Dark Circles Pada Mata Bayi Bermaksud Ada Sesuatu Yang Tak Kena! Ibu Ayah Kena Pantau

Eh baby pun ada dark circles macam orang dewasa ke?

Kantung mata hitam pada anak atau dark circles bukan sahaja terjadi pada orang dewasa, malah ada sesetengah bayi yang mengalami keadaan ini. Ia mungkin tidak begitu ketara, tetapi kalau diperhatikan mesti ibu ayah pun terkejut apabila melihat anak sekecil itu pun ada puffy eyes.

Biasanya kantung mata hitam pada orang dewasa dikaitkan dengan keletihan dan tidak cukup tidur. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak ya?

Kantung Mata Hitam Pada Anak, Apa Maknanya?

sumber: comicsahoy

Lingkaran gelap adalah noda gelap di sekeliling mata yang menjadi tanda kepada beberapa isu seperti alahan atau tahap kesihatan seseorang.  Kulit di sekitar kelopak mata dipanggil kulit periorbital.

Jika kantung mata hitam disebabkan oleh pengeluaran melanin yang lebih tinggi daripada biasa, ia dipanggil ‘hyperpigmentation periorbital‘.

Sekiranya kantung mata hitam berlaku pada bayi, ia mungkin bermakna bayi itu letih atau mereka terdedah kepada alergen atau kerengsaan.

Dalam kes yang jarang berlaku, bulatan gelap di sekeliling mata mungkin bermakna tumor saraf yang dipanggil neuroblastoma.

6 Faktor Yang Menyebabkan Kantung Mata Hitam

Bagi bayi, ada banyak juga faktor yang menyebabkan terjadinya kantung mata hitam pada anak. Ibu ayah jangan terlalu risau kerana selalunya sebab ia terjadi tidak membahayakan si manja pun kecuali dalam kes yang sangat jarang berlaku.

Berikut di antara sebab mata anak ada kantung mata hitam:

  1. Kulit yang nipis dan sensitif di bawah mata menjadikan pembuluh darah lebih gelap merupakan punca yang paling biasa.
  2. Beberapa bayi mungkin mempunyai kulit yang agak nipis berbanding yang lain, menjadikan bulatan gelap lebih ketara.
  3. Lingkaran gelap mungkin sifat yang diwarisi dan dijalankan dalam keluarga. Dalam kes ini, bayi juga boleh mendapatkannya sejak dari lahir lagi.
  4. Keletihan pada bayi mungkin menjadi punca umum lingkaran hitam. Kulit bayi yang letih mungkin kelihatan lebih pucat, menyebabkan penampakan darah yang lebih gelap di bawah kulit bawah mata.
  5. Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan alahan, ekzema, jangkitan bakteria dalam sinus, jangkitan pernafasan atau dehidrasi boleh menyebabkan lingkaran kebiruan gelap di bawah mata pada bayi.
  6. Hidung yang tersumbat mungkin menyebabkan pembatasan dalam urat dan pengurangan aliran darah, menyebabkan pembengkakan urat di bawah mata. Ini menjadikan bulatan gelap menonjol.

Lingkaran gelap bukannya keadaan yang tidak biasa berlaku jadi tiada rawatan khusus yang diperlukan. Sekiranya bayi masih boleh makan dengan berselera, mempunyai berat badan yang sihat dan tidur dengan baik, ibu ayah tak perlu risau ya!

Walau bagaimanapun, ibu ayah mungkin mengambil beberapa langkah mudah untuk menghindarnya seperti berikut:

  • Pastikan bayi mempunyai tidur yang cukup, makan dengan baik, aktif, dan menunjukkan berat badan yang sihat.
  • Sekiranya alahan adalah penyebabnya, lindungi bayi dari punca alahan seperti debunga, debu dan sebagainya. Bersihkan mata si manja dengan menggunakan kain lap dan air suam.
  • Kepit kuku anak untuk mengelakkan tercalar pada muka dan mata.

Bila Perlu Bawa Bayi Jumpa Doktor

Walaupun keadaan ini tidak memerlukan rawatan dan akan sembuh sendiri, tetapi ada juga yang boleh berkait masalah kesihatan lain. Bagi mengelakkan dari berlarutan, semak keadaan ini terlebih dahulu:

  • Dalam kes yang jarang berlaku, lingkaran kebiruan gelap di bawah mata pada bayi disebabkan alahan, ekzema, jangkitan bakteria dalam sinus, jangkitan pernafasan atau dehidrasi.
  • Hidung tersumbat mungkin menyebabkan pembatasan dalam urat dan pengurangan aliran darah, menyebabkan pembengkakan urat di bawah mata dan menjadikan bulatan gelap menonjol.

Sekiranya keadaan ini berlaku disebabkan 2 keadaan ini, sebaiknya ibu ayah bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera ya apatah lagi jika lingkaran kebiruan gelap di bawah mata pada bayi terlalu ketara.

Semoga info ini bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-sakit-mata

Penulis

Beto Rahman