Kasut sekolah hitam tidak kurang pentingnya seperti keperluan sekolah yang lain. Tidak kira usia atau jantina, pemilihan kasut sekolah yang betul amat penting bagi si pemakai.
Jika kasut tidak selesa dipakai, maka seharian mood akan terganggu. Anak-anak sukar menumpukan perhatian pada kelas, nak berjalan pun tidak selesa apatah lagi berlari. Ada juga segelintirnya membuka kasut di dalam kelas dan hanya berkaki ayam gara-gara kasut yang tidak sedap dipakai.
Dahulu memang susah nak dapatkan kasut yang bagus, jika ada pun harganya sangat mahal. Mujurlah pada masa kini sudah terdapat banyak pilihan kasut sekolah hitam yang bagus dengan pelbagai pilihan harga. Ibu ayah pun tak pening lagi kan?
Isi Kandungan
Tip Pemilihan Kasut Sekolah Hitam Untuk Anak
Jadi sebelum membeli kasut sekolah hitam atau putih, ibu ayah digalakkan untuk mempertimbangkan tip pemilihan kasut sekolah hitam agar kasut sekolah yang dibeli nanti selesa dipakai anak-anak dan tidaklah membazir jika tersilap beli.
- Ringan: Kasut jenis ringan paling disukai pelajar sekolah. Memudahkan mereka berjalan dan berlari.
- Jenis zap-on atau bertali: Anak-anak di peringkat sekolah rendah digalakkan untuk membeli kasut jenis zap-on velcro strap yang lebih memudahkan untuk pakai. Mereka tidak akan mengambil masa yang terlalu lama memakai kasut. Jenis bertali biasanya disukai pelajar sekolah menengah kerana kelihatan lebih bergaya dan matang.
- Cepat kering dan mudah dibasuh: Pilih material kasut yang mudah kering. Kadang-kala ada anak-anak atau ibu ayah membasuh kasut sekolah saat akhir kerana terlupa, jadi jika kasut jenis tebal ia lambat kering atau tidak kering sepenuhnya lebih-lebih lagi jika cuaca hujan. Bimbang nanti kasut berbau nusuk dan jadi kekeuningan pada bahagian yang lembab itu.
- Tapak kasut mencengkam: Tapak yang banyak ‘bunga’ lebih bagus kerana cengkamannya lebih kuat. Ciri ini sangat penting kerana anak-anak sering berlari dan jika lantai licin, tapak yang tidak mencengkam boleh menyebabkan anak terjatuh!
- Saiz yang betul: Cara ukur saiz kasut yang betul? Tipsnya adalah pilih saiz yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Jika terlalu ketat, bimbang kaki anak sakit. Jika terlalu longgar pula nanti kasut tertanggal ketika berjalan. Nak tahu saiz yang sesuai, ukur panjang tapak kaki dari hujung ibu jari hingga ke belakang tumit kemudian ambil saiz yang panjang insole atau pelapik dalam kasut ialah 1 cm lebih panjang dari ukuran sebenar tapak kaki. Lebih mudah jika membawa anak sekali ketika membeli kasut.
8 Kasut Sekolah Hitam Terbaik Untuk Anak
Pallas Jazz
Terbaik Mudah Dipakai
|
Beli di Shopee |
Skechers Girls Microspec Shoes
Terbaik Boleh Dicuci Dengan Mesin Basuh
|
Beli di Shopee |
Bata B-First
Terbaik Dengan Cengkaman Kuat Dan Tidak Licin
|
Beli di Shopee |
ALL AMERICA Black School Shoes
Terbaik Untuk Pelajar Sekolah Menengah
|
Beli di Shopee |
Puma Smash Leather V
Terbaik Warna Hitam Mudah Dicuci
|
Beli di Shopee |
Abaro x Canggih Unisex Black Shoes
Terbaik Selesa Dipakai Lama
|
Beli di Shopee |
B.Best Black Casual School Shoes
Terbaik Tidak Mudah Koyak
|
Beli di Shopee |
Asadi Kid 1-Strap PU Leather
Terbaik Tahan Lasak
|
Beli di Shopee |
Pallas Jazz
Kasut Sekolah Terbaik Mudah Dipakai
Jenama ini cukup berkualiti, tahan lasak dan memberi keselesaan untuk pelajar sekolah sejak dari zaman dahulu lagi. Kasut kanvas sekolah Pallas boleh dikatakan kasut legend kerana sudah popular sejak dahulu dan sehinggalah sekarang.
Kasut Pallas Jazz jenis Single Velcro Strap ini sesuai untuk anak-anak yang berada di sekolah rendah dengan reka bentuk tali Velcro di bahagian atas kanvas. Untuk anak-anak yang sedang belajar untuk menguruskan dirinya, ibu ayah tak perlu risau jika anak perlu membuka kasut dan memakainya kembali. Sangat mudah!
Apa yang kami suka:
- Kasut Pallas Jazz mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan.
- Insole getah untuk memberikan sokongan yang selesa kepada kaki anak dan lebih perlindungan kepada kaki.
- Bahagian luar menggunakan tapak getah untuk cengkaman yang baik.
- Kasut Pallas Jazz menggunakan material kanvas menjadikan kasut sangat ringan. Selain lasak, kualiti kasut kanvas juga tahan lasak serta tahan lama sesuai untuk anak yang aktif, senang nak jaga dan bersihkan!
Skechers Girls Microspec
Kasut Sekolah Terbaik Boleh Dicuci Dengan Mesin Basuh
Walaupun harganya sedikit mahal, kasut sekolah Skechers tetap menjadi pilihan segelintir ibu ayah yang mahukan kasut yang mempunyai jaminan keselesaan pada kaki anak.
Mempunyai reka bentuk klasik dan sporty dalam keselesaan yang mudah dipakai, kasut sekolah jenis slip-on yang ringan ini menampilkan fabrik jejaring sukan dan bahagian atas sintetik dengan jahitan.
Lebih menarik lagi, kasut sekolah Skechers jenis ini boleh dicuci dalam mesin basuh! Mudah kan? Jadi, tak perlu lagi ibu ayah membebel tiap kali nak suruh anak berus kasut.
Apa yang kami suka:
- Ia diperbuat daripada material kanvas dan breathable foam lining yang selesa untuk kegunaan harian.
- Kasut yang sangat ringan, memudahkan pergerakan anak dan sangat selesa.
- Insole selesa berkusyen dan mempunyai tapak tengah sokongan yang menyerap hentakan.
- Kasut ini sesuai bagi mereka yang aktif tetapi masih kekal feminin. Anak anda pasti kelihatan manis dengan kasut sekolah Skechers ini sebagai pelengkap seragam sekolah.
Bata B-First
Kasut Sekolah Terbaik Dengan Cengkaman Kuat Dan Tidak Licin
Reka bentuk kasut canvas ini yang unisex dan ringkas menjadikannya pilihan popular di sekolah. Diperbuat daripada material PVC dan kanvas, menjadikannya tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan harian di sekolah.
Tapak kasut yang berkualiti menghasilkan cengkaman kuat dan tidak licin apabila melangkah. Dengan penambahan ciri Velco Strap, tiada lagi alasan lewat bersiap ke sekolah dengan kasut PVC ini.
Apa yang kami suka:
- Popular dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
- Harga yang berpatutan setanding dengan kualiti yang ditawarkan.
- Bahagian dalam kasut mempunyai kusyen tambahan memberi keceriaan dan keselesaan kepada si pemakai.
ALL AMERICA Black School Shoes
Kasut Sekolah Terbaik Untuk Pelajar Sekolah Menengah
Kasut bukaan rendah ini sesuai digunakan oleh remaja lelaki atau perempuan. Bahagian luar kasut diperbuat daripada material kanvas yang tahan lasak. Ia juga mempunyai lingkaran logam pada lubang tali kasut bagi mengelakkan kasut terkoyak akibat regangan tali kasut dan penggunaan yang berulang kali.
Rekaannya yang ringkas dan style melengkapkan gaya anak anda ke sekolah.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai kolar empuk dan alas kaki untuk kesesuaian tertinggi dan penyerapan kejutan.
- Lapisan kanvas jenis mudah bernafas yang sangat baik sebagai keselesaan tambahan.
- Tapak luar getah warna hitam untuk cengkaman yang sangat baik dapat mengelakkan jatuh tergelincir meskipun dalam hujan.
Puma Smash Leather V
Kasut Sekolah Terbaik Warna Hitam Mudah Dicuci
Jika anak-anak masih memakai kasut sekolah hitam, ibu ayah boleh belikan kasut Puma ini. Diinspirasikan dari kasut tenis yang akan membuatkan anak kelihatan sporty dan segar, dengan jalur bentuk PUMA dan rekaan kasut tenis, kasut ini boleh dipakai untuk sebarang gaya.
Mempunyai kelebihan pada kolar buku lali berbentuk empuk dan insole berkusyen untuk kesesuaian yang selesa dan selamat, manakala tapak genggaman yang tebal, lengkap dengan mata pangsi memastikan kemudahan pergerakan dan cengkaman maksimum pada semua jenis permukaan.
Apa yang kami suka:
- Luaran kasut dari material kulit, jadi sangat mudah untuk dicuci.
- Kasut sekolah ini juga tidak mudah kotor.
- Sangat bergaya, sesuai untuk anak-anak yang mementingkan gaya.
Abaro x Canggih Unisex Black School Shoes
Kasut Sekolah Terbaik Selesa Dipakai Lama
Jenama Abaro merupakan jenama pilihan ibu ayah yang mementingkan keselesaan anak ketika memakainya dalam tempoh yang lama. Rekaan kasut velcro memudahkan anak pakai dan tanggal sesuai untuk anak yang baru naik darjah.
Bukan itu sahaja, permukaan material jejaring yang meningkatkan pengudaraan dan tapak dalam kasut berwarna atau hijau berserta tambahan kusyen supaya anak tidak sakit kaki dan sedap berjalan.
Apa yang kami suka:
- Pelekat velcro mudah buka dan sarung.
- Material kain yang membenarkan kulit untuk bernafas.
- Reka bentuk yang ringkas, sesuai untuk anak masuk sekolah
- Boleh dipakai untuk anak lelaki dan anak perempuan
B.Best Black Casual School Shoes
Kasut Sekolah Terbaik Tidak Mudah Koyak
Sebelum ibu ayah membeli kasut sekolah hitam jenis bertali, ajar mereka dahulu bagaimana cara untuk mengikat tali kasut dan meleraikannya bila perlu. Jenis bertali nampak leceh tetapi sebenarnya ia membuatkan kasut tidak mudah tercabut walaupun dipakai dalam tempoh yang lama.
Materialnya diperbuat dari kanvas dan mengikuti standard kasut sekolah dan sesuai untuk sukan yang memerlukan kasut hitam.
Apa yang kami suka:
- Kasut hitam jenis bertali, kemas dipakai.
- Material kanvas tidak mudah koyak.
- Selesa dipakai lama ketika waktu persekolahan.
- Sesuai untuk anak yang pandai mengikat tali.
Asadi Kid 1-Strap PU Leather
Kasut Sekolah Terbaik Tahan Lasak
Bagi ibu yang mencari kasut sekolah hitam untuk anak tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah, jenama Asadi ini memenuhi permintaan anda. Ia diperbuat dari bahan PVC dan PU yang menjadikan kasut ini tahan lasak dan sesuai untuk aktiviti sukan ketika di sekolah.
Dengan rekaan insole yang mengikut keselesaan tapak kaki boleh dibasuh dan cepat kering. Bahagian tapak kasut juga tidak licin sesuai dipakai ketika musim hujan.
Apa yang kami suka:
- Selesa dipakai harian
- Pelekat velcro mudah tanggal dan pakai
- Tapak kasut tebal dan tidak licin
- Pelbagai saiz untuk anak sekolah rendah dan sekolah menengah
Perbandingan Harga Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Untuk Anak
Jenama | Harga (RM) |
Pallas Jazz | RM38.46-RM40.48 |
Skechers Girls Microspec Shoes | RM99.00-RM189.00 |
Bata B-First | RM59.99 |
ALL AMERICA Black School Shoes | RM35.88-RM37.72 |
Puma Smash Leather V | RM156.00 |
Abaro x Canggih Unisex Black Shoes | RM 37.99 |
B.Best Black Casual School Shoes | RM15.70-RM19.70 |
Asadi Kid 1-Strap PU Leather | RM38.00-RM40.80 |
Tip Cuci Kasut Sekolah Agar Sentiasa Nampak Baru
Anak-anak memang lasak dan aktif jadi tentu mencabar bagi ibu-ibu untuk menjaga kasut dan pakaian sekolah mereka supaya kekal putih dan bersih. Kadangkala, kasut sekolah yang kerap dicuci pun masih meninggalkan kesan kekuningan (untuk kasut sekolah putih) selepas dijemur, bukan?
Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut sekolah hitam atau putih yang telah dikongsikan untuk memudahkan anda.
1. Elak mencuci lumpur ketika kasut basah
Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut kering terlebih dahulu. Kemudian, ambil tisu atau berus dan keluarkan lumpur dengan teknik kering. Cara ini lebih berkesan dan dapat mencegah kotoran daripada merebak ke kawasan pada kasut.
2. Lilinkan kasut
Lilin boleh digunakan untuk memelihara kasut daripada terkena kotoran. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadikan kasut putih anak menjadi kalis air. Bila kasut basah, ia senang menyerap kotoran atau debu.
Jadi sebaiknya teknik ini anda lakukan apabila pertama kali memakai kasut, iaitu semasa kasut masih baru. Tapi, ia boleh juga dilakukan pada kasut yang baru dicuci.
Caranya, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada kasut. Kemudian, kenakan sedikit haba menggunakan hair dyer. Kalau nak tengok keberkesanannya, lalukan sedikit air di atas permukaan kasut tadi.
3. Basuh dengan sabun mandi
Sebenarnya, pemilihan sabun juga memainkan peranan terhadap hasil basuhan kasut. Sisa sabun yang tertinggal dan tidak dibilas bersih boleh menyebabkan fabrik putih bertukar warna. Selain itu, penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ juga boleh menyebabkan bahan kimia tercerai lalu merosakkan kasut.
Oleh itu, cuba gunakan sabun yang mild saja. Antara yang berkesan adalah sabun mandi jenis ketul. Walaupun murah, sabun ini amat berkesan untuk memutihkan baju sekolah atau kasut sekolah.
Rendamkan kasut bersama air hangat dan sabun mandi yang diparut. Biarkan beberapa minit. Gunakan berus gigi untuk mencuci bahagian kasut yang sukar dicapai. Kemudian, cuci dan bilas seperti biasa.
4. Guna bersama baking soda dan cuka
Seperti yang kita tahu, baking soda bukan saja berfungsi sebagai agen penaik dalam makanan, tetapi ia adalah agen pembersih semulajadi yang sangat berkesan. Sifat keasidan semulajadi dalam cuka pula mampu menghindarkan daripada pembiakan kulat dan bakteria.
Kedua-dua bahan ini turut menyerap bau dan memelihara fabrik dengan baik.
Ambil ½ cawan cuka ¼ cawan baking soda di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, gunakan berus gigi untuk memberus kasut menggunakan pes campuran tadi. Kalau tak ada kedua-dua bahan ini, boleh gunakan salah satu saja.
5. Perahan lemon
Lemon mempunyai sifat keasidan yang mirip seperti cuka. Menariknya, larutan lemon turut menjadikan kasut anda lebih wangi dan segar. Caranya, ambil segelas air dan dua sudu jus lemon yang diperah.
Rendamkan kasut dalam larutan ini atau terus gunakan baking soda bersama untuk mencucinya seperti biasa.
6. Balut dengan tisu ketika menjemur
Sebelum menjemur, seeloknya tekapkan dahulu kasut basah dengan tuala yang bersih dan kering. Kemudian, ambil tisu (seeloknya tisu dapur yang tebal) untuk membalut sedikit kasut yang akan dijemur.
Cara ini akan melindungi kasut daripada terkena cahaya matahari secara langsung yang mungkin akan menyebabkan kasut hitam menjadi pudar.
7. Ubat gigi sebagai pengilat kasut hitam
Picitkan sedikit ubat gigi pada kapas atau tuala. Kemudian gosok rata pada permukaan kasut sehingga permukaan kasut kelihatan berkilat.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Menangis Di Sekolah Bukan Tanda Belum Bersedia, Mereka Perlukan Masa Untuk Terbiasa
Baca juga: Sekolah Bakal Bermula? Ini Tips Kembali Ke Sekolah Yang Perlu Tahu Bagi Memudahkan Pagi Ibu Bapa