UPT Positif, Tetapi Bila Scan Kantung Kosong, Kenapa? 9 Tanda Kehamilan Kosong Anda Patut Tahu!

Seringkali kita dengar mengenai kantung kosong tetapi si wanita disahkan hamil melalui ujian kit kehamilan. Bolehkah perkara ini berlaku?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda dengar, ada wanita yang keputusan kit ujian hamil (UPT) menunjukkan tanda positif, tetapi bila pergi ke klinik atau hospital dikatakan kantung kosong? Bagaimana ia berlaku?

Ada banyak wanita yang menceritakan mereka disahkan hamil tetapi tidak menjadi dan dikira mengalami keguguran. Rahimnya dicuci dan turut berpantang seperti ibu lepas bersalin.

Kehamilan jenis ini dikenali sebagai kehamilan kosong atau Blighted Ovum.

Kantung kosong? Apakah maksudnya?

Kehamilan kosong atau satu kongsia  adalah satu proses kehamilan yang terjadi apabila sel ovum telah bercantum dengan sel sperma dan menempel pada dinding rahim.

Bagaimanapun, embrio tidak berkembang atau tidak terbentuk sama sekali walaupun kantung sudah terbentuk. 

Wanita yang mengalami kehamilan kosong akan tetap mengalami tanda-tanda kehamilan biasa. Walaupun plasenta terbentuk dan tidak memiliki embrio, kita akan tetap mengalami perubahan seperti kenaikan HCG.

Mengapa kehamilan kosong terjadi?

Kredit:kehamilankosong

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapakah kehamilan kosong terjadi? Malah ada juga yang kadang kala mengaitkannya dengan kisah mistik, sejauh mana betulnya, tiada juga kajian yang pasti. 

#1. Tanda kromosom tidak normal

Ada sesetengah wanita hamil akan mengalami keguguran sebelum minggu kelapan kehamilan. Kehamilan kosong ini adalah salah satu tanda apabila tubuh ibu mengenali ada kromosom yang tidak dikenal atau tidak normal berkembang pada janin.

Secara semula jadi, tubuh akan menolak untuk melanjutkan proses perkembangan janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sel tidak sempurna

Kehamilan ini boleh terjadi ketika ada sel yang terbahagi secara tidak sempurna akibat kualiti sel sperma dan sel ovum yang berkualiti.

Kehamilan kosong juga sangat dipengaruhi oleh faktor genetik dari suami dan isteri.

9 tanda kehamilan kosong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang tertanya-tanya, ada tanda kehamilan kosong yang mungkin kita terlepas pandang selama ini atau kita juga mungkin tidak tahu ia sebenarnya adalah tanda-tanda kehamilan kosong.

#1. Lambat datang haid

Pada tahap awal kehamilan kosong, wanita hamil juga akan mengalami lambat datang bulan tetapi tidak mempunyai gejala alahan sekiranya kantung tidak berkembang.

#2. Ujian air kencing positif

Wanita dengan kehamilan kosong juga akan mendapat hasil ujian air kencing positif hamil sama seperti ibu hamil yang lain kerana sel sperma dan ovum tetap menempel pada dinding rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Perut kembung

Perut kembung dan tidak selesa juga akan dialami oleh wanita dengan kehamilan kosong sama dengan sesetengah ibu hamil yang lain.

#4. Sakit dada

Sakit dada seperti tekanan yang kuat adalah antara tanda kehamilan kosong. Bagaimanapun, ada sesetengah ibu hamil turut mengalami masalah ini.

Sakit dada ini berkaitan dengan jumlah oksigen yang rendah dalam tubuh ibu dan reaksi akibat proses pembuahan dari sel telur dan sel sperma namun sebenarnya gagal berkembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Morning sickness

Wanita dengan kehamilan kosong juga boleh mengalami gejala alahan yang teruk. Jadi, memang sukar untuk mengenal pasti kehamilan kosong dengan tanda-tanda ini.

#6. Sakit kepala

Sakit kepala yang lebih teruk daripada kehamilan biasa adalah tanda kehamilan kosong.

#7. Kantung kosong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: babylist

Pada pemeriksaan USG yang dilakukan pada minggu ke-7, kantung akan terbentuk sempurna dan jika tidak ada embrio yang berkembang. Doktor akan menasihati untuk bersedia menghadapi kehamilan kosong.

#8. Sakit bawah perut

Kredit: pa&ma

Sakit bawah perut bagi wanita dengan kehamilan kosong perlu diawasi jika disertai dengan keluarnya cairan coklat dan merah daripada vagina.

#9. Pendarahan

Ada wanita akan mengalami pendarahan teruk seakan-akan datang bulan. Sesetengah wanita akan menganggap kitaran haid tidak normal kerana datang lambat.

Bagi yang sudah mengetahui kehamilan berlaku akan menganggap mereka keguguran.

Rawatan kehamilan kosong

#1. Menunggu keguguran semulajadi

Jika disahkan kehamilan kosong, wanita hamil perlu menunggu tanda pendarahan berlaku seperti datang bulan. Jika dalam beberapa hari tidak datang, boleh berjumpa dengan doktor.

#2. Cuci rahim

Sekiranya pendarahan tidak berlaku, doktor akan melakukan prosedur mencuci rahim.

Jadi UPT tunjuk tanda positif, tetapi kantung kosong ada perkara yang tidak mustahil berlaku dan ia memang boleh berlaku kepada mana-mana wanita. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: Keguguran: Punca dan tanda-tanda keguguran yang anda patut tahu

Penulis

Lala Annuar