Ada ke tak ibu-ibu yang mencari jalan menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu? Terutamanya untuk bayi pramatang atau bayi yang ada berat badan lahir yang sangat rendah?
Jika anda bimbang dengan kandungan lemak dalam susu badan anda yang mungkin tidak cukup, baca artikel ini untuk mengetahui cara menambah kandungan lemak dalam susu ibu.
Percaya dengan susu sendiri
Apabila anda menyusu terus dari payudara, anda tidak dapat melihat jumlah susu yang diminum atau jika kandungan lemaknya tinggi. Anda hanya boleh percaya dengan keupayaan badan untuk menghasilkan susu terbaik dan secukupnya buat si manja.
Perbezaan kandungan lemak dalam susu ibu
Susu awal dan susu akhir
Biarpun anda mencuba pelbagai makanan penambah susu, ia tidak semestinya akan meningkatkan kandungan lemak dalam susu ibu. Ini hanya akan menukar jenis lemak yang akan dibekalkan kepada bayi anda.
Selain itu, kita tahu susu awal adalah lebih cair dan kurang lemak kerana fungsinya adalah untuk mengurangkan rasa dahaga bayi anda. Susu berlemak untuk mengenyangkan bayi, semuanya terdapat dalam susu akhir.
Jadi apa cara untuk menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu?
Saya hanya dapat tahu trick ini selepas anak kedua saya. Badan saya telah menghasilkan terlalu banyak susu dan saya sering mengalami masalah saluran susu yang tersekat.
Walaupun saya tidak mencuba cara yang pelik ini untuk melegakannya, sebaliknya saya telah mengambil suplemen Lecithin. Ia tidak hanya membantu melancarkan susu dan menghalang saluran susu dari tersekat, saya perasan susu yang dipam keluar nampak lebih berlemak.
Apabila anda mengambil Lecithin ia boleh membantu mengelak saluran susu dari tersekat dengan cebisan-cebisan lemak dalam susu ibu. Suplemen ini akan menjadikan susu anda menjadi lebih “licin” dengan menggalakkan pengemulsian lemak dengan susu badan.
Dr. Jack Newman, pakar perubatan dan penyusuan susu ibu dari Kanada berkata –
“Lecithin adalah suplemen makanan yang boleh membantu ibu untuk mengelak saluran susu dari tersekat. Lecithin mengurangkan kelikatan (melekat) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak tidak tepu dalam susu.“
Hasilnya ialah susu ibu yang mempunyai peratusan asid lemak yang lebih tinggi.
“Ia selamat untuk diambil, agak murah, dan berkesan untuk ibu menyusu. Dos sesuai diambil oleh ibu menyusu yang ingin menambahkan kandungan lemak adalah 1200 mg, 4 kali sehari.“
Cuba tengok lapisan lemak yang berkumpul di atas! Hebat bukan?
Bentuk pil suplemen Lecithin agak besar tapi ia tidak susah untuk ditelan. Jika anda ingin menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu, cubalah cara ini.
Kongsi dengan kami jika ia telah memberi kesan yang positif untuk ibu-ibu sekalian. Selamat mencuba dan semoga ia berkesan untuk anda.
Gambar diambil dari Biomarkers & Milk
Sumber: Joyfulabode
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com8-cara-untuk-meningkatkan-susu-badan/