Elakkan Tidur Di Dalam Kereta Kerana Ia Boleh Menjadi Punca Maut Yang Tidak Disangkakan!

Bahaya ya sebenarnya jika tidur di dalam kereta kerana boleh terjadi keracunan karbon monoksida yang jadi punca kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah dengar tak yang sesetengah orang menyatakan jika mahu tidur di dalam kereta, pastikan membuka tingkap sedikit, dipercayai yang ia boleh mengeluarkan haba yang tidak sihat di dalam kereta sedangkan ia tidak tepat. Hati-hati ya, keracunan karbon monoksida boleh berlaku biar pun dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Ia tidak perlukan kuantiti yang banyak, malah kadar yang rendang juga sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri. Musim raya ini. tidak dinafikan yang banyak kenderaan akan pulang ke kampung gsekaligus menjadi punca kesesakan lalu lintas, dan ada sesetengah orang yang akan berhenti di lokasi rehat dan rawat untuk melelapkan mata seketika.

Menurut entri Public Health Malaysia menerusi akaun Facebook miliknya, berehat seketika di kawasan Rehat dan Rawat sememangnya baik untuk mengelakkan kemalangan jiwa akibat tertidur atau microsleep selepas memandu jauh, tetapi tidur di dalam kereta juga merbahaya dan boleh jadi punca maut.

Tips mencegah keracunan karbon monoksida

Jadi, apa yang patut anda buat untuk memastikan keadaan udara di dalam kereta sentiasa selamat? Berikut adalah beberapa cara yang anda patut buat:

  • Pastikan sistem ekzos kereta tidak ada sebarang kebocoran.
  • Jangan hidupkan kereta di kawasan tertutup atau garaj.
  • Servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar.
  • Pastikan sistem aircond berfungsi dengan baik.
  • Jika tingkap kereta dibuka, pastikan tidak menghadap ekzos kenderaan atau lori lain.
  • Keluar sebentar daripada kereta untuk melancarkan peredaran darah.

Fakta karbon monoksida

Terdapat beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang karbon monoksida:

  1. Keracunan karbon monoksida adalah punca utama kematian akibat keracunan
  2. Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi
  3. Gas ini tidak mempunyai sebarang warna dan bau, jadi ia dikenali sebagai ‘Pembunuh Senyap.’
  4. Sentiasa ingat untuk berwaspada dan jangan ambil ringan

Tahukah anda bahawa keracunan karbon monoksida adalah punca utama kematian akibat keracunan di dunia? Ia terhasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang cukup. Ianya boleh dihasilkan dari pembakaran diesel atau petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana karbon monoksida menjadi punca kematian semasa tidur di dalam kenderaan?

Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!

Gejala keracunan karbon monoksida

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Lemah
  • Perut sakit
  • Muntah
  • Sakit dada
  • Kekeliruan

Namun, jika gas ini di hidu semasa sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tutup Tingkap Kereta, Ibu Maut Leher Tersepit! Parents, Ambil Tahu Tips Keselamatan Dalam Kereta Juga Ya!

Baca juga: Anak Maut Keracunan Gas Karbon Dari Peti Ais – Ibu Mulanya Ingat Selesema!

Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad