40 Hari Terkandas Di Hutan Amazon Selepas Pesawat Kecil Yang Dinaiki Terhempas, Empat Kanak-kanak Ditemui Hidup

Sebuah kapal terbang terhempas di hutan Amazon pada Mei lalu dan siapa sangka yang empat kanak-kanak berjaya ditemui selamat selepas 40 hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka yang misi pencarian kapal terbang terhempas iaitu pesawat kecil Cessna 206 mendatangkan hasil yang cukup mengejutkan apabila empat kanak-kanak orang Asli ditemui selamat selepas 40 hari terkandas di dalam hutan Amazon.

Umum tahu yang hutan Amazon adalah cukup liar dan masih terpelihara yang dihuni hampir separuh jenis spesisi haiwan di seluruh dunia. Tidak hanya berisiko dengan binatang buas, tetapi juga perlu menahan lapar dan dahaga, empat kanak-kanak ini sememangnya bernasib baik dan cukup kita boleh kata survivor!

Menurut laporan semasa, rahsia kanak-kanak itu masih hidup adalah apabila mereka bergantung hidup pada tepung dan biji benih yang mereka dapati dari bangkai kapal terbang terhempas itu. Selain itu, kelangsung hidup empat beradik itu di hutan tebal itu juga adalah bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan luas kakak sulungnya, Lesly mengenai buah-buahan dan kehidupan di hutan.

Ahad lalu televisyen Colombia menyiarkan imej penuh emosi sewaktu empat kanak-kanak ini terselamat selepas 40 hari berada di dalam hutan yang ditemui oleh pasukan penyelamat negara itu. Boleh dilihat menerusi gambar yang dirakam adalah empat kanak-kanak kecil yang dilihat keletihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Empat kanak-kanak tersebut adalah berketurunan orang Asli Huitoto yang mana semuanya berusia 13, sembilan, lima dan setahun. Mereka dikatakan telah ditemui oleh penyelamat selepas merayau bersendirian di hutan tebal itu sejak nahas pesawat yang mereka naiki bersama ibu mereka, juruterbang dan seorang lagi dewasa. Pesawat itu dikatakan telah terhempas berikutan masalah enjin yang dialami.

Empat kanak-kanak itu telah ditemui di wilayah Caqueta dan Guaviare di Colombia, berhampiran tempat pesawat kecil itu terhempas. Ketika proses penyelamatan, boleh dilihat yang kanak-kanak tersebut agak kurus kering tubuh mereka gara-gara tiada sumber makanan. 

Menurut laporan media Colombia juga, penyelamat yang mengikuti ekspedisi mencari nahas pesawat itu juga merupakan dari kalangan orang Asli. Mereka dilihat menyanyi, menghisap tembakau, yang mana dianggap satu tumbuhan yang suci dalam kalangan penduduk hutan.

“Kanak-kanak perempuan paling tua, Lesly dan yang paling kecil di dalam pelukannya, berlari ke arah saya. Lesly berkata, ‘Saya lapar’,” kata Nicolas Ordonez Gomes, salah seorang penyelamat orang Asli menceritakan detik penemuan kanak-kanak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala seorang daripada dua lagi kanak-kanak sedang berbaring dan berkata yang ibu mereka sudah meninggal dunia.

Terkini, menurut Manuel Miller Ranoque bapa kepada Lesly, anaknya itu menceritakan kepadanya bahawa ibunya masih hidup ketika nahas itu. Namun selepas empat hari, ibunya telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebelum meninggal dunia, ibu mereka memberitahu untuk pergi dari sini dan seolah menyatakan akan ada penyelamat yang menyelamatkan mereka,” kata Manuel Miller Ranoque, sambil menyatakan mendiang isterinya, Magdalena Mucutuy, seorang pemimpin Orang Asli.

“Kami segera menyusuli dengan kata-kata positif, mengatakan yang mana kami adalah kawan, dan kami telah dihantar oleh keluarga, bapa, bapa saudara untuk mencari mereka. Bahawa kami ada keluarga,” kata Ordonez Gomes salah seorang penyelamat kepada kanak-kanak tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan itu, kanak-kanak lelaki itu menjawab, “Saya mahu roti dan sosej.”

Selain itu, ketika proses pencarian, pasukan penyelamat ada menemui seekor penyu di dalam hutan tersebut yang mana hanya setengah jam sebelum menemui empat beradik itu. Menurut tradisi orang Asli, “Dalam kepercayaan orang tua kami, jika anda menjumpai penyu, anda boleh membuat hajat kepadanya, dan hasrat itu akan menjadi kenyataa,” cerita salah seorang pasukan penyelamat orang Asli itu.

“Saya memberitahu mereka, ‘Carikan saya anak-anak itu,” kata penyelamat itu. Sejurus selepas setengah jam, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat. 

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Umur Baru 12 Tahun, Tapi Dia Sudah Perlu Jaga 5 Adik Lain Lepas Kematian Ibu…”

Baca juga: Bayi maut tiba-tiba lepas naik flight – anda tahu risiko jika bayi naik flight?

Baca juga: Ibu Tak Mampu Beli Mainan Untuk Anak, Sanggup Masuk Hutan Cari Barang Terpakai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad