X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

4 min bacaan
10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

Ibu... sungguh bernilai insan bernama ibu ini. Kalaulah saya tahu 10 rahsia ini dengan lebih awal, pasti saya tak akan sia-siakan kasih sayang seorang ibu lagi!

Ibu… sungguh bernilai insan bernama ibu ini. Setiap kali berbicara tentang ibu, saya teringat akan kekuatan mak saya. Ibu tunggal yang membesarkan anak dalam kota metropolitan liar.

Kemudian, setelah saya berkeluarga… saya teringat detik-detik saya hamil.

Dua kali saya periksa ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi. Dan… saya hamil. Ya, saya hamil! Akhirnya saya hamil! Gementar, teruja, takut, gembira… semua bercampur!

Tapi apa yang saya tak tahu, sembilan bulan selepas itu — saya akan menggalas tanggungjawab seorang ibu yang sebenar.

Selepas saya membaca tulisan Natasha dalam Huffington Post tentang 10 rahsia seorang ibu, saya terus menangis!

Baru kini saya faham apa seorang ibu rasa. Mari lihat apa 10 rahsia seorang ibu ini –

10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

1. Anak-anak selalu buat dia menangis

Betul. Dia menangis bila dia tahu dia hamil. Dia menangis ketika melahirkan anda. Dia menangis ketika pertama kali memegang anda. Dia menangis kegembiraan. Dia menangis ketakutan. Dia menangis sebab bimbang. Dia menangis sebab dia sayang anda. Dia tahu semua kesakitan anda, tanpa anda sedar.

2. Dia mahu makanan terakhir dalam pinggan itu…

Tapi bila dia lihat anda, anak kesayangannya – teruja ingin makan makanan itu, dia beralah. Dia beralah melihat mata anda galak kegembiraan. Dia tahu anda akan lebih gembira jika anda kenyang.

3. Semuanya sakit…

Bila anda tarik rambut dia, sakit. Bila anda rentap badannya dengan kuku tajam anda, sakit. Bila anda gigit dia ketika minum susu badan, sakit. Bila anda tendang dia dalam perut, sakit. Seluruh tubuh badan kecil ibu sentiasa sakit demi anda.

4. Dia sentiasa takut

Ketika tahu dirinya hamil, dia akan lakukan apa saja untuk lindungi anda dalam kandungan. Selepas anda lahir, dia paling risau bila ada orang lain ingin pegang anda. Dia rasa, tiada tempat yang lebih selamat melainkan dengan diri dia. Dia takut bila anda mula berjalan. Dia tak tidur tunggu anda balik rumah. Dia bangun pagi untuk hantar anda ke sekolah.

Ibu akan bersedia di mana-mana untuk sambut anda jika anda jatuh.

10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

5. Dia jaga anda lebih daripada sembilan bulan

Selepas bersalin, dia yang mendukung anda sambil mencuci pinggan. Dia dukung anda sambil makan. Dia peluk anda sambil tidur. Tangan ibu tak pernah penat, walaupun pinggangnya sakit. Tapi dia tetap akan berada dekat dengan anda. Dia tak mahu jauh dari anaknya.

6. Dia tahu dia tak sempurna

Dia tahu dia pengkritik paling teruk. Dia tahu semua kelemahan dia. Sampai sekarang dia masih salahkan dirinya atas semua perkara. Tapi dia manusia biasa. Dia buat kesilapan. Semua ibu pasti berharap dia boleh memutar waktu, untuk membetulkan mana-mana kesilapan ketika membesarkan anda.

Jadi, beri dia kasih sayang yang sepatutnya. Dia telah lakukan yang terbaik untuk anda.

7. Dia sentiasa tengok anda tidur

Memang ada sesetengah malam, dia berharap anda akan tidur dan tak berjaga hingga pukul 3 pagi. Tapi selepas anda tidur, dia akan memandang anda tanpa henti.

Anak yang dia lahirkan ini… anak dia.

Segala penat lelah dia sudah hilang bila dia lihat anda.

8. Hati dia retak melihat anda menangis

Tiada kesedihan yang paling teruk melainkan melihat air mata tumpah dari anak sendiri. Dia sendiri menangis bila lihat anda menangis! Dia akan melakukan apa saja untuk buat anda berhenti menangis. Walaupun hatinya retak…

9. Anda keutamaan dia

Dia tak makan, tidur atau mandi demi anda. Anda keutamaan dia di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Dia takkan pernah tolak permintaan anda. Dia bangun setiap hari demi anda, anak kesayangan dia.

10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa

10. Dia sanggup buat semua benda sekali lagi demi anda

Susah sebenarnya ingin jadi seorang ibu. Semua ibu akan pernah menangis, sedih, cuba pelbagai perkara, gagal, dan berjaya. Tapi, walau pelbagai kesakitan dan kepedihan yang harus dia lalui, dia sanggup buat ini semua seberapa banyak yang dia mampu!

Sebab dia tahu, anak-anak ini bernilai…

Jadi semua, sayangilah insan yang bernama ibu ini selagi mereka ada. Mereka telah berkorban pelbagai perkara demi anda – anak tercinta.

Sekurang-kurangnya, balaslah kasih sayang yang telah mereka taburkan pada anda dari dulu hingga kini. Tiada orang yang dapat menggantikan tempat seorang insan bernama ibu.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Kongsikan artikel ini untuk membuka mata masyarakat tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada tandingannya!

 

Sumber rujukan: Blog Natasha dan Huffington Post

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 Rahsia Seorang Ibu Yang Tidak Diketahui Sesiapa
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham