X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Memilih Kelas Tambahan Terbaik Ikut Personaliti Anak, Pasti Minda Mereka Akan Jadi Lebih Hebat!

4 min bacaan
Memilih Kelas Tambahan Terbaik Ikut Personaliti Anak, Pasti Minda Mereka Akan Jadi Lebih Hebat!

Berikut adalah panduan berguna tentang cara memilih kelas tambahan yang tepat untuk jenis tenaga dan keperibadian anak anda!

Karakter anak tidak sama walaupun mereka kembar. Terutama apabila berkaitan dengan kepentingan peribadi dan kemampuan mereka untuk belajar. 

Sekiranya anak perempuan  anda pandai bermain biola, tapi anak lelaki anda pula tidak ke arah itu, jangan risau kerana tidak ada yang salah dengannya. Mungkin bermain alat muzik bukan satu pilihan yang tepat untuk anak lelaki anda. 

Sedangkan orang dewasa juga memiliki kelebihan dan kelemahan yang berbeza, jadi tidak adil untuk kita mengharapkan semua anak memiliki kemahiran dan bakat yang sama.

Menurut Carol Tuttle, seorang guru dan penceramah bebas, terdapat empat jenis tenaga kanak-kanak yang dapat mengenali karakter anak. I

ni dapat membantu anda untuk memberi petunjuk tentang cara yang berkesan untuk membesarkan anak menjadi insan yang berjaya. 

Kenali keperibadian dan karakter anak serta sifat sebenar 

Sebaik sahaja anda  menemui jenis tenaga anak, maka lebih mudah untuk memahami mesej tersembunyi di sebalik kelakuan mereka. 

Ini panduan kepada 4 jenis tenaga bagi mengetahui kategori karakter anak yang mana dan jenis kelas tambahan terbaik yang dia dapat mengembangkan bakatnya. 

4 jenis tenaga berdasarkan karakter anak 

Jenis karakter anak #no.1 – Kanak-kanak yang sangat menyenangkan 

karakter anak, personaliti anak, karakter, karakter kanak kanak, personaliti kanak kanak, personaliti si kecil, personaliti bayi, personaliti, karakter, personaliti anak anak

  • Dia seorang yang peramah, petah berkata-kata, ringan tulang dan suka melibatkan diri secara sosial dengan orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, kadang-kadang mereka ini terlampau aktif dan sukar dipercayai. 
  • Kanak-kanak jenis ini akan memberontak jika mereka rasa terlalu dikawal atau selalu bersendirian. 
  • Dia suka menjalinkan persahabatan dengan ibu bapanya. 

Kelas yang boleh dicadangkan: 

  • Kelas berkumpulan yang membolehkannya bercakap secara umum, bertindak, memberi ucapan, melakukan drama teater, muzikal, berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Bahasa Inggeris, Nyanyian dan sebagainya. 

Jenis karakter anak #no.2 – Kanak-kanak yang berjiwa sensitif 

karakter anak, personaliti anak, karakter, karakter kanak kanak, personaliti kanak kanak, personaliti si kecil, personaliti bayi, personaliti, karakter, personaliti anak anak

  • Seorang yang tenang, halus, bijaksana, aman dan bersesuaian dengan emosinya. 
  • Dia mengambil langkah yang lebih teratur dan perlahan. Biasanya nada suara juga lembut dan kadang-kadang dianggap pemalu dan hipersensitif. 
  • Sekiranya dia mula merenung, mungkin dia sedang dalam keadaan kecewa.
  • Namun, dia perlu mendapatkan bimbingan keluarga tentang cara mengurus perasaannya dengan lebih sihat. 

Kelas tambahan yang disyorkan: 

  • Kelas seni seperti lukisan, sketching, mewarna, sculpting, clay-making.
  • Muzik 
  • Berenang, yoga, balet 
  • Membaca, menulis, kelas membuat kek 
  • Menjahit 

Jenis karakter anak #no.3 – Kanak-kanak yang boleh membawa dirinya sendiri

karakter anak, personaliti anak, karakter, karakter kanak kanak, personaliti kanak kanak, personaliti si kecil, personaliti bayi, personaliti, karakter, personaliti anak anak

  • Kakter anak jenis ini sentiasa bertenaga dan sibuk. Dia berkembang dengan pengalaman baru dan menerima banyak sokongan daripada ibu bapanya. 
  • Jika sering diadili oleh ibu bapanya, dia akan selalu meronta untuk mendapatkan kebebasannya semula sekaligus merasakan ia sesuatu yang menyakitkan dalam hidupnya. 

Kelas yang disyorkan:

  • Biarkan dia berkembang dengan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan berdaya saing. 
  • Melakukan projek berkumpulan seperti pembinaan. 
  • Dia juga boleh menyalurkan tenaga melalui sukan Ragbi, Bola Sepak, Tenis, Baseball, Skate-Boarding, Rollerblading, Gimnastik dan banyak lagi.

Jenis karakter anak #no 4.  – Kanak-kanak yang lebih serius 

karakter anak, personaliti anak, karakter, karakter kanak kanak, personaliti kanak kanak, personaliti si kecil, personaliti bayi, personaliti, karakter, personaliti anak anak

  • Sekiranya anak kelihatan agak matang berbanding umurnya, cekap, analitis dan mempunyai sifat yang lebih serius, maka dia dalam kategori jenis 4 ini. 
  • Dia ingin dihormati tetapi juga sopan memberi penghormatan kepada orang lain. 
  • Dia suka berkelakuan seperti orang dewasa namun mereka dilihat sebagai kritikal dan mempunyai pengetahuan yang sederhana. 
  • Jika rasa dirinya tidak dihormati atau malu tentang sesuatu dalam hidupnya maka dia cenderung menunjukkan tingkah laku yang negatif. 

Kelas yang disyorkan: 

  • Benarkan dia menyertai program di mana dapat memberi tumpuan kepada sesuatu atau memerlukan sedikit interaksi dengan orang lain seperti aktiviti memanah, seni membela diri (silat, karate, Taekwando, Muay Thai).
  • Memasak
  • Kemahiran program komputer 
  • Sukan badminton
  • Menceburi bidang sains dan matematik 

Sebaik sahaja tahu jenis tenaga kanak-kanak ini, anda juga harus memberinya sokongan emosi dan fizikal yang diperlukan. 

Manakah dari empat jenis tenaga ini ada karakter anak anda? Beritahu kami dengan meninggalkan komen di bawah! 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: Living and loving

Baca juga : Penulis asal Dew M. Chaiyanara. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgaya-tidur-dan-personaliti

Stories Rakan Kongsi
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku kanak-kanak
  • /
  • Memilih Kelas Tambahan Terbaik Ikut Personaliti Anak, Pasti Minda Mereka Akan Jadi Lebih Hebat!
Kongsikan:
  • Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

    Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

  • Personaliti Bayi Terbentuk Sejak Dalam Kandungan, Ini 4 Jenis Ragam Ibu Perlu Tahu!

    Personaliti Bayi Terbentuk Sejak Dalam Kandungan, Ini 4 Jenis Ragam Ibu Perlu Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

    Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

  • Personaliti Bayi Terbentuk Sejak Dalam Kandungan, Ini 4 Jenis Ragam Ibu Perlu Tahu!

    Personaliti Bayi Terbentuk Sejak Dalam Kandungan, Ini 4 Jenis Ragam Ibu Perlu Tahu!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.