X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Tiada Orang Tahu Derita Saya, Depan Anak Memang Suami Terbaik, Tapi Sebenarnya..."

4 min bacaan
"Tiada Orang Tahu Derita Saya, Depan Anak Memang Suami Terbaik, Tapi Sebenarnya..."

Benarkah orang kata kasih seorang ayah itu berbeza dari kasih seorang suami? Mungkinkah seorang lelaki itu boleh jadi ayah terbaik, tapi tak sebagai suami?

Benarkah pepatah mengatakan kasih seorang ayah tak sama seperti kasih seorang suami?

Maksudnya di sini, tak semestinya jika lelaki itu seorang ayah yang baik, dia merupakan suami yang baik juga buat pasangannya.

Ini termasuklah dengan memberi penderaan sama ada secara fizikal, emosi mahupun mental kepada isteri. Isu penderaan dalam rumah tangga antara topik “taboo” yang jarang dibincangkan di Malaysia. 

Ikuti perkongsian Noor *bukan nama sebenar, 29 tahun ini tentang situasi rumah tangga yang dihadapinya kini.

Moga-moga, ia memberi sedikit pencerahan dan pengertian sebenar tentang kisah penderaan dalam rumah tangga.

Kasih Seorang Ayah TAK SAMA Seperti Kasih Seorang Suami: Kisah Penderaan Rumah Tangga

kasih seorang ayah, kasih ayah, kasih seorang suami, kasih suami, penderaan dalam rumah tangga, keganasan rumah tangga, keganasan rumahtangga, keganasan domestik, keganasan terhadap wanita, punca keganasan rumah tangga,

***

“Suami saya kerja 50++ jam setiap minggu, jadi saya tak perlu bekerja. Gajinya cukup. Jika dia tak kerja, dia akan meluangkan masa dengan anak-anak. Bawa mereka ke mana-mana yang menyeronokkan. Ia beri peluang untuk saya ber-“me time” sebentar. 

Malah suami saya juga menguruskan barang keperluan dapur. Tak payah merayu nak suruh dia bawa saya ke pasaraya. Dia sendiri yang akan beli semuanya. Rumah sentiasa kemas. Kawasan yang didedikasi khas buat suami adalah tempat paling bersih dan rapi. Suami memang pengemas orangnya.  Dia memang seorang ayah yang terbaik pernah saya dambakan buat anak-anak. Tapi, kasih seorang ayah itu tidak sama seperti kasih seorang suami kepada isterinya, iaitu saya! Dalam diam, dia dera emosi saya dengan kata-kata kesatnya. Dia layan saya seperti sayalah orang terbodoh di dunia ini.  Egonya takkan diletakkan di lantai. Dia akan selalu menang dan menang. Setiap kali ada perbincangan, semuanya akan jadi salah saya. Mungkin saya patut ubah ini, ubah itu, jangan buat ini, jangan buat itu. Perkataan seperti “sundal, gemuk bodoh, perempuan jalang”, dan lain-lain sudah sebati dengan telinga ini.  Apabila saya kata saya sakit dengan kata-kata yang dilemparkan, dia tersenyum sinis sambil berkata “saya yang mulakan pergaduhan ini”. Jadi dia berhak “menyakiti” saya.

Penderaan Dalam Rumah Tangga: Penderaan Emosi Sering Terlepas Pandang

kasih seorang ayah, kasih ayah, kasih seorang suami, kasih suami, penderaan dalam rumah tangga, keganasan rumah tangga, keganasan rumahtangga, keganasan domestik, keganasan terhadap wanita, punca keganasan rumah tangga,

Ya, dia tak pernah angkat tangan memukul saya. Tapi saya sudah tawar hati dek kata-kata kesat dan layanannya. Saya umpama batu setiap kali berhadapan dengannya. Permintaan saya setiap hari hanyalah satu:  Tolonglah jadi baik sekejap demi saya. Tolonglah jangan lemparkan kata-kata buruk itu. Saya rindu sangat kata-kata dan pelukan seorang suami.  Saya tak pernah cukup baik pada pandangan matanya. Rumah kami tak cukup baik. Intonasi suara saya tak cukup baik. Masakan saya tak cukup baik. Semuanya tak pernah cukup baik untuk memenuhi kehendaknya.

Kasih Seorang Ayah Tak Sama Seperti Kasih Seorang Suami

kasih seorang ayah, kasih ayah, kasih seorang suami, kasih suami, penderaan dalam rumah tangga, keganasan rumah tangga, keganasan rumahtangga, keganasan domestik, keganasan terhadap wanita, punca keganasan rumah tangga,

“Sejak kahwin, saya memang susah nak ke hospital walau sakit bagaimanapun. Saya taknak menyusahkan suami. Kalau rasa macam nak mati baru saya pergi! Tapi sakit pada malam Rabu lepas memang luar biasa. Saya tak boleh angkat tangan kanan langsung sebab sakit belakang teruk! Suami kata saya mengada-ngada, tak pernah sakit belakang gamaknya. Jadi saya pun tak ke klinik untuk periksa.  Tapi akhirnya semua terbongkar. Saya disahkan mengalami kecederaan saraf tunjang. Namun itu tidak cukup untuk menunjukkan kasihnya kepada saya. Siapalah saya ini… mungkin mati lebih bagus buatnya. Sakit ini masih tidak sembuh dan saya tahu dia takkan berubah. 

***

Penderaan emosi dalam rumah tangga seringkali dianggap enteng, sedangkan ia lebih berbahaya kerana ia menghancurkan harga diri dan keyakinan mangsa!

Akan tetapi, isu ini mungkin tidak dipandang ringan kerana ramai wanita tidak sedar mereka dalam hubungan “toksik” yang mendera fizikal, mental malah emosi mereka sendiri.

kasih seorang ayah, kasih ayah, kasih seorang suami, kasih suami, penderaan dalam rumah tangga, keganasan rumah tangga, keganasan rumahtangga, keganasan domestik, keganasan terhadap wanita, punca keganasan rumah tangga,

Ini antara contoh 11 bentuk penderaan emosi dalam rumah tangga:

  1. Mangsa sering diejek, dicerca dan dibuat sebagai bahan jenaka
  2. Pasangan terlalu mengawal, melindungi hingga jadi over protective
  3. Memaksa mangsa memilih antara dia mahupun orang lain, agar anda rasa tersepit
  4. Sering menyalahkan anda dalam semua perkara.
  5. Sengaja mengelirukan pasangan, menafikan sekeras-kerasnya
  6. Tiada rasa empati mahupun kasihan 
  7. Pasangan sering berfikiran negatif dan buruk
  8. Anda SENTIASA salah di matanya
  9. Pasangan mengawal kebebasan dan kewangan anda
  10. Personaliti anda pun berubah
  11. Mangsa ternanti-nanti masa untuk bersendiri

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Apa pandangan anda tentang isu penderaan emosi dalam rumah tangga ini? Kongsikan ia dengan kami!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Scary Mommy, Iluminasi

Baca juga:

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Stories Rakan Kongsi
Why Choose Gerber Baby Food?
Why Choose Gerber Baby Food?
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • "Tiada Orang Tahu Derita Saya, Depan Anak Memang Suami Terbaik, Tapi Sebenarnya..."
Kongsikan:
  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham