Terima Suntikan Vaksin Ketika Hamil, Wanita Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19

Kandungan vaksin Covid-19 menjadi isu hangat dalam masyarakat. Namun tahukah anda ia berupaya melahirkan bayi dengan antibodi terhadap virus berkenaan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini seluruh masyarakat dunia digemparkan dengan pelbagai isu mengenai kandungan vaksin Covid-19 yang dikatakan boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun setiap negara dikatakan menerima jenis vaksin berbeza mengikut nasihat pihak kesihatan masing-masing.

Banyak maklumat yang tidak sahih berkaitan vaksin telah tersebar di media sosial sehingga mendatangkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Ada juga yang menolak program vaksin berkenaan kerana mempertikaikan status halal kepada orang Islam, kandungan vaksin boleh mengancam nyawa serta kesan sampingannya.

Kandungan vaksin telah melahirkan bayi dengan antibodi Covid-19

foto: istock

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Astro Awani, seorang wanita telah berjaya melahirkan bayi dengan memiliki antibodi Covid-19 selepas dirinya menerima suntikan vaksin ketika mengandung.

Berita ini dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat. Menurut kenyataan seorang doktor, bayi berkenaan dikatakan telah menerima antibodi daripada ibunya yang telah disuntik vaksin Covid-19 sewaktu hamil.

”Ini adalah kes pertama dalam dunia yang melaporkan seorang bayi berjaya dilahirkan dengan antibodi Covid-19 selepas ibunya disuntik ketika mengandung,” jelas pakar Kanak-Kanak, Paul Gilbert.

Wanita berkenaan yang bekerja sebagai petugas kesihatan didapati menerima suntikan vaksin keluaran Moderna sewaktu usia kandungannya 36 minggu. Dia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada hujung bulan Januari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sampel darah daripada bayi tersebut juga diambil. ”Kami telah melakukan ujian terhadap sampel berkenaan untuk melihat jika antibodi daripada badan ibunya telah dipindahkan kepada bayi kerana ia sering berlaku dengan vaksin lain jika disuntik ketika seorang wanita sedang hamil,” jelas Dr Gilbert.

Wanita Singapura dijangkiti Covid-19, bayi memiliki antibodi terhadap virus tersebut

Sebelum ini laporan mengenai seorang wanita Singapura yang dijangkiti Covid-19 ketika hamil juga telah berjaya melahirkan bayi dengan antibodi terhadap virus berkenaan pada November lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: istock

Bayinya juga dikatakan bebas Covid-19 dan dilaporkan memiliki antibodi terhadap virus tersebut. Ini sekaligus memberikan petunjuk baharu mengenai status jangkitan daripada ibu kepada bayi dalam kandungan.

Menurut wanita terbabit, Celine Ng-Chan, doktor mengesyaki dirinya telah memindahkan antibodi kepada bayi semasa mengandung. Dia juga mengatakan menerima rawatan di hospital selama 3 minggu ketika dijangkiti Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan bahawa belum ada bukti yang kukuh bahawa ibu hamil yang dijangkiti Covid-19 boleh menyebarkan virus berkenaan kepada bayi semasa mengandung atau melahirkan.

Sehingga kini, belum ada virus aktif dijumpai dalam sampel cecair berhampiran bayi dalam rahim atau susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian vaksin Covid-19 terhadap wanita hamil

Pada bulan Februari lalu, Pfizer dan BioNTech telah memulakan kajian antarabangsa melibatkan seramai 4,000 sukarelawan bagi menilai tahap keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19 untuk golongan ibu hamil.

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat telah menggesa agar kajian teliti dilakukan bagi mengetahui kesan vaksin Covid-19 terhadap wanita hamil dan menyusukan bayi.

foto: freepik

Ramai pakar vaksin dan kesihatan kehamilan sebelum ini telah berdebat mengenai isu ibu hamil yang sepatutnya dimasukkan ke dalam ujian awal vaksin agar mereka tidak perlu menunggu lama sehingga peringkat penghasilan telah selesai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehubungan dengan itu, para pengeluar ubat-ubatan perlu melakukan kajian keselamatan vaksin terhadap haiwan bunting sebelum ia disuntik kepada wanita hamil bagi memastikan bayi dalam kandungan benar-benar selamat.

Hasil daripada kajian berkenaan, beberapa syarikat telah melaporkan bahawa tidak menerima sebarang tanda risiko baharu. Selain itu, wanita hamil di negara ini sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Kesimpulannya meskipun vaksin adalah penting dan sebagai melindungi diri, pihak kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan semua rakyat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ini. Sebaliknya, hanya diberikan secara sukarela terutama kepada individu yang berisiko tinggi.

Justeru, seluruh masyarakat hendaklah bekerjasama memainkan peranan masing-masing dalam membanteras penyebaran virus Covid-19 ini agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sumber: Astro Awani, Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan