TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Lelaki Berbaju Spiderman Cari Nafkah Tanggung Isteri Lumpuh, Hebatnya Kasih Sayang Suami Ini!

12 Dec, 2019
Lelaki Berbaju Spiderman Cari Nafkah Tanggung Isteri Lumpuh, Hebatnya Kasih Sayang Suami Ini!

Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan buat kita semua...

Kasih sayang suami sampai ke syurga. Inilah yang setiap isteri impikan dalam sesebuah perkahwinan.

Mendapat pasangan hidup yang sanggup berkongsi hidup dalam susah senang sememangnya merupakan rezeki yang paling hebat.

Seringkali kita mendengar kisah rumah tangga yang berpecah belah disebabkan masalah kewangan, kecurangan pasangan atau suami isteri yang tidak sanggup menguruskan pasangan yang sakit.

Namun kali ini, kami akan paparkan kisah seorang suami berusia 50 tahun yang kekal bersama isteri malah melakukan sesuatu yang tidak dijangka sama sekali!

Jaga Isteri Lumpuh, Suami Sanggup Berpakaian Spiderman

kasih sayang suami

sumber: metro

Di Georgetown, Pulau Pinang – seringkali kelihatan seorang lelaki berpakaian Spiderman menolak kerusi roda seorang wanita lumpuh.

Pastinya tiada siapa yang dapat meneka yang di sebalik pakaian superhero itu merupakan seorang hero sebenar bagi wanita tersebut, suaminya sendiri yang berusia 50 tahun!

Pakcik Ahmad Shakirin Mohd Zain dikatakan telah melakukan kerjaya penghibur jalanan ini sejak setahun yang lalu. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya Aznita Mohd Ismail, 37 merupakan seorang tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

Perubahan hidup mereka bermula apabila Puan Aznita terjatuh dalam bilik air dan malang baginya, dia berhadapan dengan serangan angin ahmar sejurus selepas kejadian.

Kaki kanannya pula terpaksa dipotong dari lutut ke bawah akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Kini suami isteri ini meneruskan kehidupan di Pulau Pinang dan hanya mampu menyewa bilik tumpangan dengan membayar sewa Rm55 sehari.

Kerja Menghibur Sambil Berpakaian Adiwira Bagi Meraih Rezeki

pengorbanan suami

Sumber: metro

Sebelum ini, Ahmad mendapat duit hasil dari jualan dan upah melukis. Namun dia membuat keputusan untuk berhenti melakukan kerjaya itu setelah mendapat saranan dari rakan-rakannya.

Menurut mereka, dia boleh meraih pendapatan yang lebih baik dengan berpakaian adiwira dan menghiburkan orang ramai!

Dengan kos RM180 membeli baju Spiderman secara online, si suami meneruskan kerjaya barunya dengan ditemani si isteri. Siapa sangka, kasih sayang suami ini begitu besar sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kesembuhan si isteri.

Kepentingan Menghargai Pasangan Dalam Ikatan Perkahwinan

tips perkahwinan bahagia

Hubungan perkahwinan yang berjaya cenderung mempunyai ciri dan kualiti yang serupa. Ini boleh berbeza dalam cara ia diterjemahkan, tetapi secara umumnya, pasangan dalam hubungan gembira dan positif antara satu sama lain berkongsi beberapa elemen.

Salah satu faktor dalam perkahwinan berjaya adalah menghargai pasangan. Setiap orang pastinya suka menerima kasih sayang dan penghargaan secara berbeza. Berikut merupakan cara menghargai pasangan:

  1. Mengutamakan pasangan Apabila kehidupan seharian menjadi sibuk, ambil beberapa minit untuk perhatikan jadual dan fikir, adakah masa bersama pasangan merupakan salah satu keutamaan anda?
  2. Meluangkan masa bersama Letakkan telefon, putuskan sambungan dari media sosial, dan nikmati masa sambil menghargai pasangan.
  3. Ucapkan penghargaan dengan kata-kata Luangkan masa untuk mula menghargai pasangan anda dan benar-benar mengucapkan terima kasih.
  4. Menjadi pendengar yang baik Luangkan waktu untuk bertanya mengenai hari mereka dan benar-benar mendengar walaupun ia tidak menarik. Ingat, anda adalah “tempat selamat” mereka.
  5. Tidak segan untuk menunjukkan sayang Pasangan yang secara terbuka mengiktiraf dan memuji pasangan di hadapan orang lain boleh menimbulkan rasa secure yang sangat hebat.

Kadang-kadang, ia memerlukan anda untuk keluar dari zon selesa anda atau meletakkan kepentingan pasangan sebelum diri sendiri. Perhatikan apa yang pasangan nikmati dan siapa yang mereka suka berada di sekeliling.

Walaupun perbuatan ini kelihatan mudah, namun ia memberi impak yang besar dalam sesuatu perhubungan. Yang penting, suami isteri perlu sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain untuk membina perkahwinan yang kukuh.

Tiada apa yang diharapkan oleh pakcik Ahmad selain agar isteri kesayangannya sembuh seperti biasa. Semoga suami isteri ini diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Lelaki Berbaju Spiderman Cari Nafkah Tanggung Isteri Lumpuh, Hebatnya Kasih Sayang Suami Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ohmedia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhingga-hujung-nyawa

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lelaki Berbaju Spiderman Cari Nafkah Tanggung Isteri Lumpuh, Hebatnya Kasih Sayang Suami Ini!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham