Skuter elektrik atau electric scooter adalah sejenis kenderaan bermotor mesra alam yang amat mudah dikendalikan, dan menjadi kegilaan bukan sahaja dikalangan kanak-kanak, tetapi dikalangan orang dewasa juga.
Sama ada anak anda teringin untuk memiliki skuter elektrik untuk bersiar-siar di taman pada hujung minggu, atau anda sendiri yang teringin untuk memilikinya sebagai pengangkutan alternatif untuk ke kedai, kami berpendapat ianya adalah pembelian yang berbaloi.
7 Skuter Elektrik Terbaik di Malaysia
Skuter elektrik datang dengan pelbagai saiz, kapasiti bateri, aksesori tambahan dan warna yang berbeza. Jadi, sebelum anda membuat pembelian pastikan anda semak spesifikasinya terlebih dahulu, ya!
Jom lihat 7 skuter elektrik murah untuk anda pertimbangkan sebagai hadiah untuk diri sendiri dan orang tersayang.
Skuter Elektrik Terbaik
| Electric Scooter For Kids Skuter elektrik budak dengan corak ceria | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Segway Ninebot Kids Electric Scooter C10 Skuter elektrik budak yang mudah dikendalikan | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Mi Smart Electric Scooter Pro 2 Skuter elektrik murah dengan motor berkuasa 600W | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Passion Scooter Electric Skuter elektrik murah dengan tempat duduk | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| SuperSports Scooter Electric Skuter elektrik murah dengan alat kawalan jauh | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| FEO S2Pro Electric Scooter Skuter elektrik murah dengan skrin LED | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Ninebot Air T15 Electric Scooter Skuter elektrik murah dan ringan | | View Details | BELI DI LAZADA |
Electric Scooter For Kids
Skuter elektrik budak dengan corak ceria
Skuter elektrik budak ini mempunyai tempat duduk yang praktikal dan selesa untuk budak. Saiz skuter ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun, di mana ketinggian batang pemegang dan tempat duduk boleh dilaraskan mengikut ketinggian pengguna.
Selain itu, skuter elektrik budak ini juga mempunyai ciri keselamatan seperti lampu LED dan brek di tangan, sama seperti sistem brek pada basikal budak. Saiz tayar yang digunakan pada skuter ini ialah 7 inci, cukup stabil dan tahan lasak untuk digunakan di jalan yang tidak rata.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai banyak pilihan warna ceria seperti merah jambu, merah, biru, hitam dan putih untuk dipilih mengikut karakter pemiliknya.
- Tahap kelajuan maksimum 20km/j sesuai untuk kegunaan kanak-kanak di sekitar taman dan kawasan perumahan.
- Datang dengan aksesori tambahan lain seperti bakul simpanan barang, praktikal untuk meletakkan botol air dan snek semasa bersiar-siar.
Segway Ninebot Kids Electric Scooter C10
Skuter elektrik budak yang mudah dikendalikan
Skuter elektrik budak C10 daripada jenama Segway Ninebot ini mempunyai batang pemegang pada ketinggian 95cm. Jadi, ianya cukup selesa untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 130cm hingga 160cm.
Selain itu, berat skuter ini hanyalah lebih kurang 8kg, sangat ringan berbanding skuter elektrik lain dan mudah untuk diangkat oleh kanak-kanak. Skuter ini mempunyai kelajuan maksimum 16km/j yang selamat dan mudah dikawal oleh kanak-kanak.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai 3 pilihan mod bergerak iaitu safe (sesuai untuk beginner), turbo dan cruise.
- Batang pemegangnya boleh dilipat dan dipasang semula dengan mudah menggunakan klip khas.
- Tapak untuk meletakkan kaki yang cukup lebar untuk kanak-kanak meletakkan dua kaki dengan selesa.
Mi Smart Electric Scooter Pro 2
Skuter elektrik murah dengan motor berkuasa 600W
Mi Pro 2 keluaran Xiaomi ini adalah antara skuter elektrik dewasa yang terkenal di Malaysia pada hari ini. Skuter ini datang dengan motor yang berkuasa 600W dan boleh bergerak selaju 25km/j. Selepas dicas penuh, skuter ini boleh membawa anda sejauh 45km.
Skuter Mi Pro 2 ini juga mempunyai ciri-ciri canggih di mana ia mempunyai kebolehan untuk menyimpan tenaga kinetik semasa skuter itu bergerak dan brek. Selain itu, ia juga mempunyai brek pada tayar depan dan belakang, serta sistem brek eABS yang efisien.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai power button pelbagai fungsi untuk ON/OFF skuter elektrik itu dan butang yang sama juga untuk menyalakan lampu depan.
- Amat mudah untuk disimpan dengan hanya 3 langkah mudah – terbalik, lipat dan klip.
- Bentuknya yang kompak dan ringan untuk diusung ke dalam lif atau disimpan di dalam ruang simpanan kereta.
Passion Scooter Electric
Skuter elektrik murah dengan tempat duduk
Skuter elektrik ini datang dengan aksesori tambahan, iaitu kerusi kecil yang mudah dicabut dan pasang. Dengan kerusi tambahan ini, kanak-kanak dan orang dewasa dapat menaiki skuter ini dengan santai dan selesa.
Skuter berwarna merah ini mempunyai kelajuan maksima 20km/jam dan perlu dicas selama 3-5 jam sebelum digunakan. Dengan bateri yang penuh, skuter ini boleh membawa anda berjalan sejauh 6-10km, bergantung pada kondisi jalan dan cara anda mengendalikan skuter tersebut.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai batang pemegang (handle bar) yang boleh dilaras mengikut ketinggian pengguna.
- Badan skuter dibuat daripada aluminium dan dipadankan dengan tayar bersaiz 15cm yang sesuai untuk pengguna dengan berat badan maksimum 85kg.
- Mempunyai dua suspension pada tayar dan shock absorber yang menjamin perjalanan yang lebih selesa.
SuperSports Scooter Electric
Skuter elektrik murah dengan alat kawalan jauh
Skuter elektrik dewasa ini mempunyai reka bentuk yang agak berbeza dengan skuter elektrik lain, di mana ia adalah lebih feminin. Setiap skuter datang dengan tempat duduk berkusyen lebar serta bakul besi untuk menyimpan barang.
Selain itu, skuter ini juga mempunyai ciri keselamatan seperti sistem brek yang efisien, lampu depan dan belakang, serta kunci dan alat kawalan jauh – sama seperti kenderaan bermotor lain. Dengan kuasa motor 350W, skuter ini boleh membawa anda berjalan sejauh 30km pada kelajuan maksimum 25km/j.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai panel digital untuk lihat tahap penggunaan bateri dan butang untuk ON/OFF lampu pada skuter.
- Pergerakan yang lancar dah tidak terhentak apabila melalui jalan berbonggol.
- Tayar yang lebar dan stabil menjadikan skuter ini sesuai digunakan di jalanraya atau di dalam bangunan.
FEO S2Pro Electric Scooter
Skuter elektrik murah dengan skrin LED
Skuter FEO S2Pro ini mempunyai reka bentuk yg sleek dan kemas, sesuai untuk digunakan secara lasak. Ini adalah kerana seluruh badan skuter ini adalah waterproof. Jadi, jika anda terpaksa meredah hujan dan lopak air, anda boleh teruskan saja perjalanan anda dengan tenang.
Tambahan lagi, skuter ini juga mempunyai ciri canggih seperti skrin LED dan aplikasi khas yang boleh dimuat turun pada telefon bimbit anda. Kemudian, anda boleh menggunakan bluetooth untuk buat sambungan antara telefon bimbit anda dengan skuter ini.
Apa yang kami suka:
- Berat skuter ini hanya 12kg, tidak terlalu berat untuk diangkat keluar daripada ruang simpanan kereta.
- Boleh pergi sejauh 35km selepas bateri dicas penuh, dengan kelajuan sekitar 25km/j.
- Pemacu (accelerator) yang mudah dipulas dan mudah dikawal semasa menaiki bukit dan melalui jalan tidak rata.
Ninebot Air T15 Electric Scooter
Skuter elektrik murah dan ringan
Berbeza dengan yang lain, skuter Ninebot Air T15 ini mempunyai reka bentuk yang lebih futuristik dan ringkas, dengan warna hitam putih. Skuter ini juga ringan iaitu cuma 10kg, menjadikannya mod pengangkutan yang bijak untuk golongan yang bekerja di tengah bandar.
Tambahan lagi, skuter ini juga boleh dihubungkan dengan telefon bimbit menggunakan bluetooth. Kemudian, anda perlu menggunakan aplikasi khas Ninebot untuk melihat prestasi dan tahap penggunaan skuter tersebut, serta menukar warna lampu LED pada skuter.
Apa yang kami suka:
- Tayar yang lebih kecil tetapi tahan lasak, sesuai untuk perjalanan jarak dekat sekitar bandar.
- Boleh menaiki bukit dengan 15% incline dengan mudah dan lancar pada kelajuan 20km/j
- Mempunyai lampu LED hadapan dan belakang untuk keselamatan pengguna pada waktu malam serta 4 pilihan mod perjalanan.
Perbandingan Harga
|
Jenama
|
Harga (RM)
|
Electric Scooter For Kids
|
RM599.00
|
Segway Ninebot Kids Electric Scooter C10
|
RM1499.00
|
Mi Smart Electric Scooter Pro 2
|
RM2049.00
|
Passion Scooter Electric
|
RM329.00
|
SuperSports Scooter Electric
|
RM980.00
|
FEO S2Pro Electric Scooter
|
RM839.00
|
Ninebot Air T15 Electric Scooter
|
RM1494.00
|
Kebaikan Skuter Elektrik Yang Anda Perlu Tahu
Kredit gambar: Google Images
Setiap produk dan teknologi baharu yang direka semestinya mempunyai kebaikan dan keunikannya tersendiri yang menjadikannya laku di pasaran, dan begitu juga bagi skuter elektrik.
Bagi sesetengah ibu bapa, skuter elektrik ini kelihatan seperti satu unnecessary upgrade bagi skuter manual sahaja. Tapi yang sebenarnya, skuter elektrik mempunyai kebaikan lain, bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga.
1. Baik untuk imbangan badan dan core muscle
Seperti kenderaan dua tayar lain, skuter juga secara tidak langsung melatih kanak-kanak dan orang dewasa untuk mengimbangkan badan untuk elak daripada jatuh. Selain itu, ia juga baik untuk menguatkan core muscle kerana badan anda akan mengetatkan dan mengendurkan core muscle mengikut pergerakan skuter.
2. Bantu orang tua untuk bergerak
Skuter elektrik boleh dijadikan mod pengangkutan untuk orang tua yang mempunyai masalah sakit lutut untuk perjalanan pendek ke kedai atau ke surau. Jika sebelum ini mereka perlu berjalan kaki yang mengambil masa 10 minit, dengan bantuan skuter ini mereka akan dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan selamat.
3. Mesra alam, tanpa asap
Skuter elektrik tidak menggunakan petrol seperti kenderaan bermotor lain, dimana ia hanya menggunakan bateri yang perlu dicas untuk bergerak. Jadi, ia tidak mengeluarkan asap berkepul-kepul semasa digunakan. Semestinya ia pilihan yang mesra alam.
4. Mudah digunakan dan simpan
Secara umumnya, skuter elektrik budak dan skuter elektrik dewasa kongsi ciri yang sama iaitu boleh dilipat. Batang pemegang dan aksesori tambahan seperti tempat duduk dan bakul yang biasanya boleh dicabut atau dilipat. Apabila dilipat, skuter ini boleh disimpan dalam ruang yang kecil seperti di dalam kereta atau di dalam kabinet.
5. Boleh dikongsi dengan seluruh keluarga
Kebiasaannya skuter elektrik budak atau dewasa boleh menampung berat pengguna antara 70kg hingga 120kg. Jadi, skuter ini boleh dikongsi oleh semua isi rumah untuk dijadikan mod pengangkutan alternatif untuk perjalananan pendek. Dengan satu pembelian, semua ahli keluarga dapat kongsi manfaatnya.
Pesanan terakhir daripada kami, jangan lupa untuk pastikan anak-anak anda memakai topi keledar keselamatan dan pakaian yang sesuai semasa menaiki skuter, ya!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!
Baca juga: Tempat Rekreasi Menarik & Selamat Untuk Seisi Keluarga, Sesuai Untuk Anak Yang Lebih Gemar Bermain Di Luar Rumah!
Baca juga: 3 manfaat lain dari gym ball yang anda pasti belum tahu