X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anda Punya Tanda-tanda Microsleep? Jangan Ambil Ringan Perkara Ini!

4 min bacaan
Anda Punya Tanda-tanda Microsleep? Jangan Ambil Ringan Perkara Ini!

Jangan ambil ringan ya kalau anda punyai tanda-tanda ini kerana ia menunjukkan anda ada masalah microsleep!

Apa itu microsleep? Jangan biarkan perkara ini berlaku walau sesaat sekalipun kerana ia mengundang bahaya dan maut! Sayangi orang tersayang dan diri anda jika tidak mahu perkara ini menjadi punca kemalangan yang mampu meragut nyawa.

Secara asasnya microsleep adalah apabila kita tertidur atau terlelap dalam beberapa saat. Bahkan, mereka yang mengalaminya juga tidak sedar yang perkara ini berlaku. Yang bahayanya adalah apabila microsleep berlaku sewaktu sedang melakukan aktiviti seperti memandu dan aktiviti lain yang membahayakan nyawa.

Menurut Dr. Nimelesh menerusi akaun Twitternya, microsleep dalam bahasa mudah adalah bila kita terlelap selama beberapa saat tanpa disedari. Mungkin semasa menonton TV, memandu kenderaan, bermesej di telefon dan lain-lain lagi.

Bila ia berlaku?

Microsleep selalunya terjadi sewaktu badan kita telah ‘diprogramkan’ untuk tidur, seperti waktu awal pagi dan juga waktu tengah hari. Bahkan, ia menjadi lebih teruk apabila kita tidak cukup tidur. Senang kata, semakin sedikit waktu tidur seseorang itu, semakin tinggi peluang microsleep untuk terjadi.

Menurut Dr W. Christopher Winter, “Saintis tentang tidur menetapkan permulaan tidur anda adalah dalam 15 saat pertama dalam tempoh jangka masa 30 saat.

“Bukan bermakna seperti cahaya terus dipadamkan, tetapi cahaya semakin berkurang dan berkurang hinggalah tiada lagi cahaya tersebut.”

Apa punca microsleep?

Anda Punya Tanda-tanda Microsleep? Jangan Ambil Ringan Perkara Ini!

Tidak kira siapa pun, microsleep boleh berlaku tetapi biasanya orang yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini adalah mereka yang menghadapi masalah kurang tidur atau mereka yang melakukan tugasan secara tidak aktif seperti memandu dalam jangka masa yang agak lama.

Malah, mereka yang ada masalah sleeping disorder yang mengakibatkan insomnia atau sleep apnea juga adalah berisiko tinggi untuk mengalami masalah microsleep. Individu yang alami sleep apnea adalah mereka yang mendapat tidur yang cukup tetapi tidak berkualiti yang mana menyebabkan tidur yang tidak nyenyak.

Bukan itu, microsleep juga boleh terjadi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihtaan seperti obstructive sleep apnea. Bagi mereka yang ada masalah ini adalah 2 hingga 4 kali lebih berisiko untuk mengalami kemalangan menurut kajian daripada American Sleep Apnea Society.

Tanda-tanda microsleep

Anda Punya Tanda-tanda Microsleep? Jangan Ambil Ringan Perkara Ini!

Berikut adalah tanda-tanda microsleep yang anda boleh perhatikan dan elakkan:

  • Berasa sangat mengantuk
  • Sukar untuk membuka mata
  • Kesukaran untuk fokus ketika melakukan pekerjaan
  • Selalu menguap
  • Fikiran bercelaru dan berubah dengan terlalu kerap
  • Murung dan mudah marah
  • Jika sedang memandu, anda menghadapi masalah berada di lorong anda, atau mungkin terlepas jalan keluar
  • Kepala terangguk perlahan-lahan membuatkan kepala anda tersentak dan membuatkan anda terkejut

Cara untuk atasinya:

Apa yang boleh anda buat adalah cuba untuk berehat dan tidur seketika jika anda menyedari yang anda mempunyai masalah microsleep. Jika anda sedang memandu kenderaan, cari tempat yang selamat untuk anda berhenti dan meletakkan kenderaan dan tidur sekejap.

Sebaiknya, elakkan memandu pada waktu tidur anda seperti tengah malam, petang atau awal pagi. Juga pastikan yang anda telah mendapat tidur yang cukup untuk memandu jauh. Berhenti seketika di R&R untuk ambil power nap selama 20 minit sekurang-kurangnya. Seeloknya juga, pandu dengan ditemani rakan atau ahli keluarga yang boleh memastikan anda tidak tertidur ketika memandu.

Jangan minum minuman berkafein atau beralkohol sebelum tidur dan ketika tubuh sedang sangat penat. Sekat segala bunyi dan cahaya untuk anda betul-betul mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Elakkan bersenam sebelum waktu tidur.

Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda yang mengalami masalah microsleep. Cegah sebelum terlambat! Selamat memandu ketika musim perayaan ini.

Gempak.com

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Peraturan Penting Sebelum Tidurkan Anak, Ibu Ayah Wajib Tahu!

Baca juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Waktu Siang, Ini 9 Akibat Jika Anda Mengabaikannya!

Baca juga: Selain Susu, 7 Makanan Ini Terbukti BERKESAN Membantu Si Manja Tidur Dengan Mudah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Anda Punya Tanda-tanda Microsleep? Jangan Ambil Ringan Perkara Ini!
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham