6 Pilihan Kasut Roda Kanak-Kanak Yang Tahan Lasak & Murah, Ibu Ayah Boleh Belikan Untuk Aktiviti Senam Bersama Anak
Parents, masih tercari kasut roda kanak-kanak yang tahan lasak dan murah? Kami senaraikan 6 pilihan terbaik boleh dapatkan di sini.
Kasut roda adalah sejenis kasut yang digunakan untuk meluncur dengan bebas di atas jalan, sama ada di pusat rekreasi mahupun di pusat bermain papan luncur. Aktiviti meluncur ini boleh menjadi aktiviti fizikal yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, ia melibatkan keseimbangan badan dan cara kita mengawal tahap kelajuan. Malah, aktiviti ini turut memupuk semangat cintakan gaya hidup yang sihat. Perkembangan anak juga turut seiring dengan usia.
Mungkin mereka sudah bosan dengan aktiviti indoor yang melibatkan mainan kanak-kanak dan pembelajaran. Sudah tiba masanya ibu ayah menguji fizikal dan mental anak dalam permainan skate roller.
Terdapat banyak pilihan kasut roda budak di pasaran. Selain memastikan kualiti, sudah tentu ibu ayah juga perlu memastikan pilihan yang dibeli selamat dan selesa dipakai anak.
Isi Kandungan
Jenis-jenis Kasut Roda Untuk Kanak-Kanak
Terdapat 4 jenis yang anda boleh temui di pasaran iaitu:
- Inline skate. Kasut roda ini memiliki empat roda yang disusun dalam satu baris, dari hadapan ke belakang. Tidak sesuai untuk pemula kerana sukar untuk mengekalkan keseimbangan.
- Quad skate. Sejenis yang rodanya terletak di empat penjuru. Jenis ini paling sesuai untuk pemula kerana ia boleh berdiri tegak dan mudah untuk diimbangi.
- Mounting type. Kasut roda dipasang pada kasut, dalam bentuk bingkai yang mempunyai roda dan tali.
- Roller shoes. Gabungan antara kasut roda dan kasut, dengan roda dilekatkan pada tumit tapak kasut.
Cara Memilih Kasut Roda Kanak-Kanak Yang Betul
Pemilihan roller blade yang betul boleh membantu anak bermain dengan selesa dan selamat. Jika tidak, ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan memberikan beban kepada kaki si pemakai.
Setelah mengetahui 4 jenis di pasaran, berikut cara memilih kasut roda yang perlu anda ketahui:
- Pilih saiz yang sesuai. Pilih saiz yang sesuai dengan kaki anak anda. Jangan memilih saiz yang terlalu besar atau terlalu kecil.
- Semak sama ada saiz skate boleh laras. Kasut roda jenis ini boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
- Pilih kunci keselematan roller skate yang paling mudah untuk anak anda. Kunci keselamatan jenis buckle disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mudah dipakai dan ditanggalkan.
- Ketahui sama ada kasut boleh menggunakan auxiliary wheels atau roda tambahan. Sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar dan masih takut untuk meluncur sendiri.
6 Pilihan Kasut Roda Kanak-Kanak Yang Tahan Lasak & Murah
Bagi memudahkan pencarian parents, berikut adalah 6 pilihan kasut roda budak yang mungkin selesa dan sesuai dipakai oleh anak anda. Pilihlah salah satu!
Oxelo
Terbaik untuk pemula
Bagi si kecil yang baru sahaja berjinak dengan dunia skate roller, ia bukan sahaja membuatkan mereka teruja untuk berlatih kerana mempunyai warna yang menarik, malah berasa selesa dan selamat kerana faktor cengkaman yang kuat supaya tidak mudah tergelincir.
Apa yang kami suka?
- Ia boleh dilaraskan dalam 3 saiz, jadi ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
- Dilengkapi dengan 2 tali untuk sokongan dan perlindungan kaki.
- Ia mempunyai brek yang baik supaya si kecil anda tidak mudah tergelincir.
- Mudah dijaga dan boleh dibasuh dengan mesin kerana diperbuat daripada foam.
- Brek hanya terdapat pada sebelah kasut sahaja. Direka khas untuk mengehadkan dan mengawal kelajuan.
Cougar MZS835L
Terbaik dengan reka bentuk futuristik
Model kasut roda sebaris ini mempunyai reka bentuk futuristik dan ciri yang sangat lengkap, menjadikannya sangat selesa untuk digunakan.
Bukan sahaja digunakan untuk meluncur, malah kasut ini boleh digunakan untuk melakukan freestyle yang lebih ekstrem tetapi masih boleh dikawal untuk si kecil yang sudah mahir. Sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar meliputi semua peringkat umur.
Apa yang kami suka?
- Berkualiti dan tahan lama
- Diperbuat daripada material but keras supaya boleh mengunci buku lali dengan kemas.
- Rodanya diperbuat daripada getah supaya lebih kuat menampung berat badan.
- Bingkai skate diperbuat daripada aluminium.
- Saiz boleh laras, antara 35-39.
4 Wheel Skate
Terbaik kasut roda boleh laras
Mounting skate ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar meluncur sebelum bertukar kepada jenis yang mempunyai roda sebaris/bilah. Ia stabil kerana mempunyai 4 roda tayar dan boleh menampung berat sehingga 100kg.
Apa yang kami suka?
- Saiz kasut boleh dilaraskan dengan melaraskan besi tengah
- Inner pakai kasut biasa.
- Mudah untuk digunakan.
- Brek di hadapan.
- Mempunyai tali keselamatan.
- Diperbuat daripada bahan PU.
Sport
Terbaik meluncur dengan pantas dan ringan
Bagi anak-anak kecil yang cukup berani, kasut roda ini membolehkan mereka meluncur dengan lebih pantas kerana diperbuat dengan bahan kaca gentian yang diketahui ringan.
Apa yang kami suka?
- Bingkai aluminium yang lebih ringan.
- Roda diperbuat daripada bahan yang kukuh supaya ia tidak mudah rosak walaupun digunakan di jalan yang kasar.
- Saiz kasut boleh laras.
- Mudah dipakai dan ditanggalkan.
- Aksesori lampu yang menarik.
Super Bajaj
Terbaik fleksibel dan ringan
Bagi si kecil yang tidak berani meluncur dengan kasut sebaris (roda dalam garisan lurus), roller skate ini boleh menjadi pilihan kerana roda boleh ditukar kepada model bajaj (segi tiga).
Apa yang kami suka?
- Roda hadapan boleh menyala.
- Saiz kasut adalah fleksibel atau boleh laras.
- Tersedia dalam saiz S (28-32), M (33-36), dan L (37-41).
- Struktur kaki roda diperbuat daripada aluminium supaya lebih ringan.
Double Wheel 2 in 1
Terbaik digunakan sebagai kasut atau kasut roda
Selain boleh digunakan untuk berjalan-jalan, kasut ini boleh digunakan untuk meluncur apabila si manja anda penat berjalan. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Roller skate kanak-kanak ini mempunyai butang suis tersembunyi di dalam tali pada tumit. Hanya tekan butang untuk menghidupkan lampu dan menukar model pencahayaan.
Uniknya, anda boleh mengecas kasut ini menggunakan kabel pengecasan USB yang disediakan. Cas selama 3 jam sehingga lampu terpadam.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai fungsi 2 dalam 1, kasut biasa dan juga kasut roda.
- Terdapat brek pada tumit.
- Diperbuat dari bahan PU.
Perbandingan Harga Kasut Roda Budak
Jenama | Harga |
Oxelo | RM89.00 |
Cougar MZS835L | RM85.00 |
4 Wheel Skate | RM29.50-31.50 |
Sport | RM54.00 |
Super Bajaj | RM137.50 |
Double Wheel 2 in 1 | RM88.50 |
Jadi, berikut adalah 6 pilihan roller skate kanak-kanak berserta perbandingan harga yang boleh menjadi rujukan ibu ayah.
Pastikan semasa anda membelinya untuk anak, jangan lupa juga kelengkapan aksesori penting seperti topi keledar dan pelindung siku dan lutut untuk keselamatan si manja anda, OK? Selamat berbelanja!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Skuter Elektrik Kanak-Kanak, Sesuai Untuk Kegunaan Seluruh Keluarga
Baca juga: Senarai Hotel/Resort Yang Best & Mesra Kanak-Kanak, Sesuai Bawa Anak Cuti Sekolah Ini!