Jangan Pilih Jenama Dan Reka Bentuk Semata-Mata, Ketahui Fungsi Kasut. Ini 8 Kasut Sukan Perempuan Terbaik Mengikut Keperluan Anda

Memilih kasut sukan perempuan yang sesuai boleh mengelirukan kerana ada ratusan jenis kasut yang ditawarkan di pasaran.

Sebelum memulakan aktiviti bersukan, perkara paling penting untuk anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai terutamanya kasut sukan perempuan kerana ada segelintirnya masih bingung bagaimana untuk memilih.

Tidak dapat dinafikan memilih kasut sukan yang sesuai untuk anda boleh mengelirukan mentelah lagi ada ratusan jenis kasut sukan dan larian yang ditawarkan di pasaran.

Bukan saja anda akan rambang mata memilih kasut larian idaman tetapi memandangkan terdapat pelbagai jenis kasut sukan yang dilengkapi dengan teknologi penyerapan tekanan, tapak dan bahan asas kasut berbeza-beza yang mana tentu agak sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk kaki anda.

Kenal Pasti Dahulu Jenis Aktiviti Sukan

Sebelum memilih kasut, kita hendaklah mengenal pasti jenis sukan atau aktiviti yang akan kita lakukan. Contohnya:

1. Jika ingin berjoging atau berlari perlu pilih kasut running. Untuk lelaki dan wanita bentuk kaki adalah berbeza. Kasut joging atau running mempunyai dua jenis iaitu men running atau women running.

2. Jika ingin berbasikal perlu pilih kasut cycling indoor atau outdoor. Jika indoor untuk stationary ride/recumber atau spinning in class. Jika outdoor pula berbasikal jenis casual bike, road cyclist atau mountain bike

3. Jika ingin melakukan senaman badminton, anda perlu pilih kasut untuk bermain badminton. Tapak kasut yang sesuai adalah jenis nipis dan ada sedikit rubber di bahagian tapak kasut.

4. Jika bermain tenis, anda perlu pilih tapak kasut yang tebal, sedikit berat dan tapaknya sesuai dengan permukaan lantai gelanggang tenis. Di pasaran ada dijual kasut khas tenis.

5. Jika anda ingin melakukan weightlifting anda juga perlu kasut yang sesuai. Latihan dalam gim untuk cross training atau untuk power weightlifting/bodybuilding. Kasut untuk latihan gym adalah jenis cross training shoes.

6. Jika ingin aerobik atau zumba mesti pilih kasut yang betul. Adakah anda lakukan aerobik di atas karpet, hardwood atau hardsurface?

Tips Pemilihan Kasut Sukan Perempuan

Jangan beli kasut kerana jenamanya atau harganya tetapi belilah kasut kerana keselesaannya. Bagi wanita yang agak kurang mengetahui cara memilih kasut sukan perempuan boleh ikuti tips yang telah kami berikan ini supaya tidak tersalah pilih, bimbang nanti membazir sahaja.

1. Ketika cuba kasut baharu, pastikan pakai dengan stokin bersama

Pastikan anda cuba dengan jenis stokin yang anda pakai sepanjang sesi gym nanti. Anda mungkin suka pakai stokin yang tebal dan mungkin suka pakai stokin yang nipis. Jika anda suka pakai stokin yang tebal, kasut anda juga perlu lebar sedikit supaya memberi ruang untuk kaki bergerak dan bernafas dengan baik.

2. Kasut perlu terus selesa selepas ianya disarungkan

Disebabkan itu anda perlu cuba sendiri kasut yang anda mahu pakai. Jika anda rasa selesa memakai kasut berkenaan, jadi kasut berkenaan untuk anda. Tetapi jika ianya menyebabkan ketidakselesaan, mungkin anda perlu pilih saiz yang lebih besar atau pilih model yang lain.

3. Jangan pilih kasut yang bukan saiz anda

Jangan pilih kasut yang terlalu ketat dan jangan pula pilih yang mudah terkeluar. Kasut yang terlalu ketat adalah kasut di mana jari-jari anda tidak boleh bergerak dan kasut yang terlalu besar pula adalah kasut yang mudah terkeluar dari tumit anda. Cari kasut yang just nice dengan kaki anda.

4. Pilih material yang bersesuaian dengan anda

Pastikan anda mengetahu material kasut tersebut sebelum membeli. Ini kerana takut anda ada alahan atas bahan-bahan tertentu akan membuatkan kaki anda berasa tidak selesa. Untuk orang Islam elakkan bahan kasut yang diperbuat dari benda yang haram.

Ada jenis kulit, getah, kanvas, suede dan mesh. Material mesh adalah lebih ringan dan selesa dipakai malah senang untuk dicuci contohnya kasut sukan. Jadi material adalah sangat penting dalam memilih saiz kasut untuk kegunaan sukan.

5. Tahan lasak

Pemilihan kasut yang tahan lasak juga penting. Biar mahal asalkan kualiti dan jangka hayat kasut tersebut tahan lama. Maklumlah kita guna kasut tu untuk bersukan. Bersukan ni untuk jangka masa panang jadi pemilihan kasut yang tahan lasak amatlah penting.

8 Kasut Sukan Perempuan Yang Selesa Terbaik

Jika anda pening mencari kasut sukan perempuan yang ada di pasaran, kami bantu anda menyenarai pendek 8 kasut sukan perempuan yang selesa dan mengikut keperluan aktiviti anda.

Kasut Sukan Perempuan Yang Selesa Terbaik
Skechers Women GOwalk 6 Stunning View Walking Shoes
Terbaik Untuk Berjalan
Beli di Shopee
adidas TRAINING Dropset Trainer Shoes Women
Terbaik Jenis Indoor Training
Beli di Shopee
PUMA Softride Enzo NXT Women's Running Shoes
Terbaik Untuk Berlari
Beli di Shopee
adidas TENNIS Advantage Shoes Women
Terbaik Untuk Sukan Tenis
Beli di Shopee
ANTA Badminton Shoes Women Training
Terbaik Untuk Sukan Badminton
Beli di Shopee
New Balance Womens 574
Terbaik Jenis Kasual
Beli di Shopee
Decathlon Jogging Shoes Women
Terbaik Untuk Jogging
Beli di Shopee
Decathlon Quechua Hiking/Trekking Shoes Women Strong Grip
Terbaik Untuk Hiking/Trekking
Beli di Shopee

Skechers Women GOwalk 6 Stunning View Walking Shoes 

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Berjalan

Kaum wanita yang mencari kasut sukan perempuan untuk berjalan atau kasual digalakkan memilih kasut yang lebih selesa. Jenama terkenal yang mementingkan keselesaan adalah Skechers.

Direka dengan insole yang berkusyen lembut iaitu Goga Mat Skechers Air-Cooled, tapak tengah kusyen ULTRA GO yang ringan dan Hyper Pillar Technology dengan lantunan tinggi untuk sokongan tambahan pastinya memberikan anda keselesaan yang diperlukan

Manakala bahagian tapak kasutnya pula diperbuat daripada getah fleksibel yang boleh mencengkam dengan baik. Jadi, anda tak akan mudah tergelincir. 

Apa yang kami suka :

  • Rekaan untuk berjalan jenis slip-on menampilkan bahagian atas rajutan rekaan Stretch Fit.
  • Kusyen ULTRA GO yang ringan dan responsif.
  • Lapisan insole buih keselesaan Ortholite menambah kusyen jangka panjang dan kebolehnafasan tahap tinggi dengan kandungan getah kitar semula sebanyak 5%.
  • Bahagian atas rajutan direka bentuk dengan muat seperti stokin dalam gaya slip-on
  • Tapak luar dengan daya tarikan dwi-ketumpatan yang tahan lama untuk kestabilan.
  • Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh

adidas TRAINING Dropset Trainer Shoes Women

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Jenis Indoor Training

Kaum wanita yang mahu memulakan gaya hidup yang lebih sihat memang disarankan untuk dapatkan kasut sukan dari jenama adidas.

Walaupun harganya sedikit mahal tapi kasut untuk latihan ini dapat menangani latihan kekuatan dan senaman gim anda tanpa teragak-agak.

Kasut adidas ini boleh membantu anda meningkatkan tahap permainan anda. Tapak tengah dropset memberikan anda rasa sentuhan tanah untuk menggalakkan bentuk yang betul dan meningkatkan keyakinan anda dalam pergerakan anda.

Dua jenis kusyen EVA yang berbeza memberikan anda kestabilan pada tumit anda dan keselesaan pada bahagian hadapan kaki anda.

Apa yang kami suka :

  • Dibuat dengan siri bahan kitar semula, bahagian atas ini menampilkan sekurang-kurangnya 50% kandungan kitar semula. 
  • Bahagian atas sintetik dengan kolar empuk.
  • Tahan lama, rasa stabil.
  • Menggunakan pelapik tekstil.
  • Tapak tengah berketumpatan dwi dengan kaki depan yang lebih lembut dan tumit yang lebih kaku.

PUMA Softride Enzo NXT Women's Running Shoes

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Berlari

Memperkenalkan kasut larian yang menggabungkan dua francais paling popular PUMA iaitu Softride dan Enzo.

Memanfaatkan sepenuhnya teknologi Softride EVA, kasut ini memberikan kusyen dengan keselesaan sepanjang hari. Jadi, sama ada anda berada di gim, berlari atau hanya bersiar-siar di sekitar bandar, kasut ini boleh membantu anda.

Dari segi gaya, jenama ini mempamerkan bahasa reka bentuk atas yang sangat progresif, diserlahkan oleh penjenamaan berani. Secara keseluruhan, ini adalah kasut yang direka untuk membantu anda benar-benar menonjol daripada orang ramai.

Apa yang kami suka :

  • Kasut but rendah.
  • Reka bentuk atas yang progresif.
  • Sangkar kaki tengah sintetik yang dibentuk.
  • Teknologi Softride EVA untuk kusyen yang melampau dan keselesaan sepanjang hari.

adidas TENNIS Advantage Shoes Women

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Sukan Tenis

Kasut adidas Advantage mengambil reka bentuk kasut tenis klasik dan memberikannya dengan ubah suai moden.

Sockliner EVA dan tapak cawan getah memberikan kusyen dan keselesaan pada setiap langkah manakala bahagian atas sintetik sangat tahan lasak. 

Kasut sukan Adidas ini bukan sahaja boleh dipakai untuk bermain tenis, malah boleh digunakan untuk dipakai kasual kerana keselesaannya untuk dibawa berjalan.

Apa yang kami suka :

  • Potongan regular fit.
  • Bahagian atas sintetik.
  • Mempunyai pelapik tekstil.
  • Mempunyai pelapik stokin Cloudfoam Comfort.

ANTA Badminton Shoes Women Training

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Sukan Badminton

Sering beriadah setiap petang dengan bermain badminton? Jika anda ada bajet lebih, apa salahnya dapatkan kasut badminton jenama ANTA yang berkualiti tinggi ini. 

Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang boleh memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. 

Apa yang kami suka :

  • Kasut ringan
  • Kasut jenis bertali
  • Cengkaman yang bagus 

New Balance Womens 574

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Jenis Kasual

Bagi anda yang mencari kasut sukan perempuan popular dan trendy, New Balance Womens 574 ini harus menjadi pilihan utama anda. Rekaannya amat unik dengan tapak yang agak tebal untuk keselesaan sempurna.

Kasut yang direka khas untuk perempuan ini sangat sesuai untuk seharian dengan keselesaan yang ditawarkannya. Walaupun harganya mahal, siri 574 ini tampak mewah dan tahan lama. 

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang retro
  • Tapak dengan ketahanan luar biasa
  • Kusyen dalaman yang selesa 

Decathlon Jogging Shoes Women

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Jogging

Buat yang masih tercari-cari kasut sukan murah online, boleh dapatkan kasut sport hanya pada harga RM109 dari jenama Decathlon Kalenji ini. 

Walaupun murah namun material kasut sukan ini diperbuat daripada material bermutu tinggi yang selesa dipakai untuk aktiviti riadah.  

Malah jenama ini mereka bentuk kasut jogging mereka untuk melindungi anda daripada kejutan dan hentaman manakala kusyen dalam kasut ini direka untuk mengehadkan kesan hentaman berulang pada pelari.

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Ringan
  • Rekaan yang minimalis

Decathlon Quechua Hiking/Trekking Shoes Women Strong Grip

Kasut Sukan Perempuan Terbaik Untuk Hiking/Trekking

Kaum hawa yang suka melakukan aktiviti pengembaraan dalam hutan memang patut dapatkan kasut Decathlon ini. 

Ini kerana bahagian dalamnya mempunyai kusyen yang selesa dipakai untuk berjalan jauh dalam hutan manakala tapak getahnya dapat memberi cengkaman yang bagus pada permukaan tanah yang kering, basah dan berlumpur. 

Paling penting material kasut ini mudah dibersihkan walaupun lumpur yang melekat.  Jangan risau, jika kasut basah akibat hujan atau mengharungi sungai pun tiada masalah kerana kasut diperbuat juga daripada material yang cepat kering.

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Tahan lasak
  • Tak mudah putus
  • Rekaan ergonomik & fleksibel

Perbandingan Harga Kasut Sukan Perempuan Yang Selesa Terbaik

Jenama Harga
Skechers Women GOwalk 6 Stunning View Walking Shoes  RM399.00
adidas TRAINING Dropset Trainer Shoes Women RM447.20
PUMA Softride Enzo NXT Women's Running Shoes RM288.00
adidas TENNIS Advantage Shoes Women RM329.00
ANTA Badminton Shoes Women Training RM236.50
New Balance Womens 574 RM449.00
Decathlon Jogging Shoes Women RM109.00
Decathlon Quechua Hiking/Trekking Shoes Women Strong Grip RM69.00

Tips Menjaga Kasut Agar Tak Mudah Rosak Dan Tahan Lama

Penjagaan kasut yang betul boleh mengekalkan kualiti kasut kulit supaya ia kekal cantik seperti mana kali pertama ia dibeli kerana jika kasut anda tidak dijaga boleh menyebabkan kasut mudah rosak membazir jika dapat pakai sekejap sahaja.

Jadi di sini terdapat beberapa tips untuk anda menjaga kualiti kasut supaya ia kekal tahan lama.

1. Elak gunakan sabun peluntur

Ketika mencuci kasut, elakkan guna peluntur kerana peluntur mempunyai sifat yang tajam dan boleh rosakkan kulit kasut.

2. Elak dedahkan kasut di bawah cahaya matahari

Cahaya matahari yang terik boleh rosakkan sambungan antara kulit dan tapak getah. Jika terlalu lama dedahkan di bawah panas matahari boleh menyebabkan kasut mudah rosak.

3. Letak kasut di dalam kotak jika tidak digunakan

Sebaiknya kasut yang lama tidak di pakai ditempatkan di dalam kotak bagi mengelakkan kasut dirosakkan oleh serangga dan binatang perosak seperti lipas, tikus dan semut.

4. Letakkan silica gel bagi menyerap wap air

Silica gel membantu untuk menyerap wap air dari kelembapan, kerana kelembapan suhu menyebabkan kasut mudah berkulat dan rosak permukaan kulitnya.

5. Stokin yang telah dipakai tidak disimpan di dalam kasut

Stokin yang telah lama dipakai elakkan diletakkan di dalam kasut. Lembapan pada stokin boleh menyebabkan kasut mudah rosak. Selain itu boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga : Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Baca juga : Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

Baca juga : Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, Ini Kasut Ibu Mengandung Yang Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Penulis

Nursyamimi