Tak Sangka Sabun Juga Ada Bahan Berbahaya , Sila Semak Sebelum Guna Ya Ibu Hamil

Walaupun bahan kimia ini sudah tidak digunakan dalam penghasilan sabun, namun masih ada segelintir yang masih mengandunginya. Jadi lebih baik kita berwaspada ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sabun merupakan kelengkapan mandi yang paling kerap kita gunakan setiap hari. Tetapi tahukah anda, terdapat kandungan sabun yang berbahaya pada beberapa jenis sabun tertentu?

Berdasarkan Mayo Clinic,  Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan peraturan yang menyatakan bahawa produk sabun antiseptik yang mengandungi triclosan dan triclocarban tidak lagi boleh dipasarkan kepada pengguna. Antara produk yang terlibat adalah sabun cecair, sabun foam, gel tangan, sabun buku, ubat gigi dan banyak lagi jenis sabun.

Triclosan juga tidak hanya ditemui dalam kandungan sabun, malah sering juga ditambah dalam bahan pakaian, peralatan memasak, perabot dan alat permainan tertentu bagi mengurangkan atau mencegah bakteria, namun ia dinyatakan bahaya oleh FDA!

Bahaya Kandungan Sabun Triclosan Bagi Manusia

Kajian telah menunjukkan yang triclosan sememangnya berbahaya untuk manusia, antaranya:

  • Mengubah hormon pada haiwan dan manusia.
  • Menjadikan bakteria pada tubuh lebih kuat dari antibiotik.
  • Melemahkan kekebalan tubuh.

Bagaimana Kandungan Sabun Triclosan Boleh Mengganggu Kesihatan?

Ketika anda menggunakan produk sabun yang mengandungi triclosan, anda sebenarnya menyerap sejumlah kecil zat melalui kulit atau mulut anda. Berdasarkan kajian pada 2008, triclosan ditemui dalam urin pada 75% responden yang menyertai kajian tersebut yang membuktikan bahan kimia ini mudah menyerap dan menimbulkan bahaya pada tubuh manusia.

Triclosan Boleh Menyebabkan Kekebalan Antibiotik

Berdasarkan Web MD, kekebalan antibiotik merupakan ancaman kesihatan yang serius. Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (Centers for Disease Control and Prevention), hampir 25,000 orang di Amerika Syarikat meninggal setiap tahun akibat infeksi kerana tubuh mereka telah resisten (kebal) terhadap antibiotik.

Menurut Hartmann, salah satu cara untuk mengurangi ancaman kematian itu adalah dengan berhenti menggunakan produk sabun, ubat gigi atau sebarang produk yang mengandungi triclosan.

“Sebahagian besar mikroba di sekitar kita tidak selamanya bersifat buruk dan bahkan mungkin baik bagi kesehatan. Sama sekali tidak ada alasan untuk menggunakan sabun dengan kandungan antibakteri khusus, kerana sabun biasa sudah cukup,” tegasnya.

Selain itu, triclosan bukanlah bahan yang sangat penting. Tidak ada bukti bahawa sabun antibakteria yang mengandungi triclosan lebih efektif daripada sabun biasa dalam mencegah penyakit dan penyebaran penyakit tertentu, menurut FDA.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak pengeluar produk mereka. Jika anda khuatir tentang bahaya triclosan, semak label untuk memastikan tiada bahan kimia berbahaya ini dalam produk tersebut ya.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pencuci muka apa yang selamat untuk ibu hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkajian-hand-sanitizer-ternyata-berbahaya-bagi-kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman