Nyenyaknya Bayi Tidur Apabila Dibedung Rapi! Ini 13 Kain Bedung Baby Yang Cantik Dan Selesa

Comelnya bila lihat bayi dibedung! Tetapi kain bedung si manja haruslah yang selesa dan tidak menggangu tumbesaran anak ya.

Apabila menjelang tarikh bersalin, parents pun mula menyiapkan kelengkapan yang sempurna untuk ibu dan bayi yang bakal lahir. Salah satu keperluan yang pasti disediakan kebanyakan parents adalah kain bedung baby.

‘Swaddling’ atau membedung  merupakan amalan kuno untuk membalut bayi dengan selesa dalam kain atau selimut nipis untuk membantu si manja merasa selamat dan tenang. Apabila dibedung dengan baik dan selesa, ini dapat menghentikan bayi daripada terganggu oleh refleks yang mengejutkannya dari terbangun sendiri. 

Cara Pemilihan Bedung Bayi Yang Terbaik untuk Anak

Pada masa kini, banyak jenis kain bedung baby yang terdapat di pasaran. Kalau dahulu banyak bedung bayi yang berasaskan kain berbentuk segi empat sahaja, kini kain bedung boleh dipakaikan dengan lebih mudah malah terdapat dalam pelbagai material berlainan.

Semak beberapa perkara berikut sebelum membedung anak:

  • Kain bedung haruslah memeluk rapi di bahagian lengan tetapi longgar di pinggul sehingga bayi dapat melenturkan pinggulnya.
  • Pastikan swaddle tidak menutup kepala, hidung, atau mulut bayi. 
  • Setiap rekaan kain bedung mempunyai cara yang berbeza untuk dipakai dengan betul. Pastikan anda membaca arahan dan / atau menonton video untuk mengetahui cara yang betul untuk menggunakannya. 
  • Ketahui suhu dan pilihan kain; pastikan bayi  tidak terlalu panas. Periksa leher dan telinga mereka; jika telinga mereka merah dan lehernya berpeluh, mereka mungkin terlalu panas. 
  • Sentiasa letakkan bayi dalam keadaan terlentang untuk tidur sekiranya dalam keadaan berbedung.

Parents harus ingat ya, bayi hanya boleh dibedung ketika tidur, bukan sepanjang hari. Pastikan parents buka bedung si manja secepat mungkin sekiranya si manja terjaga dan mahu berguling. Ini kerana bayi berisiko untuk tertiarap dengan keadaan yang tidak selesa dan semestinya bahaya sekiranya masih dibedung.

13 Kain Bedung Baby Terbaik Untuk Si Manja

Berikut merupakan kain bedung baby terbaik yang parents boleh dapatkan di pasaran. Kalau ada yang berkenan di hati, boleh terus klik dan beli ya!

Kain Bedung Baby Terbaik Untuk Si Manja
Aden + Anais Baby Muslin Swaddling
Kain bedung baby terbaik jenama premium
Beli di Shopee
Summer SwaddleMe Original
Kain bedung baby terbaik dengan reka bentuk berkualiti
Beli di Shopee
LOVE TO DREAM Swaddle Up
Kain bedung baby terbaik mudah regang dan eco-friendly
Beli di Shopee
Clevamama Swaddle TO Sleep
Kain bedung baby terbaik seakan bayi dalam rahim ibu
Beli di Shopee
Mimosa Multi-Purpose Bamboo Muslin
Kain bedung baby terbaik untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif
Beli di Shopee
Holabebe Infant Swaddle Baby Wrap
Kain bedung baby terbaik boleh laras mengikut usia bayi
Beli di Shopee
Baby Cellular Blanket
Kain bedung baby terbaik murah & berkualiti
Beli di Shopee
Teddy Bear Soft Swaddle Blanket
Kain bedung baby terbaik kain lembut & selesa
Beli di Shopee
Hanaroo 2 in 1 Bedung Instant
Kain bedung baby terbaik mudah digunakan
Beli di Shopee
Tommee Tippee Grobag Easy Swaddle
Kain bedung baby terbaik jenis snugfit
Beli di Shopee
Not Too Big Bamboo Muslin Swaddles
Kain bedung baby terbaik pelbagai guna
Beli di Shopee
GUGU Jumbo Transition Tot Swaddle
Kain bedung baby terbaik untuk bayi besar
Beli di Shopee
Lunavie Antibacterial Swaddle Pouch
Kain bedung baby terbaik anti-bakteria
Beli di Shopee

Aden + Anais Baby Muslin Swaddling

Kain bedung baby terbaik jenama premium

Jika parents mencari kain bedung baby yang tidak panas tetapi cukup selesa untuk bayi, Aden Anais ada jawapannya. Selimut yang berfungsi dengan pengudaraan yang baik dan ringan ini berfungsi bukan sahaja sebagai kain bedung tetapi boleh digunakan sebagai ppenutup penyusuan, kain burp, playmat dan boleh dilemparkan ke atas kereta dorong atau tempat duduk kereta sebagai pelapik.

Apa yang kami suka:

  • Lembut: pra-cuci dan kekal lembut selepas mencuci
  • Serbaguna: berfungsi sebagai pelindung, kereta dorong atau penutup penjagaan, kain burp, selimut perut, menukar penutup pad dan lain-lain
  • Material viscosemade dari swaddles muslin buluh
  • Boleh dicuci menggunakan mesin basuh

Summer SwaddleMe

Kain bedung baby terbaik dengan reka bentuk berkualiti

SwaddleMe® Original Swaddle merupakan bedung baby yang boleh disesuaikan mengikut saiz si manja, serta mempunyai penutup cangkuk dan gelung yang selamat agar mudah dibedung dengan selamat.

Menurut pengeluar kain bedung ini, produk mereka telah direka khusus dan diuji untuk memastikan bayi selesa, selamat dan kekal comfort setiap malam sepanjang tahun pertama si manja.

Apa yang kami suka:

  • 100% kain cotton
  • Jenama yang dipercayai
  • Reka bentuk yang selamat, mencegah refleks yang mengejutkan bayi anda
  • Sayap kain lembut yang boleh dilaras

LOVE TO DREAM Swaddle Up

Kain bedung baby terbaik mudah regang dan eco-friendly

Love to Dream mewujudkan ruang yang selamat, sambil membolehkan bayi baru lahir mengangkat tangan mereka ke atas walaupun masih berbedung. Ini adalah pilihan yang bagus untuk bayi yang tidak menyukai bedung tradisional, tetapi masih memerlukan sesuatu bagi mengelakkan refleks terkejut.

Ibu ayah juga pasti akan menyukai kemudahan kedudukan ritsleting (zip) dan kaki yang mesra untuk pergerakan pinggul bayi.

Apa yang kami suka:

  • 93% Cotton 7% Elastane
  • Material mudah regang
  • Ritsleting berkembar memudahkan menukar lampin
  • Fungsi ARMS UP bagi membantu si manja tenangkan diri sendiri untuk tidur

Clevamama Swaddle TO Sleep

Kain bedung baby terbaik seakan bayi dalam rahim ibu

Kain bedung bayi Clevamama sangat selesa sehingga membantu mewujudkan kembali keselamatan dan keselesaan rahim sehingga bayi dapat tidur dengan lebih tenang dan lebih lama.

Balutan yang selesa membolehkan pergerakan yang cukup selesa, sambil membantu mencegah refleksi yang mengejutkan yang merupakan salah satu sebab utama bayi terjaga pada waktu malam. Sayap boleh laras juga elok digunakan sepanjang pembesaran bayi anda.

Apa yang kami suka:

  • 100% cotton lembut.
  • Mengembalikan rasa seolah bayi masih di dalam rahim ibu
  • Membolehkan pergerakan pinggul & kaki semula jadi membantu mencegah Hip Dysplasia

Mimosa Multi-Purpose Bamboo Muslin

Kain bedung baby terbaik untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif

Bedung Mimosa tidak tebal, sangat bersesuaian digunakan ketika cuaca panas, pada masa yang sama sentiasa memastikan si manja dalam keadaan yang selesa.

Material yang lembut juga sesuai digunakan pada kulit bayi yang sensitif, tidak seperti kain biasa yang lain.  Parents mesti suka dengan produk ini kerana ada banyak corak comel untuk si manja, dan boleh dipakai untuk pelbagai fungsi!

Apa yang kami suka:

  • Muslin buluh yang mempunyai pengudaraan yang baik
  • Sangat lembut, sesuai untuk kulit sensitif bayi baru lahir
  • Boleh digunakan dalam 7 cara yang berbeza – bedung + selimut + playmat + penutup stroller + nursing cover + etc
  • Material 70% Bambu / 30% kain kapas organik, 40s kain muslin

Holabebe Infant Swaddle Baby Wrap For Newborn

Kain bedung baby terbaik boleh laras mengikut usia bayi

Parents tak perlukan selimut yang tidak selamat untuk si manja lagi apabila menggunakan kain bedung bayi dari Holabebe ini. Tambahan lagi, produk ini boleh digunakan sedari bayi baru lahir sehinggga berusia setahun!

Si manja mesti tak ada masalah terkejut lagi waktu tidur kerana dipeluk erat kain bedung comel ini.

Apa yang kami suka:

  • Sayap yang boleh disesuaikan mengikut usia si manja
  • Material cotton
  • Juga sesuai untuk bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
  • Bahagian bawah kaki yang boleh dibuka bagi memudahkan menyalin lampin 

Baby Cellular Blanket

Kain bedung baby terbaik murah & berkualiti

Jika anda risaukan bayi anda berada dalam kesejukan, gunakan bedung berjaring dari Ecobb ini bagi memastikan bayi sentiasa hangat walaupun dalam cuaca panas. Juga selesa dipakai ketika waktu sejuk!`

Apa yang kami suka:

  • Kain berkualiti
  • Lembut dan selesa
  • Boleh dibasuh dengan mesin
  • Boleh digunakan sebagai penutup stroller bayi.
  • Ukuran Saiz: 80 x 100cm

Teddy Bear Soft Swaddle Blanket

Kain bedung baby terbaik kain lembut & selesa

 

Cuba tengok ni! Siapa sahaja yang melihat pastinya akan jatuh cinta dengan kecomelan bedung bayi ini, apatah lagi setelah disarungkan!

Kainnya tampak seakan tebal tetapi ia sangat selesa dan lembut untuk bayi. Ia juga selamat untuk digunakan sebagai pelengkap tidur untuk si manja. 

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan
  • Boleh digunakan sebagai bedung bayi dan selimut ketika waktu malam
  • Kainnya sangat lembut dan tidak mudah tanggal
  • Diperbuat daripada bahan Faux Cashmere

Hanaroo 2 in 1 Bedung Instant

Kain bedung baby terbaik mudah digunakan 

Hanaroo 2 in 1 Bedung Instant mempunyai zip yang boleh menutupi sehingga paras bawah dagu bayi, memberikan si manja dibedung dengan selesa dan sempurna.

Selain itu, anda tidak perlu susah payah membedung bayi kerana cara penggunaannya begitu mudah dan cepat. Sesuai untuk membedung bayi yang baru lahir dan sensitif.

Apa yang kami suka:

  • 100% menggunakan bahan Cotton
  • Mempunyai zip yang selamat untuk bayi
  • Kain lembut dan sejuk
  • Mudah dibedung
  • Mempunyai pilihan warna yang menarik

Tommee Tippee Grobag Easy Swaddle

Kain bedung baby terbaik jenis snugfit

Kain bedung bayi jenama Tommee Tippee dapat membantu si kecil anda tidur lena. Ia diperbuat daripada fabrik yang sangat lembut dan dihiasi dengan corak yang direka secara dalaman di Tommee Tippee.

Membedung adalah cara terbaik untuk menenangkan bayi anda. Ia mereplikasi perasaan berada di dalam rahim dan menghalang bayi bangun yang disebabkan oleh tangan dan kaki yang menggeliat kerana ia menghalang refleks terkejut mereka.

Institut Displasia Pinggul Antarabangsa (IHDI) mengakui Grobag Easy Swaddle sebagai produk menyihatkan pinggul apabila digunakan seperti yang diarahkan.

Reka bentuk ini membantu memastikan kaki bayi berada dalam kedudukan semula jadi berkaki katak semasa tidur dan ini penting untuk perkembangan pinggul yang betul.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai 2 cara zip yang mudah dan memudahkan penukaran lampin pada waktu malam.
  • Bentuk jam pasir baharu, bedung yang mudah dibalut, tanpa pengancing yang rumit, dan panduan tentang pakaian yang perlu dipakai di bawah bedung bayi anda untuk membantu mengekalkan bayi anda pada tahap keselesaan yang betul.

Not Too Big Bamboo Muslin Swaddles

Kain bedung baby terbaik pelbagai guna

Bedung muslin buluh ini didatangkan dalam 3 reka bentuk unik yang lebih-bernafas dan termoregulasi untuk membantu memastikan si kecil anda selesa dan selesa.

Dibuat dengan teliti menggunakan buluh khas bersama fabrik kapas organik, bedung dari jenama Not Too Big sesuai untuk memberikan si kecil anda tidur yang selamat dan selesa.

Kain bedung ini sangat lembut, hipoalergenik, anti-kulat dan anti-bakteria malah bersaiz lebih besar secara khusus membenarkan penggunaan pelbagai cara.

Sesuai untuk siang atau malam, sama ada untuk bedung, perlindungan kereta sorong atau hanya sebagai selimut, ia pastinya menjadi teman yang sempurna untuk anda dan bayi anda.

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan gentian buluh hijau dan mesra alam
  • Sangat lembut, sesuai untuk kulit sensitif bayi baru lahir
  • Bedung besar yang telah dibasuh bersaiz 47 in x 47 in
  • Serbaguna, boleh dipakai untuk waktu tidur dan semasa dalam perjalanan

GUGU Jumbo Transition Tot Swaddle

Kain bedung baby terbaik untuk bayi besar

Ibu yang mempunyai bayi bersaiz besar kini jangan risau lagi kerana Gugu memperkenalkan bedung GUGU Jumbo Transition Tot Swaddle yang bersaiz lebih lebar daripada biasa.

Bedung Jumbo ini boleh menampung bayi sehingga 11 kilogram, sesuai untuk bayi yang lebih besar atau bayi yang berumur 6 bulan ke atas yang perlu dibalut untuk tidur yang lebih lena dan lebih lama.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai pelindung zip keselamatan di bahagian dalam. –
  • Toggle tent untuk menutup leher bayi dari zip.
  • Butang di belah bahu untuk melepaskan tangan bayi daripada dibedung
  • Ruang untuk meregangkan lengan bayi dan pergerakan kaki.
  • Kesan kelengkungan kepompong menjadikan bayi anda tidur lebih lama dengan selesa.
  • Kain lembut dan boleh diregangkan sesuai untuk cuaca Malaysia.
  • Dual zip untuk menukar lampin dengan mudah.

Lunavie Antibacterial Swaddle Pouch

Kain bedung baby terbaik anti-bakteria

Lunavie Antibacterial Swaddle Pouch membantu mengurangkan keadaan tilam yang longgar dan membantu menjaga bayi dengan selamat kerana membedung dapat menenangkan bayi dengan menghalang mereka daripada terjaga.

Diperbuat daripada 100% kapas semula jadi dan dengan perlindungan antibakteria oleh Ultrafresh, reka bentuk garis leher 360 darjah direka untuk melindungi bayi dengan selamat.

Dengan two-way zipper, ia membantu ibu menukar lampin bayi dengan mudah serta membenarkan pergerakan bebas lengan dan kaki bayi.

Apa yang kami suka:

  • Kesan bernafas adalah tiga kali ganda daripada fabrik biasa dan mengurangkan risiko kepanasan.
  • Kain yang elastik dan mesra pada kulit bayi.
  • Sesuai untuk usia dari lahir hingga 3 bulan.
  • Muat untuk bayi sehingga 10 kilogram.
  • Panjang bedung adalah 53cm.

Perbandingan Harga Kain Bedung Baby

Jenama Harga
Aden Anais Baby Muslin Swaddling RM119.90
Summer SwaddleMe Original RM165.00
LOVE TO DREAM Swaddle Up RM143.20
Clevamama Swaddle TO Sleep RM48.30
Mimosa Multi-Purpose Bamboo Muslin RM9.99
Holabebe Infant Swaddle Baby Wrap For Newborn RM40.90
Baby Cellular Blanket RM14.90
Teddy Bear Soft Swaddle Blanket   RM22.39
Hanaroo 2 in 1 Bedung Instant RM34.99
Tommee Tippee Easy Swaddle RM69.30
Not Too Big Bamboo Muslin Swaddles RM159.00
GUGU Jumbo Transition Tot Swaddle RM58.65
Lunavie Antibacterial Swaddle Pouch RM42.00

Cara Bedung Bayi

Ibu ayah baru khususnya tidak tahu cara bedung bayi yang betul, namun usah risau membedung bayi tidaklah susah seperti yang disangkakan tetapi mempunyai cara dan panduan yang harus ibu ayah ikuti supaya bayi tidak meragam, malah lebih selesa jika dibedung dengan cara yang betul.

Bukan itu sahaja, bayi tidak akan berisiko terkena hips socket iaitu sejenis risiko tulang di bahagian peha bayi. Banyak lagi risiko yang bakal bayi hadapi jika anda tidak bedung bayi dengan cara yang betul.

Jom lihat cara bedung bayi yang betul bagi mengelakkan bayi meragam dan tidak selesa mengikut langkah-langkah dibawah;

1. Pastikan kain bedung dibentangkan dengan baik dengan bucu di atas dan dilipatkan segi tiga ke bawah pada bucu tersebut. Lihat gambar di atas sebagai contoh cara bedung bayi yang pertama. Kemudian letak bayi pada kedudukan bahu di awal kain yang dibentang.

2. Mulakan dengan bedung bayi dari bahagian lengannya. Letakkan tangan kanan bayi ke sisi badannya dan tarik kain bedung kanan ke kiri meyelimuti lengan bayi. Bahagian hujungnya pula, anda boleh selitkan di bahagian bawah punggung bayi.

3. Bawalah kain bedung bahagian hujung di bawah naik ke arah dada bayi. Ia akan kelihatan seperti bentuk segi 4. Cara bedung bayi yang betul sebegini tidak memberi kesan negatif kepada bayi dan dia juga takkan meragam lagi.

4. Lihat pula pada bahagian kiri bayi, turunkan tangan bayi ke sisi kirinya dengan baik dan kemas. Kemudian, tarik kain bedung kiri bagi menyelimuti bayi hingga ke dada. Akhir sekali, selitkan penghujung kain ke bahagian bawah punggung kanan bayi pula.

5. Jangan lupa untuk kemaskan ikatan bedung bayi dengan betul. Jangan terlalu ketat sehingga bayi sukar bergerak dan bernafas. Berilah ruang untuk bayi bergerak sedikit. Anda juga boleh menggunakan bedung bayi yang sedia ada mempunyai butang dan pelekat untuk lebih kemas dan selesa.

Mana satu pilihan kain bedung baby yang ibu ayah paling berkenan untuk anak? Like dan share artikel ini dengan rakan anda yang lain.

Semoga bermanfaat.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Sertai peraduan Breeze dengan mengisi borang di bawah dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sebanyak RM200!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Video Tutorial Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelak Hip Dysplasia

Baca juga: 17 Jenama Lampin Terbaik, Bantu Si Kecil Bergerak Aktif & Selesa Setiap Hari!

Baca juga: 7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

Penulis

Noorhidayah