TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!

11 Jun, 2020
Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!

Bapa mengaku melakukan penderaan dengan cara karate anak peremuannya yang berusia 12 minggu sehingga menyebabkan bayi berkenaan patah 7 tulang rusuk

Biasanya ibu bapa akan sentiasa menyayangi anaknya, namun berbeza dengan seorang bapa ini yang mengaku melakukan penderaan dengan cara karate anak perempuannya yang berusia 12 minggu.

Tidak tahu apa sebabnya sampai bapa ini sanggup melakukan hal sedemikian kepada anak perempuannya itu yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. 

Karate anak berusia 12 minggu, patah 7 tulang rusuk

Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!

 

Bapa berkenaan mengaku beliau melakukan penderaan dengan salah satunya melakukan karate terhadap bayi malang itu. 

Siri kejadian penderaan fizikal yang berlaku pada Ogos tahun lalu menyebabkan bayi malang itu mengalami patah tulang pergelangan tangan kanannya dan juga tujuh tulang rusuk selain kesan lebam di muka.

Polis diberitahu oleh lelaki berkenaan, yang namanya tidak boleh dinamakan atas faktor undang-undang, bahawa kecederaan bayi itu adalah disebabkan bayi berkenaan sendiri terhantuk kepalanya ke dinding.

Perbuatan terbongkar selepas polis meletakkan pepijat di rumah

Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!

 

Polis meletakkan alat rakaman tersembunyi dalam rumah lelaki berkenaan yang dikongsi bersama ibu bayi itu di pinggir bandar Wollongong,  Warrawong. 

Melalui alat rakaman itu, polis akhirnya mendengar  perbualan antara lelaki berkenaan dengan ibu bayi malang itu.

Perbualan berkenaan adalah mengenai kecederaan bayi berkenaan dan dia mengaku telah karate anak itu dan memulas tulang rusuk bayi itu. 

Pada 22 Ogos tahun lalu, lelaki berkenaan telah membawa bayinya ke Pusat Khidmat Komuniti dan Keluarga Illawarra untuk berbincang mengenai isu perumahan. 

Pekerja di sana mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan muka bayi perempuan berkenaan yang mana sebelum ini tidak kelihatan ketika mereka datang seminggu sebelum itu. 

Bayi perempuan berkenaan sudah dikeluarkan daripada jagaan pasangan itu dan setelah pemeriksaan perubatan dilakukan ke atas kecederaannya, didapati bayi itu mengalami patah tujuh tulang rusuk. 

Penderaan telah dibuat dalam jangka waktu lama 

Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!

 

Pegawai perubatan menyatakan, kecederaan bayi itu berada pada tahap penyembuhan yang berbeza sekaligus menunjukkan kejadian penderaan sudah berlaku dalam jangka waktu yang lama. 

Patah tulang rusuk ini disebabkan pelaku melakukan kekerasan terhadap bayi itu yang jauh tersasar daripada cara menguruskan seorang bayi, yang mana fakta itu turut dipersetujui seperti dilaporkan Illawarra Mercury. 

“Kekerasan itu sama ada secara terus ke tulang rusuk atau dengan memulasnya,” katanya. 

Lelaki berkenaan telah disoal siasat oleh polis dan dia mendakwa kecederaan bayi itu disebabkan bayi berkenaan menggerakkan kepala ke belakang dan terhantuk di pintu. 

Polis berkenaan membawa lelaki itu untuk disoal siasat pada hari kedua dan keterangannya berkaitan kecederaan itu berubah. 

Lelaki dakwa anak hantuk kepala sendiri 

Pada kali kedua ini, lelaki itu mendakwa anaknya menghantukkan sendiri kepada ke dinding yang menyebabkan lebam. 

Keterangan yang tidak konsisten oleh lelaki itu menyebabkan polis meletakkan pepijat atau alat rakaman rahsia di rumah pasangan itu yang mana punca kecederaan bayi berkenaan terbongkar. 

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Polis menahan lelaki berkenaan pada 1 Oktober dan dia  hadir menerusi video saluran di Mahkamah Tempatan Wollongong, pada Rabu. 

Lelaki itu mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan secara melulu menyebabkan kecederaan dan serangan tubuh badan yang teruk.

Lelaki berkenaan turut didakwa kerana melakukan penderaan fizikal terhadap ibu bayi berkenaan bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. 

Beliau akan hadir ke Mahkamah Tempatan Wollongong, minggu depan untuk tarikh hukuman. 

Penderaan kanak-kanak bukan sesuatu yang asing

Di California, Amerika Syarikat pada Januari 2018 sepasang suami isteri bertindak mengurung dan mendera 13 anak mereka selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan ada kalangan mereka berdepan masalah kekurangan zat makanan.

Anak pasangan itu yang berusia 12 tahun hanya mempunyai berat yang hampir sama dengan kanak-kanak seusia  tujuh tahun, sementara anak perempuan mereka yang berusia 29 tahun, dianggarkan seberat 37 kilogram.

Selain berdepan masalah kekurangan zat makanan yang serius, anak pasangan itu mempunyai gangguan kognitif dan kerosakan saraf akibat penderaan fizikal yang melampau. Lebih menyedihkan, mereka juga hanya dibenarkan mandi sekali dalam tempoh setahun.

Pada Mac tahun lalu, polis Finland mendedahkan rangkaian penderaan kanak-kanak yang melihat budak lelaki semuda enam tahun didera secara seksual di negara itu.

Ketua Penyiasat Sanna Springare berkata, siasatan merangkumi 17 negara Barat, kebanyakannya di Eropah, namun tidak mengulas lanjut.

Penyiasat berkata, lima lelaki ditahan kerana disyaki mendera dan meliwat kejam iaitu enam budak lelaki berusia antara 6 hingga 15 tahun yang ada ketikanya diberi dadah sepanjang 14 tahun antara 2004 hingga 2018.

Sumber : dailymail.co.uk, Harian Metro, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comkes-penderaan-kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi 12 Minggu Patah Tulang Rusuk & Lebam Muka, Lepas Dikarate Bapa Kandungnya!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham