Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dipukul Tanpa Belas Kasihan Oleh Guru Tuisyen

Tanpa belas kasihan, kanak-kanak 3 tahun ini dipukul dengan batang kayu di muka, bahagian badan dan kepala. Malah guru tuisyen sendiri yang memukulnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak ini dipukul tanpa belas kasihan

Kejam. Hanya itu yang tertutur di bibir saya sekarang.

Sementara kita masih bersedih dengan kejadian sekolah tahfiz terbakar dan ramai ibu bapa kehilangan anak-anak tercinta, malah kes buli di hadapan 50 pelajar yang membunuh seorang kanak-kanak, kes ini pula terjadi.

Kali ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun pula dipukul tanpa belas kasihan oleh guru tuisyennya. 

Beliau bernama Dev Kashyap dan kejadian ini berlaku di Pune, India. 

Di mana sifat kasih sayang yang sepatutnya diberikan pada anak-anak kecil? Apa sekarang anak-anak kecil ini gemar dijadikan target sasaran kerana mereka lemah?

Kashyap dilaporkan telah dipukul dengan bertubi-tubi menggunakan batang kayu. Beliau bukan saja dipukul di muka, malah di beberapa bahagian badan hingga naik kesan bengkak!

Yang kasihannya, kesan bengkak itu sungguh teruk dan tak surut hingga 3 hari. Ya Tuhan...

Kanak-kanak dipukul dan dibiarkan pengsan

Laxmi, 24 tahun - ibu kepada mangsa memberitahu pihak media, sebelum dia ke tempat kerja, dia meminta suaminya menghantar anak mereka ke pusat tuisyen tersebut.

Pusat tersebut dijadikan tempat untuk belajar, sama seperti tadika.

Namun, petang itu ibu mertua Laxmi ingin mengambil cucunya pulang. Setibanya di pusat tersebut, dia terkejut melihat Kashyap tak sedarkan diri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nenek yang ketakutan itu pantas membawa cucunya pulang ke rumah dan memberikan beliau air. Ketika itu, bengkak di muka dan badan mangsa kelihatan teruk.

Kashyap juga mula muntah-muntah

Apabila Laxmi tiba di rumah ibu mertuanya, dia terkejut melihat keadaan anak lelakinya itu. Kawasan di sekitar mata Kashyap kelihatan merah dan beliau tak beri sebarang respon apabila dipanggil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekitar pukul 9 malam, ibu bapa Kashyap terus membawanya ke hospital.

Guru tuisyen memukul kanak-kanak hingga muka bengkak

Oleh sebab kesan lebam di sekitar muka dan badan Kashyap jelas kelihatan, kedua ibu bapanya menyoal perkara ini pada anaknya. 

Anak kecil yang tak bersalah itu terus mengatakan bagaimana guru tuisyen beliau memukulnya dengan batang kayu. Beliau dipukul di tangan, belakang badan, muka dan kepala.

Terkejut dengan penjelasan mangsa, ibu bapa terbabit pantas melaporkan perkara ini pada pihak polis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru tuisyen itu hanya berusia 19 tahun!

Namun yang menyedihkan, setelah ibu bapa mangsa tahu hal ini, guru tuisyen itu meminta laporan ditarik dan dia sanggup bayar kos perubatan kanak-kanak itu! 

Tapi, ibu bapa mangsa tekad. Sebaik saja polis menerima laporan, guru tersebut terus ditahan di dalam lokap. 

Kini, dia disabitkan dengan kesalahan di bawah undang-undang juvanil atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kredit: The Daddy Files

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penderaan ke atas kanak-kanak makin meningkat!

Tempoh hari, kami melaporkan kes bayi 11 bulan diculik dan dirogol dan bayi dicampak oleh pengasuh.

Hal ini mencetuskan kerisauan di hati ibu bapa. Adakah kanak-kanak tidak lagi selamat? 

Mereka bukan saja tak selamat di sekolah, tapi kadang-kadang dekat rumah pun tak! Lihatlah apa yang terjadi pada seorang kanak-kanak yang dirogol sebanyak 623 kali oleh bapanya sendiri di rumah mereka.

Dera bukan setakat patah tulang atau kesan lebam

Ingat ibu bapa semua: dera bukan sekadar keganasan seksual atau fizikal.

Dera bermaksud melayan dengan penuh kekejaman dan keganasan secara berulang-ulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penderaan emosi juga dikira sebagai satu bentuk dera. Malah, ia boleh mendatangkan trauma pada hidup mangsa.

Ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa bersifat menyokong. Ikut peraturan ini:

  • Jangan ambil mudah kes penderaan kanak-kanak
  • Pastikan anak-anak tahu jika mereka cerita perkara sebenar, mereka tak salah
  • Tunjuk yang anda percaya anak-anak
  • Pastikan mereka rasa selamat
  • Sentiasa tahu aktiviti yang dilakukan anak-anak

Sumber rujukan: theIndusparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris