Dalam Islam, kita memang tidak digalakkan untuk mempercayai horoskop apatah lagi karakter berdasarkan zodiak. Tapi, tahukah anda yang tamadun terdahulu telah membuktikan ada betulnya tentang karakter suami berdasarkan zodiak?
Ini kerana bintang yang menjadi simbol kelahiran mampu memaparkan keperibadian seorang lelaki yang kelak akan menjadi suami.
Jadi sementara khuatir memikirkan adakah suami anda jenis yang setia atau curang, tidak salah melihat keperibadian dan karakter suami berdasarkan zodiak ini.
Sedikit sebanyak anda akan faham bagaimana perangai suami. Jom tengok ada yang betul atau tidak!
Karakter suami berdasarkan zodiak: Suami jenis setia atau cepat curang?
Laman Tough Catalog telah memberi ranking untuk karakter suami berdasarkan zodiak bagi menentukan sama ada suami itu setia atau cepat curang.
Mari lihat hasilnya:
Karakter suami berdasarkan zodiak: Suami yang setia
1. Cancer
Zodiak Cancer menjadi ranking pertama untuk suami yang setia. Lelaki dengan zodiak ini bersifat jujur, setia, memiliki komitmen yang tinggi dan ingin hidup bahagia dengan wanita yang dicintainya.
Jejaka Cancer juga sedikit emosional. Jika dia jatuh cinta, dia benar-benar jatuh cinta dan rasa cinta itu bertahan lama.
Meskipun suami Cancer agak “cengeng”, tapi anda tak perlu risau jika dia akan setia atau curang. Menurut karakter suami berdasarkan zodiak, lelaki Cancer adalah lelaki paling setia, yay!
2. Libra
Ranking kedua dalah urutan karakter suami berdasarkan zodiak ialah lelaki kelahiran Libra. Mereka ini merupakan pasangan yang setia dan amat obses dengan cinta!
Meskipun kadang-kadang suami berbintang Libra penuh rasa bimbang, tapi apabila mereka sudah memilih, tiada siapa yang mampu menukar pilihan mereka.
Suami berzodiak Libra akan membawa keseimbangan dan keindahan dalam rumah tangga. Mereka juga antara figura ayah yang baik!
3. Scorpio
Suami seterusnya yang terbukti setia adalah lelaki berzodiak Scorpio. Walaupun mereka ini amat cepat cemburu, tapi itulah kunci mengapa mereka suami yang luar biasa!
Lelaki Scorpio amat setia kepada pasangan dan berkomitmen terhadap satu pasangan selama-lamanya. Suami Scorpio juga boleh menjadi sahabat dan teman hidup yang sempurna.
Hanya wanita yang bertuah dapat bersuamikan lelaki Scorpio!
4. Gemini
Tidak hanya setia, lelaki Gemini akan mencintai pasangan dengan sepenuh hati dan mereka mampu mengimbangi sifat wanita yang emosional.
Lelaki berzodiak Gemini akan lebih berjaya setelah berkahwin kerana mereka benar-benar menghormati wanita yang mereka kasihi.
5. Pisces
Lelaki Pisces adalah seorang suami yang sangat baik, kreatif namun masih kekal rasional.
Apabila mereka jatuh cinta, mereka akan jadi terlalu obses dengan wanita yang dicintai itu. Setelah berkahwin, mereka masih penuh rasa cinta.
Selain itu, mereka juga boleh menjaga anak-anak dengan baik dan tidak pernah akan mengawal pasangannya.
6. Capricorn
Ibu, anda takkan pernah menyesal jika mengahwini lelaki berzodiak Capricorn. Mereka ini memiliki pelbagai ciri-ciri yang bagus dan amat kooperatif terhadap pasangan.
Apabila mereka betul-betul menetapkan komitmen, mereka sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan hubungan tersebut.
Suami dengan zodiak Capricorn adalah suami yang boleh menjadi tempat bersandar. Merekalah pendukung dan pendorong paling berjaya!
Karakter suami berdasarkan zodiak: Suami yang cepat curang
7. Virgo
Meskipun lelaki berzodiak Virgo adalah suami yang baik, namun mereka sebenarnya takut untuk terikat dengan komitmen.
Mereka bersifat paranoid, obsesif dan tidak dapat melihat apa yang boleh terjadi dalam rumah tangga. Peluang untuk mereka setia adalah sebanyak 50% saja.
Jadi jika anda mengahwini jejaka Virgo, hati-hati ya! Pastikan suami tidak curang di belakang anda…
8. Aries
Hubungan dengan lelaki berbintang Aries boleh jadi sangat mudah atau sangat susah. Mereka ini memiliki pandangan yang kuat, mudah dibawa arus dan mahu kawalan ke atas segala benda.
Mereka juga amat suka sifat individualiti, selalu rasa mereka benar dan ingin selalu didengari. Jika ia tidak dipadankan dengan pasangan yang benar-benar sesuai, hubungan boleh jadi kacau!
Jika anda mengahwini lelaki Aries, bersiap sedialah untuk selalu mengalah kerana mereka amat susah nak berkompromi.
9. Leo
Suami berzodiak Leo mampu mencintai pasangannya dengan sepenuh hati. Namun mereka sukar untuk bersikap tenang dan mengawal keadaan.
Mereka juga gemar bergaduh dan tidak menghiraukan keinginan atau keperluan orang lain.
10. Taurus
Seorang Taurus adalah seorang yang sangat keras kepala. Mereka juga ada standard tertentu yang sangat tinggi, menyebabkan sering terjadinya pertengkaran.
11. Aquarius
Lelaki yang berzodiak Aquarius adalah lelaki yang penuh bercita-cita dan cukup tekad. Oleh sebab itu, kebanyakan masanya akan dihabiskan untuk bekerja.
Amat susah untuk menarik perhatian seorang Aquarius, jadi isteri mungkin akan rasa hubungan hambar kerana tidak mendapat kasih sayang daripada mereka.
12. Sagitarius
Sagitarius memang terkenal kerana bersifat cepat curang dan tidak mampu untuk setia. Ini kerana mereka memiliki jiwa yang bebas. Mereka ingin menjelajah untuk menemui jati diri.
Mereka lebih suka duduk dalam hutan, berjalan di sekeliling dunia atau membaca buku. Mereka tidak selesa untuk berkomitmen.
Bagaimana? Ada karakter suami yang sama seperti penjelasan di atas? Karakter suami berdasarkan zodiak ini hanyalah sebuah teori.
Tentu saja perilaku seseorang masih boleh dipengaruhi oleh latar belakang keluarga, agama mahupun pendidikannya.
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Menurut seorang perempuan simpanan, ini 10 tanda pasangan anda curang dalam diam
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!