“Maaf Tak Dapat Belikan Kek & Hadiah Sempena Hari Jadi”, Bapa Luah Rasa Kesal Tak Dapat Tunaikan Permintaan Anak

Kisah kasih seorang bapa yang terpaksa memohon maaf kerana tidak mampu belikan kek dan hadiah menyentuh hati warganet, buat ramai sebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasih bapa tiada tandingannya sanggup merendahkan ego dan memohon maaf hanya kerana tidak mampu membeli kek dan hadiah untuk ulang tahun kelahiran anaknya.

Begitulah yang dialami oleh Zulkifli Ainul Mokhsein, seorang ayah yang terpaksa menuturkan kata maaf kepada anak bongsunya, Ainul Haqiem, yang berusia tiga tahun apabila hajatnya tidak dapat dipenuhi.

Kasih Bapa Minta Maaf Tak Dapat Belikan Kek & Hadiah Hari Jadi

Menurut laporan Harian Metro, Zulkifli yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak, dia ingin melihat senyuman di wajah anaknya. Namun, kesempitan hidup menghalangnya berbuat demikian.

Dengan hati yang berat, Zulkifli hanya mampu berkata, “Maafkan ayah tak dapat beli kek dan hadiah. Ayah dah usaha cari duit tapi tak dapat.”

Keadaan semakin mencabar apabila Zulkifli belum pulih sepenuhnya selepas dirawat di wad hematologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 26 Ogos lalu

 Dia baru sahaja selesai menjalani kemoterapi sebagai rawatan untuk barah limfoma yang dihidapinya.

“Anak ada tanya bila nak bagi hadiah. Saya tergamam dan rasa sedih kerana dia berharap. Namun, saya terpaksa memohon maaf sebab memang tak mampu tunaikan permintaannya,” kata Zulkifli dengan nada yang sayu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah dimasukkan ke hospital, Zulkifli tidak lagi dapat membuka gerai pisang dan cempedak goreng yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Tambah merunsingkan, isterinya pula sedang menunggu hari untuk bersalin, membuatkan keadaan keluarga mereka semakin terdesak.

Zulkifli berusaha mencari jalan keluar dengan cuba meminjam wang daripada rakan-rakannya, tetapi malangnya mereka juga tidak dapat membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam keadaan serba kekurangan, Zulkifli hanya mampu memujuk anaknya untuk bermain dengan mainan yang ada di rumah.

“Kasihan kerana walaupun dia masih kecil, dia pun mahu kek dan hadiah hari jadi seperti orang lain. Jika ada yang sudi belikan kek untuk anak saya, saya amat hargai. Namun, jika tiada pun, saya reda,” katanya dengan penuh kesabaran.

Zulkifli dijadualkan untuk kembali ke HSA pada 18 September depan bagi rawatan susulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Cara Untuk Ibu Ayah Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Anak, No.3 Paling Penting!

Baca juga: 10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

Baca juga: ‘Janjilah Ibu, Jangan Penat Mendukungku’ Luahan Hati Bayi Jika Boleh Bicara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah