Kalau Dah Jodoh, Pemuda 23 Tahun Bahagia Pilih Wanita Usia 60 Tahun Sebagai Suri Hati

Kahwin perempuan lebih tua boleh menjadi buah mulut orang sekeliling. Namun lelaki ini tidak menyesal memilih isteri kerana dia rasa bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Seperti kisah pemuda 23 tahun ini yang kahwin perempuan lebih tua 37 tahun daripadanya, dia akui bahagia kerana isterinya matang dan tidak banyak kerenah. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kahwin perempuan lebih tua, pemuda ini akui bahagia
  • Tak perlu pening kepala fikir kerenah yang pelbagai

Menurut laporan Kosmo! pemuda berkenaan mengakui sangat bahagia dengan perkahwinannya itu walaupun wanita berkenaan sudahpun berusia 60 tahun.

Kahwin perempuan lebih tua, pemuda 23 tahun akui bahagia

Menurut artikel itu, Muhammad Sabree Razaman, 23, dia mengakui pertemuannya dengan isteri, Norlida Mohamed Salleh, 60, adalah saat yang menggembirakan dalam hidupnya kerana ia adalah detik bermulanya kebahagiaan mereka berdua.

Katanya, dia langsung tiada masalah berkahwin dengan wanita lebih berusia malah bersyukur kerana isterinya sangat matang dan tenang dalam membuat sebarang keputusan.

Malah katanya, setahun melayari bahtera perkahwinan bersama, isterinya yang lebih berpengalaman dalam hidup membimbingnya dalam pelbagai perkara dalam rumah tangga termasuklah kewangan.

Tak perlu pening kepala fikir kerenah yang pelbagai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengakui tenang dengan perangai isteri yang matang dan tenang dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya beliau bersyukur dikurniakan isteri yang begitu memahami dan seorang pendengar yang sangat baik. 

Katanya, dia bersyukur tidak perlu pening kepala memikirkan pelbagai kerenah yang biasa dikaitkan dengan anak muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana isterinya sangat memahami dan matang dalah memberikan pendapat untuk sebarang permasalahan dalam rumah tangga berdasarkan pengalaman hidupnya yang lebih makan garam. 

Walaupun dia jauh lebih muda, isterinya tetap menghormatinya sebagai suami dan tidak pernah merendah-rendahkannya.

Walaupun ada dalam kalangan saudara mara yang tidak menyokong perkahwinan itu kerana faktor usia yang terlalu jauh, katanya beliau jadikan kisah Nabi Muhammad dan Siti Khadijah sebagai penguat semangat.

Menolak tanggapan bahawa lelaki kahwini wanita lebih berusia kerana harta, katanya isterinya hanyalah wanita biasa yang menjual kuih, jadi tidak timbul soal mahu harta dan sebagainya. 

Didoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baru Kahwin 4 Bulan, Isteri Cedera Parah & Kedua-Dua Tangan Hampir Putus Ditikam Suami

Baca juga:  Para Suami Ingatlah, Berkahwin Bukan Sekadar Kenali Pasangan, Tetapi Kenali Diri Sendiri

Baca juga Tiada Makna Suami Kacak Jika Berat Tulang, Romantik Lepas Kahwin Bila Sama-Sama Buat & Jaga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar