''Moga Ada Keadilan Buatmu,'' Nurse Dedah Sikap Sebenar Bella Ketika Dirawat Di Hospital

Kanak-kanak OKU yang didera, Bella dikatakan masih berada di dalam keadaan trauma sehinggakan tidak dapat tidur lena pada waktu malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum sedia maklum, pada Julai tahun lalu, media sosial pernah dibanjiri oleh isu mengenai penderaan fizikal kepada seorang kanak-kanak OKU yang dikenali sebagai Bella. Oleh disebabkan itu, hashtag #JusticeForBella juga pernah trending di Twitter, Facebook, dan juga Instagram.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:

  • Seluruh negara berduka, kanak-kanak OKU dilayan begitu kejam
  • Nurse yang merawat dedah sikap Bella di hospital 

Pada 20 Ogos 2021, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu.

Seluruh negara berduka, kanak-kanak OKU dilayan begitu kejam

Menurut laporan Bernama, Siti Bainun, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pada Rabu (30 Mac) memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa remaja perempuan Down Sindrom dikenali sebagai Bella ada menceritakan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, menjelaskan bahawa Bella memaklumkan kejadian itu ketika mereka berada di dalam ambulans untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan remaja berkenaan dilihat berada dalam keadaan trauma.

“Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi. Bella yang memanggil saya ‘mommy’ mengatakan dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat,” jelas Zurianty.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nurse yang merawat dedah sikap Bella di hospital 

Menerusi satu video di Facebook (Malik Yusof), pengasuh kepada kanak-kanak OKU tersebut telah membongkar tentang keadaan Bella sepanjang berada di hospital berkenaan.

Menurutnya, Bella adalah seorang anak yang baik namun dia tidak boleh terlalu rapat dan baik dengan semua orang pada ketika itu kerana dilihat masih ‘takut-takut’. Ketika malam waktu tidur, Bella akan menjerit dan tidak akan lena tidurnya.

Ini kerana dia dipercayai tidak boleh mendengar bunyi bising dan setiap malam pengasuhnya itu perlu monitor keadaan Bella untuk memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kadang-kala pengasuh itu perlu menetup dan zikir dahulu, barulah Bella boleh tidur dengan nyenyak.

Tapi apa yang menariknya, hampir kesemua makcik di hospital mengenali Bella, sebab dia ringan tulang juga. Suka membantu orang-orang lain buat kerja. Tahap rajin kanak-kanak OKU ini sehinggakan dia akan menarik tangan pengasuh tersebut untuk disuruh melayan dirinya belajar menulis dan sebagainya.

Apa yang diajar oleh pengasuh itu, diangguk-angguk sahaja oleh Bella. Dia seakan mengerti apa yang dipelajarinya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Masa dia discharge, ingat tak sempat jumpa. Alhamdulillah, mereka datang ambil Bella, dia nampak happy. Tapi kes masih berjalan, semoga urusanmu dipermudahkan sayang,” kata pengasuh itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Latih Fokus Anak Speech Delay Dengan 3 Cara Ini, Ada Ibu Yang Dah Buat & Ia Berkesan!

Baca Juga: Mangsa Influenza PERTAMA OKU Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Menghidap Demam

Baca Juga: Orang Kurang Upaya (OKU) Bukan Satu Bentuk Pembelaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.