Kanak-Kanak Mulia Ini Enggan Dirawat Kerana Mahu Bapa Selamatkan Adiknya

Kanak-kanak mulia ini sanggup berkorban dan meminta ayahnya untuk tak merawat sakit beliau demi menyelamatkan adik tercinta. Satu kisah yang menyayat hati.

Kanak-kanak mulia yang ingin selamatkan adiknya

Osteopetrosis ialah penyakit yang jarang sekali didengari. 

Ia adalah penyakit di mana tulang kongenital menjadi terlalu padat. Kesannya termasuklah patah tulang, hilang fungsi saraf kranial dan penghasilan sel darah yang kurang.

Akibat daripada komplikasi itu boleh menyebabkan buta, pekak dan lumpuh otot muka.

Ini bukanlah penyakit yang anda mahu mana-mana anak kecil hidap.

Namun di Henan, China – seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, Wang Yue, terpaksa melalui cabaran ini.

Kami bawakan anda ceritanya bukan untuk buat anda menangis.

Tapi kami ingin meraikan kemuliaan hati, kasih sayang dan kesetiaannya terhadap adik dan keluarganya.

Jom baca lebih lanjut.

selamatkan adik

Niat mulia beliau hanya ingin selamatkan adiknya. Foto ehsan China Press

Kasih sayang adik beradik yang tidak berbelah bagi

Si kecil Wang Yue telah dilaporkan oleh China Press menghidap penyakit yang mengancam nyawanya selepas dia perasan penglihatan matanya kabur.

Kabur tersebut mengganggu minat membaca kanak-kanak ini.

selamatkan adik

Foto ehsan China Press

Namun, keadaan Wang Yue menjadi semakin hari semakin teruk. 

Beliau enggan mengambil ubat-ubatan Barat yang mampu membantu keadaannya. Beliau hanya mahu minum ubatan herba Cina saja setiap hari.

Mengapa?

Kerana adik perempuannya juga menghidap penyakit yang sama. 

Wang Yue mahu menyimpan duit untuk membantu selamatkan adiknya. Beliau mahu bapanya menyimpan duit agar dapat membiayai rawatan adiknya!

“Saya sudah besar, tak apa jika saya tak dapat buat rawatan pun…”

Keluarga Wang Yue telah mendapat penderma tulang sumsum yang sesuai dan berharap agak kedua-dua adik beradik ini berpeluang menjalani pemindahan organ jika semuanya berjalan lancar.

Namun begitu, perbelanjaan pembedahan adalah sebanyak 500,000 yuan (lebih RM300,000) untuk seorang anak!

Ini menyukarkan situasi kedua-dua kanak-kanak malang ini. Lagipun, ayah mereka telah menghabiskan duit simpanan untuk rawatan awalan.

Walaupun setelah dibantu oleh kawan-kawan dan keluarga, mereka hanya dapat mengumpul sekita 200,000 yuan sahaja.

Tahukah anda apakah tindakan berani Wang Yue setelah beliau tahu yang kemungkinan hanya seorang sahaja boleh melalui pembedahan itu?

Beliau menghampiri ayahnya dan membisikkan sesuatu yang sungguh bererti. Lebih-lebih lagi ditutur oleh kanak-kanak sekecilnya!

Foto ehsan China Press

“Sebab kita tak mampu nak pinjam banyak duit, saya tak mahu dirawat, ayah. Ini simpanan saya sikit. Campurkan dengan duit yang ayah pinjam untuk selamatkan adik. Saya sudah besar, tak apa jika saya tak dapat menjalani rawatan pun. Ini sedikit duit yang saya simpan, ambillah.”

Ya Tuhan! Mulianya hati si kecil ini…

Kemudian beliau menyerahkan syiling yang dikumpul itu pada ayahnya.

Kata-kata beliau yang manis dan hatinya yang mulia itu telah menawan hati netizan di China malah di seluruh dunia.

Bersyukurlah, liputan meluas itu berjaya mengumpul lebih banyak dana untuk mereka.

20 cara untuk mendidik anak anda tentang kebaikan

Cerita Wang Yue benar-benar menarik perhatian kerana sifat mulianya yang langsung tak mementingkan diri sendiri.

Bagaimana anda boleh mendidik si manja anda untuk menjadi lebih baik?

Berikut adalah 20 cara:

  1. Bergilir. Tiada siapa yang patut sentiasa mendapat giliran pertama.
  2. Mengucapkan ‘tolong‘ dan ‘terima kasih‘. 
  3. Beralah dengan baik. Tahu beralah sebenarnya lebih penting dari tahu menang. Semua anak harus tahu beralah itu perlu.
  4. Mengalukan kanak-kanak baru. Ajarkan anak anda untuk menjemput kanak-kanak baru untuk duduk makan dan main bersama.
  5. Melawan buli. Ajarkan anak anda untuk tidak turut sama membuli.
  6. Berkongsi
  7. Memuji orang lain. Jika kawan mempunyai baju yang cantik, puji. Semua orang suka dipuji.
  8. Menghormati yang lebih berkuasa. Cikgu, doktor atau orang lebih tua, ajarkan anak anda untuk menghormati semua orang.
  9. Jangan prejudis. Ajarkan anak anda untuk tidak membuatkan keputusan berdasarkan kaum, rupa mahupun jantina.
  10. Memberi kepada yang lebih memerlukan. Berikan yang terbaik bukan sesuatu yang mereka tidak mahu.
  11. Menjadi sukarelawan. Membantu sesiapa yang memerlukan.
  12. Menjaga alam sekitar dengan tidak membuang di merata tempat dan mengutip sampah.
  13. Berbuat baik dengan haiwan. Jangan sesekali membiarkan anak anda berbuat buruk pada haiwan.
  14. Berbuat baik tanpa mengharapkan balasan. Ajarkan mereka untuk berbuat baik dengan ikhlas.
  15. Minta maaf. Meminta maaf sebagai tanggungjawab setelah membuat salah.
  16. Memaafkan dan tidak berdendam
  17. Sentiasa senyum. Tidak kira pada siapa, senyum
  18. Tidak mengejek
  19. Membantu. Keluarga, adik beradik, jiran-jiran, ajarkan mereka untuk ringan tulang membantu orang lain.
  20. Sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Ajarkan nilai mengucapkan ‘saya sayang awak’ kepada mereka.

Baca juga tip-tip di sini : 10 Perkara Yang Membantu Membentuk Anak Anda Menjadi Lebih Baik

Kami di theAsianparent sangat positif yang Wang Yue dan adiknya akan mendapat rawatan yang mereka perlukan.

Kerana kebaikan sentiasa mendapat balasan. Kami mendoakan kesihatan dan kehidupan yang terbaik. Amin!

Sumber: Selfless little girl refuses life-saving treatment, tells father to save baby sister instead

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada Banyak Baju Kanak-Kanak Yang Lama Dan Tak Lagi Dipakai? Dermakan Ia Di Sini!