Manfaat Hati Ayam Untuk Si Manja, Ia Mencegah Anemia & Meningkatkan Imunisasi Badan

Tahukah anda bahawa kandungan hati ayam memberikan manfaat baik terhadap kesihatan dan perkembangan anak? Namun perlu diambil dalam kuantiti yang betul ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang mula diperkenalkan dengan makanan pejal dan anak masih kecil pastinya tidak asing lagi dengan hati ayam. Sebenarnya kandungan hati ayam memiliki pelbagai vitamin baik berupaya membantu proses perkembangan si manja ke tahap optimum.

Tidak dinafikan ayam merupakan salah satu jenis daging putih yang sering dimakan dan hampir keseluruhan bahagiannya digemari oleh semua termasuklah kaki ayam, hati dan usus.

Kandungan hati ayam memberi kebaikan jika makan berpada-pada

Ayam merupakan sumber protein yang selamat diambil kerana ia tidak mengandungi lemak terlalu tinggi.

Menurut data nutrisi U.S Department of Agriculture, hati ayam pada dengan nutrisi seperti protein, zat besi, folat, omega, selenium, fosforus, zink dan pelbagai vitamin. Antara kandungan hati ayam ialah:

  • Vitamin A sebanyak 12,228 i.u.
  • Vitamin B-12 sebanyak 18 mikrogram
  • Folat sebanyak 476 mikrogram
  • Riboflavin sebanyak 2 miligram
  • Vitamin B-6 sebanyak 0.7 miligram
  • Vitamin C sebanyak 2.3 miligram
  • Niasin sebanyak 11.8 miligram
  • Thiamine sebanyak 0.25 miligram

#1. Membantu mencegah kekurangan zat besi (anemia)

Kombinasi zat besi, zink dan vitamin B di dalam hati ayam sangat diperlukan oleh tubuh anak dalam pembentukan hemoglobin atau sel darah merah untuk mencegah terjadinya anemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu boleh menyediakan hati ayam bersama dengan makanan yang mengandungi vitamin C seperti tomato, brokoli, lemon, paprika atau sayuran berwarna hijau untuk mengoptimumkan penyerapan zat besi oleh tubuh.

#2. Menjaga kesihatan mata

Tidak disangka, makan hati ayam sebenarnya adalah salah satu sumber makanan yang tinggi vitamin A, ia membantu menjaga kesihatan mata serta fungsi penglihatan.

Setiap 100 gram hati ayam memiliki sehingga 267 peratus keperluan vitamin harian si manja sehingga tidak perlu diambil terlalu banyak untuk memperoleh manfaatnya.

#3. Mempercepatkan penyembuhan luka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian yang dilakukan oleh National Institutes of Health, kandungan zink adalah antara keperluan mineral memiliki peranan penting dalam proses perkembangan, metabolisme tulang, sistem saraf pusat dan pembaikan DNA, terutamanya proses penyembuhan luka.

Jadi dengan mengambil hidangan hati ayam bersaiz 100 gram sudah boleh memenuhi sekitar 27 peratus keperluan zink yang diperlukan oleh anak setiap hari.

#4. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sebelum ini ibu ayah mengetahui bahawa vitamin C dapat dijumpai dalam buah dan sayur-sayuran, namun ternyata hati ayam turut mengandunginya. Jika anda menyediakan sebanyak 100 gram, ia memenuhi 47 peratus keperluan vitamin C untuk setiap hari.

Kombinasi vitamin C dan zat besi ini menjadikan ia salah satu sumber makanan terbaik untuk kesihatan si manja

#5. Menyokong proses perkembangan 

Kandungan hati ayam adalah salah satu sumber protein lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan tubuh si manja untuk berkembang dan berfungsi dengan baik. 

Dalam hal ini, asid amino merupakan salah satu kompisisi penting tubuh melibatkan semua fungsi dan elemen tubuh termasuklah pertumbuhan, pembaikan sel, produksi hormon dan melancarkan fungsi kognitif.

Kehadiran vitamin B dalam hati ayam turut berperanan membekalkan sumber tenaga serta pembaikan DNA. Menurut Nutrition Advance, setiap 100 gram hati ayam memenuhi sehingga 287 peratus keperluan harian B12.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan bekalan yang mencukupi, si manja mampu terhindar dari penyakit kardiovaskular, masalah saraf dan depresi.

Ambil dalam kuantiti sederhana

Meskipun hati ayam sangat kaya dengan nutrisi, jika anak mempunyai masalah tertentu atau alahan, patut berhenti dari mengambilnya. Ini termasuklah anak yang mempunyai tahap kolestrol tinggi, penyakit buah pinggang dan wanita mengandung.

Kandungan fosforus terlalu tinggi boleh mengakibatkan kalsium ditarik dari tulang. Manakala, kandungan vitamin terlalu tinggi pada wanita hamil berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran.

Anak-anak yang sihat boleh mengambil hidangan kecil hati ayam dari semasa ke semasa, namun ibu ayah perlulah menyediakannya dalam kuantiti berpada-pada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadkan jumlah makanan mengandungi kolestrol tinggi yang diambil pada masa sama. Ibu ayah juga perlu memastikan hati ayam diperoleh masih segar, tidak busuk atau berwarna pucat. Hidangan yang paling disukai oleh orang ramai ialah secara goreng, sup atau kari hati ayam.

Sumber: Tribunnews

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhati-lembu