatasi
Baca juga: Doktor Say Kongsi Perasaan Terima Kad OKU Anak. Ini Kelebihannya Yang Dapat Buat Pemegang Kad Ini