Adakah Pertumbuhan Anak Anda Terbantut? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Adakah anak anda kelihatan "lebih kecil" daripada rakan sebayanya? Semestinya, setiap anak membesar mengikut kadarnya yang tersendiri, tetapi jangan terlalu cepat membuat tanggapan. Mungkin ada masalah pertumbuhan yang tidak anda ketahui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda bahawa Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) merekodkan bilangan kanak-kanak terbantut meningkat daripada 17.2% (2006) kepada 20.7% (2016)1?

Hakikatnya satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia terbantut!

Apakah itu Bantut? 

Bantut secara amnya bermaksud kegagalan mencapai potensi tumbesaran yang seiring dengan usia yang sepatutnya.  Definisi bantut menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah “pertumbuhan dan tumbesaran yang terganggu pada kanak-kanak disebabkan oleh kekurangan zat makanan, jangkitan penyakit yang berulang dan rangsangan psikososial yang tidak mencukupi”. 

Apakah yang Menyebabkan Kanak-kanak Terbantut?

Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai ukuran tinggi bagi umur lebih rendah daripada dua sisihan piawai (standard deviation) berdasarkan median piawai pertumbuhan kanak-kanak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO Growth Chart for Children), kanak-kanak itu dikategorikan sebagai mengalami kebantutan2 (rujuk Graf Tumbesaran Kanak-kanak Pertubuhan Kesihatan Dunia di Appendix A dan B).  

Bantut pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dibawah ini adalah punca-punca bantut di kalangan kanak-kanak di Malaysia seperti yang dijelaskan oleh Dr Nazrul Neezam Pakar Gastroenterologi Pediatrik dan Hepatologi:

  • Kekurangan nutrisi

Kanak-kanak memerlukan pengambilan kalori dan nutrien penting yang secukupnya untuk membesar dengan sihat. Kekurangan nutrien penting bukan hanya mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak tetapi juga melemahkan sistem imun badan mereka.3

  • Penyerapan nutrisi makanan yang lemah

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketidakhadaman, pertumbuhan bakteria dan ketidakupayaan tubuh menyerap nutrien telah dikenalpasti mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut merupakan punca utama penyakit seperti Penyakit refluks gastroesophageal atau juga dikenali sebagai GERD. Penyakit GERD menyebabkan muntah dan ketidakhadaman di kalangan kanak-kanak serta penyakit Seliak (Celiac disease) yang melambatkan pergerakan usus yang mengakibatkan peningkatan kepekatan bakteria di dalam badan. Cirit-birit akut yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus serta radang pada usus juga boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak. Masalah ini akan membawa kepada penurunan berat badan, kehilangan nutrien dan juga sakit perut.3 

  • Ketidakupayaan tubuh menggunakan nutrien 

Kekurangan hormon akan menyebabkan tubuh badan sukar menyerap nutrien dengan baik. Sebagai contoh, tubuh kanak-kanak yang menghidap hyperthyroidism tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi metabolisme yang baik dengan secukupnya. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang menghidap hyperthyroidism ini, walaupun tidak selalunya terjadi, mungkin bukan sahaja mengalami bantut malah lewat mencapai akil baligh, pertumbuhan gigi yang tertunda serta perkembangan minda yang lemah.3

Faktor-faktor lain termasuk kehamilan remaja, pemakanan ibu yang kurang bernutrisi, kemiskinan yang menyebabkan kurangnya akses kepada penjagaan kesihatan dan sumber makanan yang sihat, serta kebersihan dan sanitasi yang kurang memuaskan dan kurangnya rangsangan minda daripada ibu bapa dan penjaga.2,4

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan Jangka Panjang Bantut

Bantut tidak boleh dirawat.2 Oleh itu, ibu bapa tidak boleh mengambil ringan tentang masalah ini kerana tidak seperti berat badan kanak-kanak yang boleh dikurangkan, ketinggian kanak-kanak bantut tidak akan dapat dipulihkan semula.1 Berikut merupakan kesan jangka-panjang akibat bantut pada kanak-kanak: 

  • Kelewatan perkembangan kognitif dan fizikal2
  • Kemampuan mental yang terganggu sehingga mempengaruhi keupayaan belajar2
  • Prestasi yang kurang baik di sekolah2
  • Berisiko menghidap penyakit-penyakit kronik2

Kesimpulannya, kanak-kanak yang mengalami masalah bantut tidak dapat menjalani kehidupan yang sihat dan gembira di awal usia mereka, dan ini akan memberikan kesan yang mendalam pada kehidupan mereka di masa akan datang. 

Bagaimana Mencegah Bantut?

Kini, setelah anda memahami betapa seriusnya masalah bantut pada kanak-kanak, anda perlulah mengambil langkah pencegahan dari awal. Telah diketahui bahawa kekurangan nutrisi makanan adalah punca utama berlakunya bantut di kalangan kanak-kanak. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik harus diutamakan untuk mencegah bantut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan anak anda nutrien lengkap dan seimbang setiap hari. Cara paling mudah untuk memastikan anak anda mendapat nilai kalori dan nutrien dalam jumlah yang mencukupi setiap hari adalah dengan mengikuti garis panduan ‘Pinggan Sihat Malaysia’ yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia5, iaitu #sukusukuseparuh. Garis panduan ini mengesyorkan makanan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah terdiri dari pelbagai kumpulan makanan setiap hari dengan dengan nisbah ¼ protein, ¼ karbohidrat dan ½ buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kredit: Pinggan Sihat Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk menanamkan tabiat pemakanan yang baik, anda juga boleh mengehadkan masa makan mereka kepada 20-30 minit sahaja pada setiap waktu makan. Ini adalah demi membantu mereka untuk belajar makan sendiri (anda haruslah banyak bersabar!). Selain itu, elakkan gangguan dari “gadget” semasa makan, jangan gunakan makanan sebagai ganjaran dan perkenalkan makanan baru setiap minggu serta tambahkan selera makan mereka dengan memberikan 3 makanan berat dan 2 snek setiap hari. Akhir sekali, berikan mereka ganjaran untuk setiap kelakuan baik dan gunakan waktu “time-out” untuk melatih mereka sekiranya mereka berkelakuan sebaliknya. 

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, galakkanlah anak anda untuk mengamalkan gaya hidup aktif. Bawalah mereka beriadah dan bermain di luar rumah. Senaman adalah baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana senaman menjadikan mereka lebih kuat dan sihat. Dengan beriadah juga mereka dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya, sekaligus dapat memperbaiki keyakinan diri, mengurangkan tekanan dan menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. 

Kredit: iStock

Jadi, ingatlah nasihat kami untuk tidak mengambil mudah soal bantut yang dialami oleh kanak-kanak. Kini, dengan PediaSure GrowthCam, ibu bapa boleh mengikuti perkembangan anak mereka dengan mudah sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak boleh mencapai 60% daripada ketinggian dewasa mereka apabila mereka berusia 5 tahun6. Namun, setiap 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut. Oleh itu, penting bagi anda untuk mengikuti dan memerhatikan perubahan ketinggian anak-anak anda dengan lebih kerap dan tumpukan perhatian kepada nutrisi pemakanan mereka pada lima tahun yang pertama kerana tempoh ini merupakan “golden window” dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Sokong Pertumbuhan Optimum Anak Anda Dengan PediaSure 

Untuk membantu pertumbuhan anak-anak anda, tingkatkanlah pengambilan nutrisi harian mereka dengan PediaSure. Pediasure lengkap dan seimbang dengan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak dan terbukti secara saintifik dapat mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak serta mengurangkan bilangan hari sakit mereka.7

*Alarcon PA, et al. Effect of oral supplementation on catch-up growth in picky eaters. Clin Pediatr (Philia). 2003;42(3):2019-17. 50% is based on calculated value.

PediaSure diformulasikan dengan Arginina, Vitamin K2 semulajadi and Kalsium untuk tulang yang lebih panjang dan kuat.8,9

Semak ketinggian anak anda berdasarkan jantina dan umur mereka dengan cepat dan mudah, dengan Pediasure GrowthCam, yang boleh didapati di  https://pediasure.com.my/. Lakukannya setiap bulan, hanya di rumah anda saja! 

Lihat bagaimana PediaSure dapat membantu kanak-kanak di Malaysia berdiri tinggi dan tegap di www.standtallerwithpediasure.com


Sertai peraduan ini dengan memberitahu kami apakah cita-cita anak anda dan rebut peluang memenangi produk Pediasure untuk setahun + sebuah Apple iPad!

RUJUKAN

  1. National Health and Morbidity Survey 2019: Factsheet. Available from: https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/05/5.-Fact-Sheet-NHMS-2019-English.pdf Last accessed 2 July 2020.
  2. Stunting in a Nutshell. Available from: https://www.who.int/news/item/19-11-2015-stunting-in-a-nutshell
  3. Belajar & Cegah Kanak-Kanak Daripada Terbantut. Available from: https://mypositiveparenting.org/ms/2016/06/26/belajar-dan-cegah-kanak-kanak-daripada-terbantut/
  4. Stunting: What Is It and What It Means. Available from: https://www.concernusa.org/story/what-is-stunting/#:~:text=Some%20common%20factors%20linked%20to,for%20children%20and%20their%20mothers 
  5. Panduan Pinggan Sihat Malaysia. Available from: https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2414?mid=891 
  6. WHO Growth Standards, 2007.
  7. Huynh DTT et al. 5th International Conference on Nutrition & Growth 2018. Oral nutritional supplementation improved linear growth in Filipino children at nutritional risk.
  8. Van Vught AJ et al. Dietary arginine and linear growth: The Copenhagen school child intervention study. Br J Nutr (2013), 109, 1031-1039.
  9. Van Summeren MJ et al. Vitamin K status is associated with childhood bone mineral content. Br J Nutr (2008), 100, 852-858.

*Alarcon PA, et al. Effect of oral supplementation on catch-up growth in picky eaters. Clin Pediatr (Phila). 2003;42(3):209-17. 50% is based on calculated value.

APPENDIX A

HEIGHT-FOR-AGE (BOYS)

APPENDIX B

HEIGHT-FOR-AGE (GIRLS)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Awas, Ibu! Jangan Terlalu Ikut Kehendak Selera Anak Kerana Ada Makanan Yang Boleh Membantutkan Tumbesaran Mereka

Baca juga:  Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..

Baca juga:  Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!